Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung perjalanan setelah entri terhenti di sini: JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA.Bas membawa kami melalui Mina dan Muzdalifah. Sepanjang melalui kawasan ini Ustaz Ali Amin menyentuh tentang ibadat haji. Allahu Akbar! Tidak dapat bayangkan berada dalam suasana tersebut sekiranya diizinkan menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Hanya mampu berdoa, berilah kemampuan dari segi mental dan fizikal.
Bas berhenti di Masjid Ji'ranah yang terletak di perkampungan Ji'ranah, di Wadi Saraf. Jaraknya lebih kurang 24 kilometer dari Masjidil Haram. Masjid Ji'ranah dijadikan miqat dan berihram bagi penduduk di Makkah dan mereka yang melalui kawasan tersebut. Umrah kali ketiga kami mengambil miqat di sini. Alhamdulillah dapat ikut jejak Rasulullah SAW yang pernah bermiqat di sini sebelum melakukan umrah.
Di sini juga, Nabi Muhammad SAW nyaris diracun oleh musuh baginda. Perigi tempat baginda mengambil air minum dibubuh racun. Namun begitu, Malaikat Jibrail memberitahu baginda supaya tidak mengambil air dari perigi tersebut. Sekarang, perigi tersebut sudah diitutup atas perintah kerajaan Arab.
Rasulullah SAW pernah menginap selama 10 malam di sini, dan baginda meninggalkan para tawanan serta harta rampasan perang yang diambilnya dari suku Hawazin dalam peperangan Hunain yang berlaku pada 8 Hijrah. Baginda Rasulullah SAW tidak membahagikan harta rampasan tersebut kerana menunggu orang-orang dari suku Hawazin yang memeluk Islam menyusulnya.
Sewaktu harta rampasan telah dibahagikan, datanglah utusan suku Hawazin memohon agar Rasulullah SAW membebaskan para tawanan dan harta mereka. Rasulullah SAW meminta mereka memilih : Tawanan atau harta. Mereka memilih tawanan dan Rasulullah membebaskan para tawanan secara baik.
Dalam Sirah Teragung Muhammad SAW menyebut : Setelah selesai membahagi harta rampasan perang, Rasulullah SAW bertalbiah dari tempat itu dengan niat ihram di Ji'ranah dan mengerjakan umrah. Selesai umrah, Nabi Muhammad SAW kembali ke Madinah. Keberangkatan baginda ke Madinah ini enam hari sebelum habisnya bulan Dzulhijjah 8 Hijriah. (Zad al-Ma'ad, Ibnu Hisyam, dan HR. Bukhari)
Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di Ji'ranah ialah turunnya wakyu Surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
'Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau kerana sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, iaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya'.
Ketika kami sampai, tandas penuh sesak, dan masjid dipenuhi orang ramai. Seperti biasa, jemaah umrah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid di setiap masjid yang disinggahi.
Menurut Encik Suami, jemaah umrah lelaki terpaksa menukar pakaian ihram di luar masjid kerana tandas lelaki juga penuh sesak. Mereka menukar kain ihram di dalam tandas, tetapi katanya pintu tandas asyik diketuk orang dari luar! Selesai memakai kain penutup tubuh bahagian bawan iaitu 'izaar), mereka terus keluar ke tempat lapang dan menyempurnakan pemakaian kain ihram yang menutupi tubuh bahagian atas iaitu ridaa'.
Mendengar cerita Encik Suami, Amie ketawa geli hati kerana teringat keadaan di dalam tandas perempuan. Setiap pintu tandas sudah ada 'tuannya'. Kalau boleh 10 orang bersusun menjaga pintu tandas, memang 10 oranglah yang akan berdiri rapat-rapat di situ. Sewaktu Amie hendak keluar ke pintu depan tandas, terpaksa 'memohon' laluan daripada mereka yang menghalang jalan kerana 'menjaga' pintu tandas menunggu giliran masuk!
Pintu masuk musolla wanita yang penuh sesak. |
Pemandangan di luar masjid. Banyak gerai pelbagai jenis jualan di sana sini.
Ada kurma dan buah delima dan lain-lain. |
Pelbagai jenis kekacang turut dijual. |
Bakso pun ada! |
Ketika bas berhenti di tempat letak kenderaan, kami teragak-agak untuk bergerak masuk ke hotel kerana hujan sangat lebat! Ustaz Ali Amin mencadangkan supaya jemaah solat zohor di dalam bilik masing-masing memandangkan hujan semakin lebat dan tidak dapat dijangkakan bila akan berhenti. Kami diingatkan turun ke lobi pada pukul dua setengah petang untuk umrah ketiga.
Hujan lebat ketika turun dari bas!
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
Perempuan senang sebab tidak perlu pakaian khas untuk buat umrah.
BalasPadamBetul sangat NA.
PadamPemandangan biasa kat situ bila ada yang berjualan kan..now SA faham sedara mara yang pi Umrah beli cenderahati tu kat mana..kena pandai bargain ke tak kak amie..ke harga memang dah tetap?
BalasPadamDi kedai pun banyak dijual SA.
PadamCuma Kak Amie tak sempat ambil gambar dan jalan-jalan di sekitar hotel sebab selalu hujan dan kami penuhi masa dengan umrah dan aktiviti ziarah. Apabila berziarah di satu-satu tempat, biasanya ada gerai pelbagai jualan. Boleh tawar-menawar harga. penjual pun boleh cakap bahasa kita.
Banyak info dan ilmu dalam catatan sepanjang umrah cikgu kali ini...👍
BalasPadamTerima kasih Mama Cella.
Padam