Pages

Rabu, 18 Januari 2023

Ais Krim Kurma di Pagi Hari, Ais Krim Mangga Vanilla di Petang Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Boleh dikatakan kebanyakan tempat yang dikunjungi, ada jualan ais krim pelbagai perasa yang ditawarkan. Sekiranya ada waktu terluang sama ada sekembalinya dari masjid, kami akan cari ais krim. Di sekitar hotel kami, harga secawan ais krim SAR 8, tetapi kalau ada lawatan di luar kawasan masjid, harganya SAR 5 sahaja.

Selepas kami sarapan di Mexican Chicken, jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. Kami tidak terus masuk ke hotel, sebaliknya singgah cari ais krim. Dengarnya ada ais krim kurma dijual digerai seberang jalan.

Ais Krim Kurma : SAR 8.



Nampak kemas dan bersih gerai-gerai di sini.


Pembeli boleh pilih sama ada hendak ais krim di dalam mangkuk atau di dalam contong / kon.



Selepas solat Jumaat, kami datang lagi ke sini. Perut pun masih kenyang, jadi tidaklah kami makan tengah hari di hotel. Kebanyakan makanan yang dijual di sini jenis ringan atau untuk kudap-kudapan sahaja. Jika rasa selesa, boleh duduk di atas bangku kayu yang disediakan untuk makan-makan.


Selain godaan ais krim, buah-buahan dan jus buah juga berganda godaannya!


Peminat bakso menanti semangkuk bakso dengan sabar!


Kali ini datang pula ke tempat jual ais krim yang lain,  sebab sewaktu makan ais krim kurma di sebelah paginya, terpandang ais krim mangga vanilla pula! Sama harganya SAR 8.


Walaupun air mata mengalir di subuh hari, tetapi bengkaknya sampai ke petang!


Tidaklah kami berhabis tenaga berjalan-jalan, cukuplah sekadar keluarkan peluh di petang hari, selain melihat-lihat suasana sekitar. Ketika ini sudah menghitung hari untuk berangkat ke Mekah pula.


Yang berminat mengambil gambar berbingkai, bolehlah beraksi di sini.


Ketika ini jam menunjukkan hampir pukul dua petang. Tidak lama lagi, laluan ini akan dipenuhi oleh pejalan kaki yang akan menuju ke Masjid Nabawi. Waktu asar dijadualkan pada pukul 3:32 petang.

9 ulasan:

  1. awal pagi pun dah layan aiskrim ye kak, syok kan udah airkrim kurma pastu mangga pula

    BalasPadam
  2. Aiskrimnya mengoda sungguh ni. Kemas dan tersusun gerainya. Ni kat area mana ni ya. Saya dulu hotel dekat area Concorde Hotel pintu 15 tempat port jumpa selalunya

    BalasPadam
  3. tak sejuk ke tu kak makan icecream?;)
    dambaan setiap dari kita utk ke sana...

    BalasPadam
  4. Cantik kemas tersusun gerainya. Seronok tengok gambar Kak Amie makan ais krim pagi dan petang.. hihi.

    BalasPadam
  5. Alamak..x leh tahan plak SA tengok aiskrim tu

    BalasPadam
  6. Menggoda sungguh kedua-dua eskrim tu 😋

    BalasPadam
  7. Tergodalah dengan aiskrim tu.
    Kemas dan comel gerai2 kat sana

    BalasPadam
  8. Kemas bersih dan menyelerakan aiskrimya..
    Teringat rakan saya yang dah bersara..Kak Faridah Akmam Baksis namanya.Waktu dia balik haji..dia bercerita sepanjang berpuluh tahun perkahwinannya,
    suaminya bukan jenis romantis..cakap pun berbahasa "kau" "aku" sahaja.Tapi ketika ke sana..hari-hari makan ais krim bersama siap suap menyuap macam pasangan bercinta..Agaknya tempat ni la kak Faridah maksudkan 💕💕

    BalasPadam