Pages

Khamis, 19 Januari 2023

Makan Hati Unta di Syareq Qurban

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada hari Jumaat malam Sabtu, Ustaz Ali Amin meluangkan masa membawa jemaah yang berminat untuk makan di luar, merasai masakan Arab. Selepas solat isya, kami berkumpul dilobi dan bertolak ke Restoran Syareq Qurban. Dengar ceritanya di restoran ini, makanannya sedap-sedap dan terbaik di Madinah,  dan tukang masaknya orang Arab original. Tambang setiap seorang dikenakan sebanyak SAR 10.

Hati Unta

Pintu masuk Syareq Qurban




Pertama kali melangkahkan kaki ke restoran ini memang agak terkejutlah dengan suasananya yang agak bising dengan jeritan suara pekerja-pekerja di situ. Kebetulan pula pelanggan agak ramai dan memenuhi meja makan di sana-sini.

Pada mulanya, memang rasa hendak ketawa sahaja menyaksikan keriuhan di sini. Apabila kumpulan kami yang berjumlah seramai 10 orang tercangak-cangak mencari tempat duduk, pekerja di situ menyusun empat buah meja makan yang berbeza bentuknya untuk kami. Ada yang bulat, ada yang persegi dan ada yang tinggi rendah! Mana-mana meja yang ada di situ, mereka tarik saja untuk kami. Begitu juga dengan kerusi! Tarik sahaja mana yang tidak diduduki orang!

Kami melihat pekerja di situ menyuruh pelanggan yang sudah makan agar segera bangun mengosongkan kerusi! Jadi, kerusi tersebut terus diangkat ke meja kami. Tidak lama kemudian, meja kami ditukar dan dapatlah meja-meja yang sama bentuk dan saiz. Selepas itu, pekerja restoran membentangkan plastik di atas meja kami.


Ramai orang dari negara kita makan di sini. Ustaz Ali Amin pula, katanya hendak makan nasi arab dengan ikan. Barangkali lama tidak menjamah ikan. Teringat umrah dahulu, kami makan nasi arab dengan ikan goreng! Aduh...sedap sangat!


Kami berbincang untuk memilih menu. Akhirnya disepakati untuk memesan 3 set makanan:
  • Set Nasi Arab Kambing
  • Shish Kebab
  • Sup Kaki Kambing
  • Hati Unta
  • Minuman 

Nasi Arab Kambing



Nasi Arab Kambing didatangkan bersama acar timun, sos sambal. 



Sos krim ini entah makan dengan apa, agaknya cecah roti kot!

Roti

Sup Kaki Kambing.

Shish Kebab

Hati Unta

Kami sepakat memesan hati unta. Pertama kali mencicipi hati unta, terus rasa jatuh cinta! Walaupun seumur hidup tidak pernah merasainya, namun semua bersetuju mengatakan hati unta sangat sedap! Bukan sedap saja, tapi sangat sedap! Rasanya berbeza dengan segala hati yang pernah kita makan seperti hati ayam dan lembu! Tidak ada sebarang bau yang tidak menyenangkan. Cara masakannya juga sangat ringkas, hanya ditumis atau digoreng kacau dengan bahan perencah bawang besar dan ditambah capsicum hijau. Rasanya hati unta agak rangup apabila dikunyah.

Habis licin kami kerjakan hati unta!


Cara makan nasi arab ialah dengan menumpahkan nasi ke atas plastik yang disediakan. Daging kambingnya sangat lembut dan banyak.


Alhamdulillah, pada malam itu kami dapat mengeratkan ukhuwah sesama jemaah. di sinilah bermulanya kami mengenali di antara satu sama lain : Yujin, Zila dan Yatie bersama pasangan masing-masing.


Wah! Rata-rata memilih minuman pepsi pada malam itu.


Gambar kenangan kumpulann kami seramai 10 orang di Syareq Qurban, Madinah.


Memang nampak penuh sesak di sini. Gambar ini dikongsi oleh mutawif kami, Ustaz Ali Amin bersama rakannya. Nampaknya saiz ikan yang dipilih besar memenuhi dulang berisi nasi. 


Jemaah dari Beaufort.


Ahli jemaah lain makan bersama keluarga masing-masing.

Hati Unta

Kenangan makan nasi arab di Syareq Qurban dan makan hati unta sudah tentu tidak dapat kami lupakan. Mudah-mudahan tambah rezeki untuk seorang jemaah lelaki dalam kumpulan kami yang membayar tambang sebanyak SAR 110  untuk kami seramai 10 orang. Dan terima kasih tidak terhingga buat Yujin yang belanja kami 10 orang makan pada malam itu. Jumlah bayaran makanan kami melebihi SAR 400 tetapi Yujin enggan terima duit daripada kami. Katanya: Halal. Halal!.
Mudah-mudahan Allah terus mengurniakan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan buat kalian berdua.

13 ulasan:

  1. Apa rasa hati unta tu kak? mst seronok mkn ramai² mcm tu... dia tak pakai talam tp letak atas meja beralas plastik je mcm konsep shell out

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. rezeki ada yang belanja di tanah suci. Mungkin lebih sesuai hati unta tu dimasak ringkas kan. Nampak pun dah sedap.

    BalasPadam
  3. hati unta nampak macam daging goreng kunyit..saya biasa tengok orang kirim hati unta kering untuk jadikan ubat asthma

    BalasPadam
  4. mana nak jumpa masakan hati unta tu kan kak kalau bukan kat sana... dekat malaysia ni tak pernah jumpa selain kot ada orang korban kan unta kat sini kan. Dah orang arab masak mesti lagi sedap rasa nasi arab tu kan kak

    BalasPadam
  5. terliur nak makan hati pulak bila akak bercerita pasal hati unta tu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah enaknya nasi arab murah rezeki Yujin menbelanja shbt jemaah makan

    BalasPadam
  7. Moga ada rezeki sy juga merasa hati unta. Rindu teramat sangat nak kembali ke tanah suci ☺️

    BalasPadam
  8. hati unta... macam teringin mencuba nnt...mudah2an ada rezeki ke sana nnt.

    BalasPadam
  9. Last time pergi umrah, minum susu unta sahaja. Ikan tu pun nampak menarik

    BalasPadam
  10. uiiii sedapnyaaaa.... lama dah tak makan hati unta ni sbb asyik 'makan hatiiii' je hahaha

    BalasPadam
  11. Nampak sedapnya masakan hati unta segar tu.
    Saya pernah makan hati unta kering.Mak bawa balik masa mak tunaikan Haji 1996 dulu.Mak keringkan bawa balik kerana katanya mujarab sebagai penawat asma/lelah.
    Alhamdulillah..selepas diberi makan hati unta yang telah dimasak..adik saya yang lelah/asma sejak kecil...sembuh dengan izin Allah

    BalasPadam
  12. Terliur plak SA tengok hati unta tu...nak plak SA memang suka makan hati lembu dan kerbau...alaaaa...teringin nak rasa...

    BalasPadam