Pages

Ahad, 19 Februari 2023

Makan Nasi Unta @ Kabsha Hashi @ Camel Kabsha

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai mendaki Jabal Nur, kami bergerak menuju ke sebuah restoran nasi unta. Menurut Ustaz Ali Amin, di sini khusus menjual nasi unta sahaja. Kalau ikut ejaan sendiri nama tempat makan ini Kabsatun Hashaa tetapi apabila rujuk Pak Google, rata-rata menyebut Kabsha Hashi. 

Inilah nasi arab terakhir kami nikmati selama berada di Makkah. Ada rakan blogger tanya, tidak jemukah hari-hari makan nasi arab? Jawabnya: Tidak jemu. Nasi arab yang dihidangkan tidaklah berminyak-minyak, dan setiap hari dihidangkan nasi arab yang berbeza. Sayanglah pula kalau tidak dicuba. Bila lagi hendak dapat kesempatan merasa hidangan di Arab Saudi. Lagipun Amie tidak banyak ambil. Hanya satu senduk sahaja untuk setiap kali makan. 

Nasi Unta.

Kabsha Hashi

Pesan makanan di kaunter, tingkat bawah.

Kami naik ke ruang makan di tingkat atas.

Buka kasut.

Sampai di sini, kenalah makan ikut cara tradisi. Duduk bersila  dan gunakan tangan.


Amie dengan Encik Suami, makan berdua. Satu set 57SAR /  RM73 tidak termasuk minuman.

Pada mulanya terkejut juga melihat bekas nasi yang kemek-kemek. Apabila teringat cara mereka (di hotel dan restoran ) main campak-campak bekas makanan ke dalam tong sewaktu membersihkan meja, jadi tidak hairanlah mengapa bentuk bekas makanan jadi begini. Memang geli hati sungguh apabila mengenangkannya!

Cara makan nasi unta, kena tuangkan nasi tersebut di atas plastik yang disediakan!

Nasi unta dengan sos tomato dan sup. Tidaklah kering sangat nasi apabila dituang sup pekat (kira kuah kari bagi kita).

Bismillah.

Nampak ringkas sahaja nasi unta dengan cili hijau dan ketulan bawang besar.

Pada mulanya ada jemaah yang tak mahu makan sebab tak pernah makan. Tapi setelah makan sesuap, terus makan sampai habis! Nasinya sedap, cukup rasa dan daging untanya lembut! Tak ada bau apa pun. 

Selepas makan nasi unta, kami minum teh Arab.

Kan! Habis licin hidangan masing-masing! Alhamdulillah.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

18 ulasan:

  1. Kalau sy pun, tak jemu makan nasi arab, Kak Amie. Bila dah balik Msia, tentu Kak Amie rindu nasi arab negara arab, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti rundu SK. Dihidang panas, semua jenis daging lembut dan banyak pula jenisnya. Bertambahlah info tentang nasi arab.

      Padam
  2. time ni laa nak mkn nasi yg susah nk dpt kat sini... ori punya ni😀

    BalasPadam
  3. Menarik sungguh ni...nasi daging unta!

    Apa tujuan tuang atas plastik tu kak? Tak makan terus atas dulangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cara makannya begitu Ujie.

      Padam
    2. Ooh...nanti pelik pulak kalau kita makan terus atas dulang ya 😅

      Padam
  4. Teringin pula hendak cuba daging unta apabila dikatakan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya sedaplah sebab lembut, tak ada bau hamis atau hanyir.

      Padam
  5. Wah..SA pun x pernah makan daging unta..kalau diberi peluang ke sana nak sangat rasa makan daging unta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lepaskan peluang SA. Kak Amie sampai sekarang teringat hati unta di Madinah yang memang sangat sedap tu.

      Padam
  6. Dalam restoren tu cantik dan bersih. Ingatkan masuk surau dulu nak solat rupanya itulah ruang makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... tempat makan tradisional orang Arab memang beginilah.

      Padam
  7. ingatkan makan dalam surau kak...restoran dia sebijik macam surau tmpt kita

    BalasPadam
  8. wah ni mmg feel arab sungguh ni kak. mcm mana rasa nasi arab kat sana

    BalasPadam