Pages

Isnin, 20 Februari 2023

Ikan Kutambak di Tanah Arab

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin jalan-jalan ke Silabukan, hadiri majlis aqiqah cucu adik ipar. Pulang dari kenduri, singgah beli ikan di gerai tepi jalan Batu 7, Bikang. Agak lama juga tidak memborong ikan di sini. Kami beli tiga jenis ikan dan salah satunya ikan kutambak. Ikan kutambak merupakan spesies daripada keluarga ikan batu. Boleh klik di sini untuk melihat koleksi entri tentang ikan yang Amie kongsi: JALAN-JALAN CARI IKAN.

Ikan Kutambak

Nasi Mandhi dengan Ayam & Ikan Goreng (Umrah 2014)

Sebelum ini Amie sangka orang Arab hanya makan nasi dengan daging sahaja. Rupanya Amie salah. Apabila dihidangkan nasi arab mandhi di Wadi Qudait, ada seekor ikan goreng di atas nasi. Tidaklah kurang sedapnya ikan goreng dengan lauk ayam atay kambing! Ikan tersebut digoreng garing, dan isinya yang tebal dan gebu mengingatkan Amie kepada ikan kutambak!


Apabila berpeluang makan nasi arab di Syareq Qurban di Madinah, rupanya memang benarlah ikan kutambak ada di sana! Kalau rajin meninjau, bolehlah ke bahagian ikan segar. Selain ikan kutambak, ikan bayan, ikan kerapu dan sebagainya juga turut ditawarkan. Harganya tidaklah semurah harga ayam!

Puas hati kawan di dalam gambar ini dapat makan nasi dengan ikan goreng di Syareq Qurban!

Cuba sesekali kita masak nasi arab, lauk ikan goreng, udang, sotong dan hasil laut yang ada di tempat kita.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

25 ulasan:

  1. baru tau nasi mandy pun sedap berlaukkan ikan goreng. biasanya di kedai cuma ada pilihan ayam / kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada macam-macam lauk pilihan. Biasanya di tempat kita terkenal dengan ayam dan kambing kan.

      Padam
  2. Dalam gambar pertama nampak ikannya tak berapa besar, tapi tengok gambar abang arab tu, memang nampak besar dulang ikannya tu, Kak Amie. Kalau di JB ni, kedai nasi arab zaituna ada seafood, tapi sy belum pernah cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tu ada saiz kecil dan saiz besar. Tapi orang Arab goreng ikan memang sedaplah SK. Garing di luar. Ada rasa rempah tapi sikitlah, sekadar syarat saja kot.

      Padam
  3. Goreng seekor besar tidak dipotong 2 pun

    BalasPadam
  4. First time SA dengar ni nasi mandy bleh makan ngan ikan goreng...kalau kat semenanjung ni kami panggil ikan gerut Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pertama kali tahun 2014 dihidang nasi mandi dengan ikan goreng, saya pun terkejut.

      Padam
  5. Pernah nmpk Lofa masak nasi Arab dgn ikan siakap Kak Amie...
    Dan nasi Arab dgn ikan ni yg PH ralat sempat tak sempat cuba masa di tanah suci :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain rasa ikan goreng air tangan orang Arab.

      Padam
  6. Mesti puas hati sesekali dapat makan ikan pula bila hari-hari dihidangkan ayam dan daging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Walaupun makan ikan goreng, tapi sedap sangat rasanya, maklum sepanjang di sini memang puasa ikan!

      Padam
  7. Ikan kutambak...pertama kali tau nama ni.

    Dah terbiasa makan nasi arab dengan daging, rasa janggal jugak nak makan dengan hasil laut. Tapi menarik untuk dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita di sini biasa makan nasi arab dengan daging, tapi di sana tidak pula. Mula-mula memang janggal, tapi sebab sedap, dah tak janggal dah hahahaa.

      Padam
  8. lagi sedap tu dpt mkn dgn ikan goreng. sbg penggemar ikan goreng, sy x kira nasi apa. ada ikan goreng kompem bertambah😀

    BalasPadam
  9. lagi sedap tu dpt mkn dgn ikan goreng. sbg penggemar ikan goreng, sy x kira nasi apa. ada ikan goreng kompem bertambah😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu tak pernah fikir nasi arab makan dengan ikan goreng!

      Padam
  10. dahla besar ikannya, tak pernah mkan ikan goreng dengan nasi arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz besar tu Dana. Luarnya garing, tapi sedaplah makan dengan nasi arab.

      Padam
  11. naelofar pernah share resepi nasi arab ikan sedap juga kak amie saya dah cuba resepinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Afzan. Kita di sini biasanya nasi arab makan dengan ayam atau kambing saja.

      Padam
  12. first time nampak nasi arab ada ikan

    BalasPadam
  13. Ikan segar begini masak apapun pastinya sedap.

    BalasPadam