Pages

Khamis, 26 Januari 2023

Masjid Bani Haram : Peristiwa Makanan Sedikit Menjadi Banyak di Rumah Jabir bin Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim.
Bas meninggalkan kawasan Masjid Ad-Derea (Ad-Dar) dan berhenti di perkampungan Bani Haram Bukit Sa'la. Bertambah terujalah kami apabila Ustaz Ali Amin memberi penerangan tentang kampung tersebut. Allahu Akbar! Tak pernah terduga untuk beroleh rezeki berkunjung ke rumah sahabat Rasulullah SAW! Pernah tak dengar nama salah seorang sahabat baginda, iaitu Jabir bin Abdullah? Pernah tak dengar cerita mukjizat Rasulullah SAW tentang makanan yang sedikit menjadi banyak?

Gambar kenangan bersama Jemaah Umrah Sabah di Masjid Bani Haram


Di lorong inilah bas menurunkan kami. Dan Masjid Bani Haram terletak di sebelahnya.


Rakaman video penerangan daripada mutawif tentang peristiwa Perang Khandaq dan makanan sedikit menjadi banyak.



Masjid Bani Haram  terletak di perkampungan puak Bani Haram. Ia merupakan tempat perkhemahan tentera Islam semasa Perang Ahzab (Perang Khandaq). Di sinilah juga letaknya rumah sahabat Rasulullah SAW, Jabir bin Abdullah dan satu peristiwa ajaib telah terjadi.

Perang Ahzab (Khandaq): 
Berita konspirasi kaum musyrikin dan Yahudi telah sampai ke Madinah. Rasulullah SAW segera mengadakan musyawarah dengan para sahabatnya. Salman al-Farisi, sahabat baginda dari Parsi yang amat pakar dalam strategi peperangan mengusulkan : Jika Madinah diserang dari luar, taktik terbaik untuk mengelak serangan itu adalah dengan cara menggali parit di Bandar (al-Fushul fi Sirah ar-Rasul dan Zad al-Ma'ad.
Sumber : Sirah Teragung Muhammad SAW.


Ketika menggali parit bersama tentera Islam, Jabir bin Abdullah menyedari Nabi Muhammad SAW terlalu lapar kerana tidak makan berhari-hari. Begitu juga dengan tentera yang sedang menggali parit, terpaksa mengikat batu di perut masing-masing untuk menahan lapar. Lalu dia pulang ke rumah dan menyembelih seekor anak kambing dan menyuruh isterinya memasaknya serta mengadun tepung gandum untuk dibuat roti. Tepungnya pula hanya ada satu sha' sahaja. Setelah masak, Jabir menjemput Rasulullah datang untuk makan di rumahnya bersama tiga atau empat orang sahabatnya. Sebaliknya, Rasulullah SAW berdiri di hadapan semua tentera yang berjumlah lebih 1000 orang. Baginda memanggil dan mengajak mereka makan bersama!

Walaupun jumlah mereka ramai dan makanan hanya sedikit tetapi semuanya dapat makan sehingga kenyang! Bahkan, daging dan adunan tepung untuk roti masih berbaki! (HR. Bukhari)

Sumber : Sirah Teragung Muhammad SAW.

Masjid Bani Haram

Di pintu Masjid Bani Haram

Rumah di sekitar Masjid Bani Haram.


Hikmah di sebalik Mukjizat Ketika Lapar Menyerang:

Sikap kasih sayang harus dimiliki  seorang pemimpin seperti Rasulullah SAW yang mengajak seluruh sahabat menikmati hidangan yang disiapkan oleh Jabir bin Abdullah. Ini menunjukkan Rasulullah SAW tidak ingin makan makanan tersebut bersendirian meskipun baginda dalam keadaan yang sangat lapar. Allah berfirman tentang sikap Rasulullah SAW ini di dalam al-Quran:
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (QS. at-Taubah [9]:128)

Sekian, kisah dalam permusafiran di Madinah al-Munawarah untuk perkongsian bersama. Di bawah ini, sempat ambil gambar Masjid Bani Haritha dari dalam bas.


Wassalam.

12 ulasan:

  1. memang benar mukjizat ni kalau fikir guna kapasiti akal manusia yg terhad ni, tak mampu nak tafsirkannya...

    sederhana binaannya tapi kaya dgn sejarah

    BalasPadam
  2. maksud umrah itu sendiri ziarah. Baca dan lihat gambar pun dah buat bergenang air mata

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. tq for sharing cikgušŸ„°

    BalasPadam
  4. Allah, alhamdulillah kak... terima kasih atas perkongsian ni

    BalasPadam
  5. sangat sebak membaca kisah mukjizat Nabi Muhammad SAW ni kak Amie. Betapa hebatnya Rasulullah SAW dan sahabat2 walaupun lapar sampai ikat batu di perut tapi tetap berjuang untuk agama Allah.

    BalasPadam
  6. subhanallah melihat tinggalan sejarah Rasulullah pengalaman terbaik

    BalasPadam
  7. Membaca catatan cikgu seakan mengimbau apa yg ustaz ajar masa kat sekolah dulu...
    Rindunyaaa

    BalasPadam
  8. subhanallah seronoknya pergi tempat yg pernah nabi berada satu ketika dulu

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsian kak amie...dapat ilmu baca entry ni...banyak lagi nak tau ni

    BalasPadam