Bismillahirrahmanirrahim.
Teringat pesanan mutawif sewaktu dalam perjalananan menaiki bas dari Jeddah ke Madinah tempoh hari. Menurut beliau, jemaah umrah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta banyakkan bersabar dalam permusafiran. Salah satu perkara yang disentuh ialah tentang waktu makan. Katanya, dalam keadaan sesak tentulah banyak perkara yang kurang disenangi akan berlaku. Misalnya, tidak cukup pinggan dan terpaksa menunggu giliran. Jika datang lewat, mungkin ada lauk yang sudah habis. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jemaah umrah sampai tidak dapat lauk!
Setelah menghadapi situasi kelewatan menerima tuala, dan kami gunakan selama menginap enam hari di hotel tanpa ganti, kami juga dapat melihat kekurangan lain seperti kehabisan pinggan di dewan makan sewaktu jemaah hendak menjamu selera. Selain itu, ada juga perkara-perkara seperti ketiadaan cerek serta ketiadaan air di bilik hotel.
Akhirnya semua perkara itu dapat difahami kerana jumlah jemaah umrah yang terlalu ramai. Sedikit-sebanyak kami dapat menerima alasan mengapa tarikh umrah kami ditunda dari 13 Disember ke 27 Disember. Alasan kesesakan hotel dan penerbangan dapat diterima dengan rasional.
Pada pagi Jumaat, sebaik sahaja kami selesai sarapan pagi di Mexican Chicken dan makan ais krim di gerai, kami terus balik ke hotel untuk bersiap ke Masjid Nabawi. Ketika sampai di lobi hotel, suasana sangat lengang, dan pada masa ini kita pun terfikir untuk mengambil gambar!
|
Dewan Makan di Royal Al-Andalus Hotel |
|
Kaunter pendaftaran di lobi hotel. |
|
Lobi hotel dari pintu belakang. |
|
Di hujung sana, ada dua buah pintu lift yang digunakan oleh jemaah umrah turun naik ke bilik. Ketika jemaah umrah sampai setiap hari, lift ini jugalah yang digunakan oleh para pekerja untuk membawa naik semua beg para jemaah dan dihantar ke tingkat bilik mereka. |
Di belakang Encik Suami, sebuah tangga pusing untuk jemaah umrah naik ke dewan makan.
Pada waktu-waktu tertentu seperti sebelum dan selepas solat fardhu serta ketibaan jemaah umrah yang baru sampai, kawasan ini akan penuh sesak.
Ruangan-ruangan di dewan makan.
Di ruangan inilah kami bersarapan di hari pertama berada di sini kerana ruang makan yang ada meja sudah penuh. Ketika itu lampu tidak berfungsi. Kami bawa piring berisi makanan dan duduk dalam samar-samar cahaya lampu dari luar.
Dewan makan kelihatan luas dan lapang.
Jemaah umrah boleh memilih untuk duduk di mana sahaja ruangan.
Ketika kita sedang ambil gambar, kita dihampiri oleh seorang lelaki berkulit putih, dan mungkin beliau pengurus bahagian makanan di sini. Dari gaya percakapannya, ada slang Indonesia dan sesekali seperti gaya percakapan Thailand pula. Antara yang diperkatakannya:
- Beritahulah pengurus kamu supaya jangan campur semua jemaah umrah dari Malaysia, Indonesia, dan Brunei makan di sini.
- Buatlah permohonan untuk pembahagian tempat seperti jemaah dari Thailand. Mereka tidak mahu bercampur dengan jemaah dari negara lain. Jadi nampak lebih tersusun, dan tidak berebut-rebut.
- Jemaah dari Indonesia sanggup berhimpit-himpit untuk makan di sini. Jumlah mereka terlalu ramai.
- Kalau ada 20 orang jemaah dari Malaysia dan Brunei, hanya lima orang sahaja yang datang makan di sini.
- Hanya 800 orang boleh makan di sini, tetapi sekarang sudah lebih 1000 orang!
Kita hanya mendengar sahaja, dan dapat membayangkan betapa sibuknya pengurus dewan ini bersama-sama para pekerja menyempurnakan tugas mereka. Terbayang pula setiap kali waktu makan, ramai jemaah wanita membawa makanan ke dalam bilik, dan tidak memulangkan pinggan!
