Bismillahirrahmanirrahim.
Banyak sungguh kesan peninggalan pejuangan Rasulullah ketika berusaha menegakkan syiar Islam. Namun begitu, tidak semua tempat dapat kami singgahi. Biasanya tempat-tempat tersebut didirikan masjid sebagai mercu tanda memperingati setiap peristiwa yang berlaku. Namun begitu, sebahagian tempat lawatan hanya dapat dilihat dari dalam bas sahaja. Ini disebabkan kedudukannya yang terletak di pinggir jalan serta tiada tempat letak kenderaan, atau pun tempat-tempat tersebut sedang dibaikpulih. Mudah-mudahan Saudi Vision 2030 akan tercapai sepenuhnya, dan ketika itu semua tempat sejarah perjuangan Rasulullah SAW bersama para sahabat akan dibuka kepada orang ramai.
Setelah melihat tempat kesan darah Rasulullah yang cedera ketika Perang Uhud, sekarang kami dibawa pula ke tempat Rasulullah SAW berdoa pada malam sebelum pertempuran berlaku iaitu di Masjid Al-Dar'a. Selain nama Masjid Al-Dar'a, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Ash-Shaikhain.
Masjid Al-Dar'a Sumber : Google |
Ash-Shaikhain Mosque (Ad-Derea)
Prophetic Biography literature mention that the Prophet SAW spent the night in Ash-Shaikhain on his way to the battle of Uhud (the 3 rd year A.H), and prayed in the mosque next to Ash-Shaikhain and met some of its people allowing some and denying others.
Prophetic Biography literature mention that the Prophet SAW spent the night in Ash-Shaikhain on his way to the battle of Uhud (the 3 rd year A.H), and prayed in the mosque next to Ash-Shaikhain and met some of its people allowing some and denying others.
(Sumber : Papan Tanda )
Dalam butiran HP disebut sebagai Masjid Ad Dar, Medina. |
Kedudukan Masjid Al-Dar'a ini adalah di antara Madinah dan Gunung Uhud serta berhampiran dengan Masjid Bani Haritha atau Masjid Al-Mistrah iaitu tempat Rasulullah SAW berehat semasa pulang dari peperangan.
Inilah tempatnya Rasulullah SAW menyimpan baju perang serta alat kelengkapan peperangan serta mengatur strategi Perang Uhud. |
Masjid Al-Dar'a bermaksud Masjid Perisai. Rasulullah SAW memakai perisainya di masjid ini sebelum bergerak untuk bertempur di medan perang. Dikatakan bahawa selepas menunaikan solat Jumaat, Rasulullah SAW berangkat ke Uhud, menyempurnakan solat asar pada lewat petang, solat maghrib ketika matahari terbenam dan menunaikan solat isya pada sebelah malam serta solat subuh waktu subuh dalam perjalanan.
Subhanallah suka baca sejarah perjuangan Rasulullah
BalasPadamBesar sungguh pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat...
BalasPadamUnik binaan masjid tu.
BalasPadamSubhanallah...dapat menyusuri jejak sirah Rasulullah ni rezeki... tak semua orang berpeluang
BalasPadamAlangkah indahnya jika kita semua dapat menerapkan bahan bacaan sejarah islam dan perjuangan rasulullah dalam bahan bacaan kanak-kanak dan remaja kerana ia penuh motivasi dan semuanya adalah kisah benar belaka
BalasPadamkenapa tak dibawa msk ke dlm masjid kak?
BalasPadamSubhanallah, patutla yang pergi ke sana mesti suka dapat ziarah jejak tinggalan Rasulullah kan kak... walaupun masjidnya nampak kecik tapi sangat bermakna kewujudannya
BalasPadamsubhanallah nak juga la sampai sini. doakan ye
BalasPadamSubhanallah, semoga dapat sampai ke sini suatu hari nanti..insyaallah
BalasPadam