Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita belajar Sejarah Islam, sudah tentu kita kenal dengan pasti tentang Gua Hira' di Jabal Nur, tempat pertama kali Malaikat Jibrail turun membawa wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Jabal Nur terletak lebih kurang enam kilometer di utara Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah. Di Gua Hira' inilah tempat Nabi Muhammad SAW menyendiri (berkhalwat), merenungi (tafakur) peristiwa-peristiwa yang terjadi di dalam kehidupan baginda. Rasulullah SAW sering melakukan perkara tersebut (beruzlah yang bermaksud menyendiri) selama tiga tahun terutama di bulan Ramadan. Pada tahun ketiga baginda menyendiri di Gua Hira' itulah Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu pertama 17 Ramadan yang kita ketahui dengan nama Nuzulul Quran.
Di Madinah pula, terdapat sebuah gua bersejarah yang menjadi tempat Rasulullah SAW solat, bermunajat, menyendiri dan bertafakur dinamakan Gua Bani Haram. Gua Bani Haram yang terletak di Bukit Sa'la (Sela) ini dikenali sebagai Gua Sajadah. Bukit Sa'la ini terbentang berhampiran Masjid Nabawi.
Dikatakan bahawa Rasulullah SAW pernah berehat, tinggal dan bermalam di dalam gua tersebut semasa Perang Khandaq. Semasa Perang Khandaq, seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Muaz Ibn Jabal mencari baginda yang dikatakan sedang berehat di Gua Bani Haram. Apabila Muaz Ibn Jabal naik ke Gua Bani Haram, beliau mendapati Rasulullah SAW sedang sujud. Muas Ibn Jabal mengambil keputusan untuk menunggu baginda menyempurnakan sujudnya sehingga selesai. Namun begitu, Muaz menjadi bimbang dan takut kerana baginda sujud begitu lama sehingga Muaz menyangka baginda telah wafat!
Setelah Rasulullah SAW bangun dari sujud, Muaz Ibn Jabal segera memberitahu perasaan takutnya kerana menyangka Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini disebabkan sujudnya yang sangat lama.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa Malaikat Jibrail datang kepadanya, dan mengatakan Allah mengirimkan salam kepada baginda dan bertanya apa yang baginda ingin Dia lakukan terhadap umat baginda? Rasulullah SAW menjawab : Allah Maha Mengetahui.
Tidak lama kemudian, Malaikat Jibrail kembali membawa berita gembira : Allah tidak akan mencelakakan, atau mengecewakan kamu , dalam hal umatmu.
Apabila Rasulullah SAW mendengar perkhabaran tersebut, baginda pun terus sujud syukur. Kedudukan paling dekat di antara hamba dengan pencipta-Nya adalah dalam sujud. Dan sehingga kini gua tersebut dikenali sebagai Gharr Al Sajdah (tempat sujud) atau Gua Sajadah.
Ketika ini matahari sedang memancar terang, dan jam menghampiri ke pukul 11 pagi. Sesiapa yang berhajat untuk mendaki Bukit Sa'la menuju ke Gua Sajadah dialu-alukan. Pendakian dijangkakan memakan masa di antara lima hingga 10 minit.
Ada permaidani hijau dibentangkan di pintu masuk. Seorang lelaki sentiasa ada di situ, menyapu dan membersihkan permaidani selepas dipijak oleh pengunjung.
Mari kita mulakan pendakian.
Bismillah.
Encik Suami tidak mahu ketinggalan mendaki Bukit Sa'la.
Di pertengahan jalan, ada permaidani merah pula.
Di bawah pokok berdaun kuning, ada sebuah bekas berisi air.
Air di dalam bekas ini ditutup dengan guni (?)
Mungkin ditutup untuk mengekalkan kedinginan air, dari pancaran matahari. Sesiapa yang berhajat untuk minum, boleh singgah di sini.
Akhirnya sampailah ke puncak sana!
Encik Suami sempat tangkap gambar kita di pertengahan bukit!
Di belakang kita, Yujin dan suaminya.
Encik Suami dapat tangkap gambar di tempat solat Rasulullah SAW.
Gua Sajadah, tempat solat Rasulullah SAW.
Ini merupakan tempat Rasulullah membersihkan diri dan berwudhu'
Sekarang tempat ini sudah kering, tidak berair.
Pemandangan dari pertengahan jalan pendakian ke Gua Sajadah.
Rakaman kenangan di Bukit Sa'la.
Apabila berada di pertengahan jalan, kita lihat batu-batu besar dan tajam perlu dilalui untuk sampai ke Gua Sajadah. Kita ambil keputusan, cukup sampai di sini sajalah kita mendaki.
Rakaman jemaah turun dari Gua Sajadah.
Encik Suami hanya memakai selipar, tetapi bersemangat mendaki ke Gua Sajadah. Tumitnya luka tercalar batu tajam. Rupanya, ada beberapa orang jemaah lelaki yang terluka kaki terpijak batu tajam.
Bolehkah kita bayangkan bagaimana baginda Rasulullah SAW dengan gigih dan sabar mendaki ke Gua Sajadah? Dan tidak dapat dibayangkan sewaktu baginda beruzlah di Gua Hira', setiap hari Siti Khadijah yang berusia 60 tahun mendaki dan menuruni Jabal Nur untuk menghantar bekalan makanan kepada baginda!
|
Gambar kenangan Umrah Sabah di kaki Bukit Sa'la. |
Tangkap juga gambar kucing yang bersiar-siar di kaki bukit. Kami selalu terjumpa kucing ketika lawatan. Ia kucing jalanan, tetapi sangat cantik dengan bulunya yang lebat dan panjang!
Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW.
|
Comel sangat kan? |
Salah seorang jemaah wanita bergambar bersama kucing tersebut!
siapalah gerangan yg rajin bersihkan permaidani tu... bsr pahala dia dpt...
BalasPadamgebunye kucing tu kak
BalasPadamGua Hira' dah biasa tau serba sikit sejarahnya. Gua Bani Haram ini baru pertama kali saya tau.
BalasPadamMemang mencabar nak daki bukit yang hanya berbatu, lagi pulak kalau tak pakai kasut yang sesuai.
Solat tidak di dalam itu? Atau mungkin ramai orang tidak dapat buat?
BalasPadamSeronoknya dapat berziarah ke tempat bersejarah yang pernah dijejaki baginda Rasulullah
BalasPadamseronoknya, ada gak baca dari blog orang lain tapi x se detail Kak Amie share, kali ni nampak betul tempat solat Baginda Rasullullah....akak...cantiknya kucing tu...bulu dia panjang...
BalasPadam