Rupa-rupanya ramai yang tidak sanggup bersesak dan berebut mengambil makanan dan juga tempat duduk! Bermakna, bukan kami sahajalah yang selalu memutuskan untuk mencari makanan di luar!
Sekali-sekala, ada juga kami makan tengah hari atau makan malam di sini. Itu pun sekiranya tidak perlu mencari tempat duduk ke sana dan ke mari. Waktu itu terpandang pula keluarga jemaah membuka tin sardin untuk dijadikan lauk. Tidak kurang juga yang membawa serunding dan juga sambal. Barangkali, untuk memenuhi selera masing-masing.
Ada sekali, sewaktu kami sedang makan, Encik Suami terpandang seorang lelaki datang membawa pinggan nasinya, dan duduk di hadapan kami. Ada kepinga telur dadar di atas nasinya. Encik Suami bisik pada kita: Ada telur dadar rupanya. Kita pun bangun, dan bergegas ke tempat nasi dan lauk-pauk bertujuan mencari telur dadar. Berkeliling meja hidangan kita cari, seolah-olah tawaf pula! Tidak nampak saki-baki telur dadar! Kita kembali ke tempat makan, dan terpandang dalam pinggan jemaah lain ada telur dadar!
Sekali lagi kita ke tempat meja lauk-pauk, dan tawaf lagi! Eh, tak ada pun telur dadar!
Hidangan yang disajikan merupakan menu dari Indonesia. Sarapan pagi yang disajikan termasuklah:
- Roti
- Telur Rebus
- Mi Goreng
- Nasi Putih
- Keropok
- Sosej
- Sambal Tomato
- Minuman Panas : Teh / Kopi
Hidangan tengah hari dan malam terdiri daripada:
- Nasi Putih
- Ikan
- Ayam
- Daging
- Sayur
- Sup
- Sambal Tomato
- Buah Limau / Epal
- Minuman
Jadual Waktu Makan:
- Sarapan Pagi : 05:00 - 08.00
- Makan Siang : 11:00 - 14.00
- Makan Malam : 18:00- 21:30
Walaupun penuh sesak dengan jemaah di waktu makan, tetapi para pekerja di sini sangat cekap dan pantai melaksanakan tugas. Dewan makan sentiasa bersih dan kemas, terutama di antara waktu makan.
Dua hari kemudian, Encik Suami mendapat jawapan kenapa Amie tidak jumpa telur dadar! Rupanya, ada jemaah yang goreng telur di dapur mereka dan di bawa ke dewan makan, kemudian dibahagi-bahagikan dengan ahli jemaah mereka!
Aduhai! sedapnyalah telur dadar!
Patutlah kak Amie tak jumpa telur dadar tu 🤦♀️😅
BalasPadamLuas dan selesa dewan makannya.
ooo that's why kak amie selalu makan di luar...ok juga tu dapat bersiar-siar sambil cari makan
BalasPadamSetahu sy jemaah Thailand dan Indonesia mmg biasa memasak jika di tanah suci. Pernah bersembang dgn mereka ketika di masjidil haram dulu. Katanya utk jimat belanja.
BalasPadamDalam berita yang saya ada tengok tak lama dulu, pun ada cakap, jemaah umrah ramai.
BalasPadamLuasnya dewan makan dia. Itu pun masih tak cukup menampung jumlah jemaah ye.
Mereka bawa kuali ajaib kot ke sana.
BalasPadamNi mesti bawa dapur dan beli telur di madinah. Masak banyak dan bagi kawan-kawan. em baguslah
BalasPadamCantik ID hotel tu... x dpt bayangkan semua jemaah queue nk ambik mknn masa bekfes.. dpd bersesak mmg bijaklah cr mkn kat luar... masa macam ni telur dadar pun jadi sedap kan??
BalasPadamcantik betul dewan makannya kak, nampak mewah betul tu ya. Tak dapat dibayangkan bagai mana sesaknya bila semua berkumpul di situ. Aduhai rindu nya dengan telur dadar ya,sampai 2 kali bertawaf mencari rupanya memang tiada. Memang boleh masak sendiri di dapur tu ke kak?
BalasPadamSenyum sendiri kita baca telur dadar tu..ðŸ¤
BalasPadamBukan sahaja menunya lebih keIndinesiaan...jadual nya juga dalam bahasa Indonesia ya cikgu..kita biasa sebut makan tengahari...saudara kita diseberang menyebut sebagai makan siang.😄