Bismillahirrahmanirrahim.
Tempat makan paling mudah untuk kami sampai sudah tentulah Mexican Chicken atau Chicken Hat yang terletak di Taiba Mall. Jadinya, memandangkan tempat makan lain penuh sesak, kami pun bergegas ke tempat tersebut.
Setibanya kami di sana, keadaan tidak seperti yang kami jangkakan! Orang ramai berkerumun memesan makanan, dan tiada satu pun tempat duduk yang kosong. Dengan sabar, kami pun memesan makanan dan terpaksa menunggu pelanggan lain bangun dari tempat duduk. Kami melihat, ada beberapa orang pelanggan duduk bersila di atas lantai menikmati hidangan!
Kami pun berdirilah di sebuah meja makan, yang kelihatannya pelanggan sedang menghabiskan makanannya. Apabila pelanggan tersebut bangun, cepat-cepat kami duduk di situ. Memanglah keadaan meja makan agak kotor sedikir dengan sisa makanan seperti nasi yang tumpah, tetapi nak buat macamana. Sudah begitu keadaannya, pelanggan lain pun berbuat perkara yang sama untuk dapat tempat duduk.
Hampir setengah jam jugalah kami menunggu makanan yang dipesan! Encik Suami dengan sabarnya berbaris menunggu makanan kami di kaunter:
- Shish Kebab
- Nasi Kambing
- Jus Orange
- Mineral Water
Sebuah meja makan, dikongsi dengan pelanggan lain. Tidak kisahlah apa bangsanya, yang penting masing-masing dapat isi perut.dapat isi perut!
Shish Kebab didatangkan bersama kentang goreng dan salad serta sos. |
Nasi Kambing. |
Bismillah. |
Setelah beberapa hari di Madinah, kami mula belajar makan roti dengan kebab. Sebelum ini hanya cuit roti sedikit sahaja, tetapi sekarang sudah pandai bubuh kebab di atas roti, bubuh daun salad, dan sos, kemudian gulung dan makan!
Lama jugak tunggu order tu... macam fast food ke kedai ni? lain ya shish kebab tu... mcm sosej kan
BalasPadamShish kebab tu nampak menyelerakan 🤤
BalasPadamPortion nasi dia banyak kan. Saya dan akak share berdua dan bakinya bagi kat orang lain. Tapi shish kebab tu nampak sedap.
BalasPadamnampak besar betul satu hidangan tu kak, kebab pun nampak banyak tu... mau boleh 2 orang makan tu
BalasPadamSaya kalau makan di Mekah n Madinah ni memang memanjang tak habis. Portion besar kan
BalasPadamsedapnya makan roti sama kebab panas-panas.
BalasPadam