ADSENSE

Rabu, 4 Februari 2015

Kasui Seri Kaya

Untuk peminat kuih kasui @ kaswi apa kata kali ini kita cuba resepi Kasui Seri Kaya pula.

Seperti biasa Amie suka gunakan acuan lompang untuk buat kuih-kuih begini. Banyak hasilnya untuk satu adunan. Selain buat bekalan Firdaus, Encik Suami pun bawa ke tempat kerjanya, dan Amie pula bawa satu bekas untuk kawan-kawan.

 Harum aroma kuih Kasui Seri Kaya ini. Makan sebiji tak puas... kenalah ambil dua tiga bijik lagi!

Resepinya pula sudah tentulah Amie ambil dari pakar kuih muih tradisional.... Makcik Hasma Noor Basir! Belilah dan bacalah buku masakannya yang cukup lengkap dengan segala petua... Buku resepi Talam Klasik Malaysia. Kita tengok resepinya di bawah ini:

Lapisan Bawah
Bahan A:
150 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
25 gram tepung jagung
25 gram tepung kastard
1 sudu teh air kapur
5 cawan air suam

Bahan B:
250 gram gula merah
100 gram gula pasir
400ml air
3 helai daun pandan
Masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan.

Lapisan Kepala:
5 biji telur ayam gerd B (4 biji telur ayam gred A)
300 gram gula pasir
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
1 sudu teh pewarna hijau epal
4 helai daun pandan - kisar bersama 100 ml air - tapis
400ml pati santan
secubit garam

 Cara:
1. Sediakan Lapisan Bawah dengan menyatukan Bahan A dengan Bahan B, gaul sebati. Jerang di atas api sederhana, kacau hingga hmpir pekat.
2. Tuang ke dalam loyang bulat berukuran 12" yang telah dlengserkan sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.
3. Sementara itu, sediakan adunan untuk Lapisan Kepala degan menyatukan telur dengan gula, pukul hingga gula larut.
4. Masukkan santan, garam, tepung, air pandan dan pewarna. Gaul sebati, tpis. jerang di atas api sederhana, kacau hingga naik wap.
5. Gores permukaan Lapisan Bawah dengan garpu. Kemudian tung adunan Lapisan Kepala ke atasnya.
6. Kukus di atas api kecil selama 30 minit.
7. Sejukkan sebelum dipotong.
Nyum .... nyummm... nyummmm!

9 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie...saya mai awai ni bawa piring kosong...
Unik betoi ni kasui seri kaya...nmpk berseri2 dan sangatttt comel hihi...
Rasa dah tentu2nya sedap nyum..nyum..

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Kemas betul tekstur luaran kuih ni. Hebat betul.

*hulur satu pinggan kosong hehehe

asyifa mustaffa berkata...

Petang2 nmpk kuih ni...sedapnya...

Gee® berkata...

Amieeee... naaaakkk...!!!!

kasihilmar.com berkata...

menarik! tak pernah tengok kuih kasui macam ini. :)

geraugebang berkata...

Teringin nak buat. Tapi tengok caranya bertengkek-tengkek lapisannya...gigil pulak...he he he

Amie berkata...

Lina,
waalaikumussalam.
rasa kasui sudah sedap... bila tambah seri kaya berganda2lah sedapnya.

Pojie,
tq .... meh sini kakak isi pinggang kosong tu.

Asyifa,
jemput... memang sedap tau!

Amie berkata...

Gee,
meh sini sini... bawa piring kosong.. nanti balik dah isi penuh!

Zanita,
saya pun first time cuba ni... seronok cuba resepi orang lama yang penuh pengalaman.

Geraugebang,
he hehhee... apasal sampai gegel pulak... kuih tu tak geget punya ha hahaa.

Malaysia;weddingdestination berkata...

Salam Amie, acuan apa yg Amie pakai unt kuih ni? Sesuai sgt! Tak kecik, tak besar, boleh tak share gambarnya? Tx !