ADSENSE

Ahad, 26 April 2015

Itik Goreng Untuk Encik Suami

Jam menunjukkan angka 7.19 minit malam.
Firdaus sudah tidur.
Fuad & Fairuz dengan kerja masing-masing.
Encik Suami keluar jumpa bossnya.
Amie meniarap di ruang tamu mengadap Mr. Lappy sambil diperhatikan oleh televisyen. Televisyen yang perhatikan kita ye, bukan kita yang tengok dia.... hiks!
Sesekali terhidu aroma yang enak... entah dari mana.
Mmmm... siapa yang masak ni? Masak apa?
Kami makan malam sebelum pukul 6 petang tadi.
Bila tengok Fairuz & Fuad, masing-masing konsentrasi dengan kerja masing-masing.
Aroma masakan terus menerpa hidung!
Amie bingkas bangun ke dapur!

Aroma misteri tadi rupanya datang dari slow cooker di dapur! Ada seperiuk daging itik sedang direnih! Daging itik itu sebenarnya sudah lebih dua minggu tersimpan dalam peti sejuk. Pagi tadi Amie keluarkan dan letakkan di atas sinki. Memandangkan bungkusan daging itik itu agak besar, banyaklah ruang dalam bahagian sejuk beku yang tak boleh digunakan untuk menyimpan bahan lain. Kemudian Amie dan Encik Suami pun keluar membeli-belah di pasar. Dalam perjalanan ke pasar, Encik Suami tanya, kenapa keluarkan itik?
Amie kata, tak cukup ruang nak isi ikan dan lain-lain.
Masaklah itik tu, sedap bahagian dadanya, kata Encik Suami.
Rebus, lepas tu goreng, katanya lagi. Wah itu resepi keluarganya turun temurun.... kata Amie dalam hati.
Malaslah nak masak. Itik tu keras, jawab Amie sebab teringat dua minggu lepas hampir satu hari rebus itik! Kami beli dua ekor itik jantan... entah berapa kilogram beratnya! Besar!
Rebuslah guna slow cooker, lama-lama lembutlah... kata Encik Suami lagi.
Tengoklah nanti, Amie tak berjanji!
Ketika Amie menyiapkan hidangan tengahari, Amie masukkan daging itik tadi ke dalam slow cooker. Amie bubuh serai, hirisan halia, bawang putih, bawang besar dan serbuk pati ayam. 

Rupanya daging itik yang direnih selama setengah hari menjadi lembut! Amie toskan airnya dan Amie perap seketika dengan bahan kisar seperti halia, bawang putih, bawang besar, lada hitam, lada putih dan juga sos tiram. Kemudian Amie goreng. Sambil menggoreng itik yang lembut isinya itu, terbayang Encik Suami yang akan pulang sebentar lagi... tentu suka hatinya dapat makan itik goreng! Sebelum itu mari kita lihat resepi Itik Goreng di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 ekor itik seberat 2 kg - bersihkan dan potong ikut citarasa
3 cm halia - hiris nipis
2 batang serai - dititik
7 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - belah 6
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk pati ayam 
1 liter air panas mendidih
minyak

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan lada putih 

Cara:
1. Masukkan air panas bersama halia, serai, bawang putih dan bawang besar ke dalam slow cooker. 
2. Masukkan daging itik dan taburkan serbuk pati ayam. Tutup periuk dan tekan butang 'high'. Biarkan itik masak sehingga empuk.
3. Keluarkan daging itik dan toskan.
4. Perap daging itik bersama bahan kisar selama 20 minit.
5. Goreng hingga garing.... kalau tak suka garing, goreng sekejap saja.
6. Angkat dan toskan minyaknya.

Ketika Amie sedang goreng itik, tiba-tiba Encik Suami muncul di pintu dapur. Sedapnya bau.... katanya! 
Fairuz & Fuad pula menyerbu ke dapur! Firdaus yang sedang tidur terbangun!
Jadi, kami pun makanlah sekali lagi.... makan Itik Goreng cicah sos cili Thai, tak sempat nak sediakan plum sos!

4 ulasan:

Kjee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kjee berkata...

Masak guna pressure cooker pun boleh kan Amie. Rasanya lebih cepat. Setengah jam jer kot. Hmmm Kjee pun nak gi cari itik lah... menggoda sungguh... huhuhu arini puasa...

Amie berkata...

Kjee... takdak pressure cooker he he heee....

Rohah berkata...

koyo pingin nyicipi...aku orak pernah mangan bebek...