ADSENSE

Rabu, 8 April 2015

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi Sama Terung Pipit

Lama rasanya tak sembang dengan Bonda tentang telur-telur itik yang Bonda bersihkan setiap pagi. Entah berapa ratus biji yang dikutip setiap pagi... bertambahkah atau sudah berkurangkah jumlahnya? Cuma seingat Amie, memang telur-telur itik yang dikutip itu tidak sempat diasinkan sebab sudah ramai pelanggang menempah. Kata Bonda, orang kampung kami dan orang kampung berhampiran kampung kami juga sekarang ini kalau buat kenduri kahwin pun, sampai menempah 500 biji telur itik.... hah? Telur itik dibuat hidangan kenduri kahwin? Ya... kata Bonda. Oh! Mungkin dijadikan lauk untuk orang-orang yang datang rewang kot! Atau selera orang sekarang sudah mula berubah... tak semestinya menghidangkan nasi minyak semasa majlis kahwin... entahlah!

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi Sama Terung Pipit ini Amie olah petang tadi, untuk hidangan malam kami. Amie ikut cara Bonda masak.... pecahkan telur ke dalam air mendidih, dan biarkan masak seketika. Kemudian angkat telur tadi, dan kemudian barulah dimasak bersama bahan-bahan lain. Untuk dapatkan rasa yang enak, gunakanlah santan pekat ye... santan dari kelapa segar, dan bukannya dari serbuk kelapa atau santan kotak. Tapi itu semua terpulanglah pada citarasa dan kesenangan masing-masing. Gunakan cili padi kampung, dan juga kunyit hidup. Barulah nanti timbul aromanya yang tersendiri! Jangan lupa siat sedikit daun kunyit dan masukkan bersama bahan masakan tadi.
Oh!.... Hampir terlupa nak cerita tentang bahan tambahan yang Amie bubuh dalam masakan ini. Amie goreng terung pipit hingga layu, dan kemudian campurkan dalam masakan tadi. Adeeeehhhh..... wadeedeeeehhhh!
Ketika makan, Fuad sangka terung pipit itu kacang peas! Bila dia gigit... dia kata kenapa rasanya lain?

Bahan-bahan:
4 biji telur itik
1 cawan terung pipit - pisahkan dari tangkainya
250 ml santan pekat 
1 helai daun kunyit - siat-siat
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk:
10 biji cili padi kampung
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 sudu teh belacan
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk. Pecahkan telur itik dan rebus sebiji demi sebiji sehingga masak. Keluarkan dan toskan.
2. Goreng terusng pipit hingga layu. Keluarkan dari kuali dan toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Campurkan kesemua bahan tumbuk, daun kunyit dan serai.
3. Jerang di atas api sederhana. Masukkan telur itik dan masak sehingga kuah mendidih. Kacau supaya tidak pecah santan.
4. Akhir sekali masukkan terung pipit yang sudah digoreng tadi bersama garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.

9 ulasan:

Gee® berkata...

Nak sikit... nyum2x!

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

K.Sham kurang minat dengan terung pipit.. tp telur itik.. NO PROBLEM.

Nooriah Abdullah berkata...

sedapnya Mie masak lemakk lapo lah pulak

nasa mulia berkata...

tak pandai untuk dapatkan telur yang sebiji-sebiji, selalu asyik pecah jer.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...kat sini jarang jumpa telur itik yg ada cuma telur asin jer.

Bearcat berkata...

Saya lebih menggemari telur itik berbanding telur ayam.

Idea yang menarik ni campur terung pipit dalam masak lemak :-)

cazamiya berkata...

kita kureng sikit ngam telur itikk.. hehhe singgah n follow sini. jemput baca entri terbaru syaza tentang kereta idaman

zana fahmi berkata...

Lamanya tak lawat dapur Amie, baca juga mendaki gunung tu...bestnya..
7 tahun kat sini ntah bila agaknya dpt naik puncak gunung, harapan je sampai, orgnya tetap dibawah...hehe

kasihilmar.com berkata...

Saya tak pernah makan telor itik melainkan telor itik asin.. masak lemak nampak sedap!