Bismillahirrahmanirrahim.
Rentetan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, baginda bersama sahabat singgah di Quba' selama empat hari dan membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Quba. Baginda bermalam di kediaman Saidina Kultsum bin al-Hadm. (Sirah Teragung Muhammad SAW)
Terdapat sebuah telaga di ladang kurma tersebut, tetapi airnya sangat payau. Rasulullah meludah ke dalam telaga dan hilanglah rasa payau air tersebut. Rasulullah berwudhu' dan minum air dalam telaga yang diberi nama oleh baginda sebagai 'Bir Iziq' atau Telaga Iziq. Baginda memberikan nama Telaga Iziq sempena nama setandan kurma yang diberikan kepada baginda oleh penduduk di situ sewaktu menyambut kedatangannya.
Air dari Telaga Iziq asal dipam dan disalurkan ke kawasan ini, dan sentiasa mengalir. |
Air dari Telaga Iziq yang tidak berhenti mengalir kelihatan sangat jernih!
Encik Suami mengambil kesempatan membasuh muka di sini. |
Jemaah umrah mengambil kesempatan membasuh muka, minum dan mengambil wudhu' menggunakan air Telaga Iziq yang jernih dan sejuk ini. Rasa air Telaga Iziq ini seperti air zamzam yang dahulu (sebelum disuling).
Tapak asal Telaga Iziq dan rumah Saidina Kultsum bin al-Hadm. |
Tapak Telaga Iziq yang asal letaknya di hadapan rumah Saidina Kultsum bin al-Hadm, tempat kediaman yang pernah ditiduri Rasulullah SAW selama empat malam. Air dari telaga Iziq didalurkan ke bahagian sebelah rumah Saiidina Kultsum bin al-Hadm yang boleh dilihat pada hari ini.
Kemudian pada hari kelima, bersamaan hari Jumaat, baginda meneruskan perjalanan ke Yatsrib (Madinah) dan dibonceng oleh Saidina Abu Bakar di atas tunggangannya.
subhanallah suasananya kekal asal ribuan tahun
BalasPadamNampak jernih airnya
BalasPadamserononya kak dpt pergi tempat ni
BalasPadamJernih dan tenang air telaga iziq.
BalasPadamPernah dengar tentang ludah baginda menjernihkan air telaga tu..tapi ni baru tau nama telaganya Telaga Iziq..terima kasih
BalasPadamSeronoknya, kami tak dibawa pula ke sini dulu.
BalasPadamMasyaAllah jernih menarik macam aliran air sungai pulak. Cuma payau sebab air telaga.
BalasPadamJernih airnya kak, kalau terus minum boleh ke airnya tu...atau cuma sesuai untuk basuh muka je?
BalasPadam