Pages

Rabu, 18 Januari 2023

Melawat Perkuburan Baqi' - Jannat al-Baqi' / Baqi' al-Gharqad

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada pagi Jumaat bersamaan 30 Disember 2022, Encik Suami berpeluang berziarah ke Perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi' juga dikenali dengan nama Jannat al-Baqi' yang bermaksud Kebun atau Taman Syurga, dan nama lain bagai perkuburan yang berusia lebih 1,400 tahun ini ialah Baqi' al-Gharqad yang bermaksud Taman Pepohonan Kecil.

Encik Suami bersama mutawif dan sebahagian daripada jemaah lelaki di Perkuburan Baqi'.

Hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk mengikut waktu yang ditetapkan iaitu selepas solat subuh, dan selepas solat asar. Pada hari pertama kami melawat ziarah sekitar masjid Nabawi, kami hanya berada di luar pagar yang dikawal ketat oleh askar Arab. Mutawif juga mengingatkan kami, bahawa berdoa menghadap kubur adalah dilarang sama sekali, dan itu merupakan perbuatan bida'ah kerana berdoa hendaklah menghadap arah kiblat, bukannya menghadap kubur. Jika didapati ada jemaah yang berbuat demikian, askar akan menghalau mereka. Jadinya, mutawif membimbing kami di luar pagar untuk mengucapkan salam kepada keluarga Rasulullah dan para sahabat yang disemadikan di sini dengan memberi peringatan tidak boleh menadah tangan seolah-olah sedang berdoa.

Di Tanah Perkuburan Baqi ini, semua isteri Rasululullah kecuali Siti Khadijah ( isteri Rasulullah dimakamkan di Jannat al-Maula Makkah), dan ahli keluarga baginda dan lebih 10,000 sahabat dikebumikan.


Perkuburan Baqi kelihatan seperti tanah yang lapang dan luas tanpa tumbuh-tumbuhan, kering tandus dan berbatu-batu. Tiada sebarang bentuk tanda khusus atau sebarang tulisan seperti batu nesan di tempat kita.

Video Perkuburan Baqi'.


Semua gambar dan video yang Amie kongsikan ini diambil dari HP Encik Suami. Apabila Encik Suami bercerita tentang salah satu kubur tempat persemadian  Halimatus Sa'diyah, ibu susuan baginda Rasulullah SAW, teringatlah kita Firdaus suka tanya kita siapakah nama ibu susuan nabi? Kita sebut Halimatul Saadiah tetapi Firdaus kata ada ibu susuan nabi yang lain iaitu:
  • Ibu susuan yang pertama - Ummu Aiman Barakah Al-Habasiyyah - setelah dilahirkan tiga atau tujuh hari oleh Siti Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, Ummu Aiman menyusukan baginda.
  • Ibu susuan yang kedua - Tsuwaibah (Mawla Abu Lahab)
  • Ibu susuan yang ketiga - Halimatus Saidiyah (Halimah binti Abi Dzuain As-Sa'diyah)



Sebenarnya banyak cerita bersejarah di perkuburan ini, namun akibat kurang ibu dan penelitian tak beranilah pula hendak menulisnya. Antaranya termasuklah usaha pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan tapak perkuburan ini atas niat untuk menghancurkan dan menghapuskan kesan-kesan peninggalan sejarah Islam.


Semoga usaha untuk memusnahkan kesan sejarah perjuangan Islam tidak berulang lagi, dan diharap kunjung ziarah ke permakaman ini akan sentiasa mengingatkan kita kepada mati dan menambahkan takwa kepada-Nya.





Ini sahajalah perkongsian ringkas lawatan ziarah Encik Suami bersama jemaah lelaki di Perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Perkuburan baqi' merupakan tanah perkuburan yang paling mulia, dan sering diziarahi Rasulullah sewaktu hayat baginda masih ada. Menurut ceritanya, ada sebuah makam kecil tempat anakanda baginda dikebumikan, wafat di usia kecil 18 bulan bernama Ibrahim. Ibrahim merupakan anakanda baginda hasil perkahwinannya dengan Maryam al-Qibtiah. Rasulullah memakamkan puteranya dengan deraian air mata.



Ada hadis mengatakan ahli kubur Baqi' merupakan golongan pertama yang dibangkitkan di akhirat kelak. Wallahua'lam.

Perkongsian video lawatan ke Perkuburan Baqi'.

6 ulasan:

  1. Luas Tanah Perkuburan Baqi ni .
    Terima kasih En. Majid sudi merakam dan mengambil foto. Ramai yang dapat tengok di sini walaupun tak dapat masuk.

    BalasPadam
  2. Al-fatihah... sebak pulak tengok gambar.. apatah lg yg berpeluang tgk depan² perkuburan golongan baqi ni

    BalasPadam
  3. ramai juga saudara kita dari Malaysia yg telah dikebumikan di tempat yang mulia ni..moga2 kita juga termasuk dalam golongan mereka

    BalasPadam
  4. kenapa wanita tak boleh ke sana ye kak? nampak luas dan sama je, ada tanda batu je ye di kubur di sana. Tak sangka ada juga ya yang berniat untuk musnahkan tanah perkuburan itu. Moga tanah perkuburan al baqi tu terpelihara hingga hari kiamat nanti

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian Amie , mudah-mudahan ada rezeki kak ana juga jejak kaki ke tanah suci sebelum berakhir hayat .. aamiin

    BalasPadam
  6. Terasa seperti saya mendengar penerangan daripada tour guide..terang dan jelas setiap destinasi yang disinggahi..Semakin excited nak ke sana

    BalasPadam