Pages

Rabu, 18 Januari 2023

Hari Jumaat di Masjid Nabawi

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa sangat teruja apabila membayangkan berpeluang solat Jumaat di Masjid Nabawi. Dengan izin Allah, ini merupakan kali kedua berpeluang menunaikan solat Jumaat setelah kali pertama sembilan tahun lalu di Masjidil Haram.

Di sebelah sana, seawal pukul sembilan pagi, sebarisan askar sudah bersedia untuk mengawal keadaan di pintu pagar Masjid Nabawi.


Sempat merakam gambar dari tingkap bilik ketika sedang bersiap-siap hendak turun ke masjid. Kelihatan orang ramai mula menuju ke masjid.



Suasana belum begitu sesak, dan memudahkan kami bergerak masuk melintasi pagar 335. 


Orang ramai mula membanjiri kawasan perkarangan Masjid Nabawi.
Sewaktu bersiap-siap untuk ke masjid, sempat buka beg sandang. Tidak ada sejadah kecil yang selalu dibawa bersama. Baru tersedar, sewaktu bergegas meninggalkan masjid di awal paginya, rupanya tertinggal sejadah di tempat solat. 

Walaupun imam membacakan khutbah dalam Bahasa Arab, tetapi kita dapat merasakan penghayatan oleh imam tersebut. Di penghujung khutbahnya, kedengaran suaranya yang tersekat-sekat, sebak menahan tangis ketika menyampaikan amanatnya.

Selepas solat, ada seorang kanak-kanak hulurkan diua biji gula-gula dan sebiji kurma. Kita simpan pemberian tersebut di dalam beg sandang.

Rakaman video kembali ke hotel.


Pada mulanya, kami bercadang untuk hantar pakaian ke kedai dobi. Harga dobi di sini mengikut timbang kilo iaitu bayaran sebanyak SAR 20 dikenakan untuk pakaian seberat satu kilogram. Kalau rajin cuci sendiri, boleh cuci dan gantung di bilik air. Dalam tempoh enam hari menginap di hotel, sudah tentu pakaian akan kering. Cuma, kenalah bawa sabun sendiri. Oleh kerana perut mula rasa lapar, jadi kami fikirkan untuk mencari tempat makan dahulu.


Jemaah umrah sabar berbaris untuk membeli KFC di hadapan hotel kami.  Kami pula berjalan-jalan sahaja di sekitar Taiba Mall. Rasanya tidak sanggup untuk berbaris membeli jus buah atau makanan! Sebenarnya kami sudah masuk ke dewan makan, tetapi tiada tempat duduk yang kosong. Tak sangguplah pula mengusung pinggan makan ke sana ke mari mencari tempat.


Sewaktu jalan-jalan terserempak dengan tempat tukar wang asing. Kami belum lagi perlu tukar wang ketika ini kerana bekalan wang masih mencukupi.


Selepas makan tengahari di Chicken Hat, kami kembali ke hotel. Sebelah petangnya pula, menjelang senja Encik Suami ajak jalan-jalan di perkarangan masjid. Sementara menunggu waktu maghrib tiba, kami melihat-lihat suasana di sini.


Sebenarnya banyak pintu dan pagar yang kami boleh lalui, tetapi biasanya kami gunakan pintu dan pagar yang sama agar tidak tersesat mencari jalan balik ke hotel. Setiap pintu atau pagar yang dilalui akan membawa kita ke lorong yang berbeza. Bangunan hotel dan tempat perniagaan kelihatan agak sama, dan itulah yang kadang-kadang membuatkan kita keliru jalan mana yang harus dipilih. Masalah ini dapat diatasi sekiranya kita faham lorong-lorong yang perlu ditelusuri.


Setakat ini, hanya pagar ini sahajalah yang kami lalui iaitu pagar 335, yang letaknya 50 meter dari hotel kami.



Beginilah suasana di perkarangan Masjid Nabawi pada petang Jumaat itu. Walaupun waktu solat fardhu, kawasan ini dipenuhi jemaah wanita tetapi pada masa yang lain jemaah lelaki pun berada di sini. Kelihatannya, mereka dalam kumpulan tertentu seperti keluarga kerana bercampur di antara lelaki dan wanita serta anak-anak.


Ada yang tidur di situ.



Kami melalui tempat sebuah keluarga sedang menjamu selera. Oh, boleh rupanya makan nasi di sini. Encik Suami sempat melihat makanan yang terhidang iaitu nasi Arab dengan lauk ayam saiz besar-besar!

Sekian, perkongsian suasana pada hari  tengah hari Jumaat dan menjelang senja di perkarangan Masjid Nabawi.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

6 ulasan:

  1. Santainya mereka duduk2 di perkarangan masjid. Macam berkelah pula.

    BalasPadam
  2. Subhanallah... tenangnya berada di sini walaupun ada askar yg berjaga

    BalasPadam
  3. indahnya...mudahan suatu hari nanti Allah juga perkenankan doa saya untuk jejak kaki disini..seronok baca kisah tanah haram

    BalasPadam
  4. Kita orang pernah piknik makan di kawasan tempat yang berpayung tu bersama kakak-kakak dan abang ipar serta anak saudara yang tolong membelikan nasi mandy. Seronok sekali mengisi perut yang lapar sementara menunggu masuk waktu zohor.

    BalasPadam
  5. siap tidur lagi ye dekat situ kak, nampak macam berkelah santai-santai gitu... yelah luas dan banyak pintu kan mau sesat pulak kalau tak ingat pintu mana yang selalu keluar masuk

    BalasPadam
  6. Seronok baca catatan cikgu...rasa nak terus terbang ke Tanah Suci sekarang juga..Semoga ada rezeki saya menjadi tetamuNya..

    Teringat bait-bait nasyid Asiah Jamil..Panggilan Haji

    BalasPadam