Pages

Khamis, 9 Februari 2023

Kupi-Kupi Dulu Bah! Di Sini Kita : Hooga Cafe.

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita berehat dahulu dari bersejuk-sejuk di Makkah. Mari kita melencong ke Kundasang pula. Kebetulan pula cuti perayaan sempena Tahun Baru Cina pada hari Jumaat 20 Januari 2022. Kami bertiga, Amie, Encik Suami dan Firdaus jalan-jalan ke Kota Kinabalu. Seawal pukul 6:20 pagi kereta bergerak dari Lahad Datu, dan menjelang tengah hari, kami sampai di Kundasang. Selepas Encik Suami dan Firdaus solat Jumaat di masjid, kami terus singgah di Hooga Cafe yang terletak di Kampung Cinta Mata, Jalan Kundasang Kauluan.

Ketika itu hujan renyai-renyai.
Eloklah panaskan badan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
Kupi-kupi dulu bah!

Hooga Cafe

Hogga Cafe terletak di tepi jalan.


Encik Suami : Cappucino

Firdaus : French Fries

Tidak sabar hendak makan : Bismillah.

Firdaus : Iced Mocha


Amboi anak bapak! Main suap-suap pulak!

Amie: Iced Pineapple Juice

Firdaus: Fried Rice Chicken Chop


Amie: Fish & Chips

Fish & Chips

Encik Suami: Briyani Rice with Curry Chicken

Total : RM107.35

Suasana di bahagian luar Hooga Cafe.

Kami makan di bahagian dalam Hooga Cafe.

Persekitaran Hooga Cafe

Sebelum keluar, ambil gambar dulu.


Tandas.



Ada bas ais krim!

Jom beli ais krim.

Hujan sudah berhenti. Kami terus sambung perjalanan ke Kota Kinabalu.

Sekian. Cerita pendek di Hooga Cafe.

20 ulasan:

  1. Seronok la Firdaus ye kak...rindu tu lama ditinggalkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manjanya kemain lagi bujang kenit ni tau SA.

      Padam
  2. Menarik dan pastinya enak-enak makanannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan yang dihidang panas tentu rasanya lebih sedap.

      Padam
  3. seronok tengok gambar makannan akak, sentiasa cantik dan membangkitkan selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana. Pakai HP cap kapak jew, dah tak larat nak pikul DSLR.

      Padam
  4. I have visited this hooga cafe. It's really amazing experience. I really like it. There food are available is very delicious. Now it's time to avail taxi milwaukee for more information.

    BalasPadam
  5. selamat jamu selera sedap fries ya firdaus

    BalasPadam
  6. es moka dan es pineapplenya bikin auto cleguk cleguk kak amie..mbul tuh favorit banget sama yang namanya nenas...seger untuk dimakan biasa, pula untuk juice ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang namanya nanas memang enak banget ya Mbul.

      Padam
  7. Seronoknya boleh selalu jalan-jalan di Kundasang.

    Cantik dan menarik kafenya. Tandas pun cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kebetulan ada cuti-cuti, bolehlah datang ke Kundasang.
      Ya, saya pun tertarik dengan tandasnya.

      Padam
  8. Makan fries di tempat sejuk macam Kundasang mesti double sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus tak cukup makan friesnya, disambarnya juga dalam pinggan fish & chips kita.

      Padam
  9. Nampak keceriaan di wajah Daus. Untung Daus jadi anak negeri bawah bayu, tempat cantik, makanan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Selagi babanya rajin memandu, bolehlah jalan-jalan selalu.

      Padam
  10. Alhamdulillah sakan berjalan Puan Amie. Hehe sementara ada kesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. nanti dah bosan jalan-jalan, duduk jew di rumah.

      Padam