Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa sangat teruja apabila membayangkan berpeluang solat Jumaat di Masjid Nabawi. Dengan izin Allah, ini merupakan kali kedua berpeluang menunaikan solat Jumaat setelah kali pertama sembilan tahun lalu di Masjidil Haram.
Di sebelah sana, seawal pukul sembilan pagi, sebarisan askar sudah bersedia untuk mengawal keadaan di pintu pagar Masjid Nabawi. |
Sempat merakam gambar dari tingkap bilik ketika sedang bersiap-siap hendak turun ke masjid. Kelihatan orang ramai mula menuju ke masjid.
Suasana belum begitu sesak, dan memudahkan kami bergerak masuk melintasi pagar 335.
Orang ramai mula membanjiri kawasan perkarangan Masjid Nabawi.
Sewaktu bersiap-siap untuk ke masjid, sempat buka beg sandang. Tidak ada sejadah kecil yang selalu dibawa bersama. Baru tersedar, sewaktu bergegas meninggalkan masjid di awal paginya, rupanya tertinggal sejadah di tempat solat.
Walaupun imam membacakan khutbah dalam Bahasa Arab, tetapi kita dapat merasakan penghayatan oleh imam tersebut. Di penghujung khutbahnya, kedengaran suaranya yang tersekat-sekat, sebak menahan tangis ketika menyampaikan amanatnya.
Selepas solat, ada seorang kanak-kanak hulurkan diua biji gula-gula dan sebiji kurma. Kita simpan pemberian tersebut di dalam beg sandang.
Rakaman video kembali ke hotel.
Pada mulanya, kami bercadang untuk hantar pakaian ke kedai dobi. Harga dobi di sini mengikut timbang kilo iaitu bayaran sebanyak SAR 20 dikenakan untuk pakaian seberat satu kilogram. Kalau rajin cuci sendiri, boleh cuci dan gantung di bilik air. Dalam tempoh enam hari menginap di hotel, sudah tentu pakaian akan kering. Cuma, kenalah bawa sabun sendiri. Oleh kerana perut mula rasa lapar, jadi kami fikirkan untuk mencari tempat makan dahulu.
Jemaah umrah sabar berbaris untuk membeli KFC di hadapan hotel kami. Kami pula berjalan-jalan sahaja di sekitar Taiba Mall. Rasanya tidak sanggup untuk berbaris membeli jus buah atau makanan! Sebenarnya kami sudah masuk ke dewan makan, tetapi tiada tempat duduk yang kosong. Tak sangguplah pula mengusung pinggan makan ke sana ke mari mencari tempat.
Sewaktu jalan-jalan terserempak dengan tempat tukar wang asing. Kami belum lagi perlu tukar wang ketika ini kerana bekalan wang masih mencukupi.
Selepas makan tengahari di Chicken Hat, kami kembali ke hotel. Sebelah petangnya pula, menjelang senja Encik Suami ajak jalan-jalan di perkarangan masjid. Sementara menunggu waktu maghrib tiba, kami melihat-lihat suasana di sini.
Sebenarnya banyak pintu dan pagar yang kami boleh lalui, tetapi biasanya kami gunakan pintu dan pagar yang sama agar tidak tersesat mencari jalan balik ke hotel. Setiap pintu atau pagar yang dilalui akan membawa kita ke lorong yang berbeza. Bangunan hotel dan tempat perniagaan kelihatan agak sama, dan itulah yang kadang-kadang membuatkan kita keliru jalan mana yang harus dipilih. Masalah ini dapat diatasi sekiranya kita faham lorong-lorong yang perlu ditelusuri.
Setakat ini, hanya pagar ini sahajalah yang kami lalui iaitu pagar 335, yang letaknya 50 meter dari hotel kami.
Beginilah suasana di perkarangan Masjid Nabawi pada petang Jumaat itu. Walaupun waktu solat fardhu, kawasan ini dipenuhi jemaah wanita tetapi pada masa yang lain jemaah lelaki pun berada di sini. Kelihatannya, mereka dalam kumpulan tertentu seperti keluarga kerana bercampur di antara lelaki dan wanita serta anak-anak.
Ada yang tidur di situ.
Kami melalui tempat sebuah keluarga sedang menjamu selera. Oh, boleh rupanya makan nasi di sini. Encik Suami sempat melihat makanan yang terhidang iaitu nasi Arab dengan lauk ayam saiz besar-besar!
Sekian, perkongsian suasana pada hari tengah hari Jumaat dan menjelang senja di perkarangan Masjid Nabawi.
Santainya mereka duduk2 di perkarangan masjid. Macam berkelah pula.
BalasPadamSubhanallah... tenangnya berada di sini walaupun ada askar yg berjaga
BalasPadamindahnya...mudahan suatu hari nanti Allah juga perkenankan doa saya untuk jejak kaki disini..seronok baca kisah tanah haram
BalasPadamKita orang pernah piknik makan di kawasan tempat yang berpayung tu bersama kakak-kakak dan abang ipar serta anak saudara yang tolong membelikan nasi mandy. Seronok sekali mengisi perut yang lapar sementara menunggu masuk waktu zohor.
BalasPadamsiap tidur lagi ye dekat situ kak, nampak macam berkelah santai-santai gitu... yelah luas dan banyak pintu kan mau sesat pulak kalau tak ingat pintu mana yang selalu keluar masuk
BalasPadamSeronok baca catatan cikgu...rasa nak terus terbang ke Tanah Suci sekarang juga..Semoga ada rezeki saya menjadi tetamuNya..
BalasPadamTeringat bait-bait nasyid Asiah Jamil..Panggilan Haji