Bismillahirrahmanirrahim.
Aktiviti lawatan kami seterusnya ke Masjid Quba' dan mutawif akan menunjukkan sebuah telaga yang mempunyai sejarah Rasulullah SAW. Telaga tersebut dikenali sebagai Telaga Cincin. Telaga ini juga dikenali dengan nama lainnya iaitu Arees (Aris) Well dan Bir al-Khatam.
Sewaktu zaman Rasulullah SAW, telaga tersebut dipanggil Telaga Aris sempena nama seorang lelaki Yahudi bernama Aris yang bermaksud peladang.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Musa Al-Asy'ari as:
Pada suatu hari beliau (Aris) berazam untuk mengikuti pergerakan baginda Rasullulah SAW. Lantas beliau pergi mencari baginda di Masjid Nabawi tetapi tidak menjumpainya disitu. Beliau terus mencarinya sehingga beliau mendapati Rasullulah SAW berada di dalam sebuah kebun sedang duduk di pinggir telaga dengan kakinya terjuntai ke dalam telaga itu. Beliau pun memberi salam kepada baginda dan kembali semula ke pintu telaga itu sambil berazam untuk menjadi pengawal kepada baginda untuk hari itu.
Tiba-tiba pintu telaga ditolak dari luar dan Abu Musa mendapati Saidina Abu Bakar As-Siddiq berada di pintu. Abu Musa pergi memberitahu Rasullulah SAW tentang kedatangan Abu Bakar itu. Rasullulah SAW menyuruh Abu Musa membenarkannya masuk dan mengkhabarkan berita gembira bahawa Abu Bakar As-Siddiq adalah ahli syurga. Abu Musa pun mempersilakan Abu Bakar As-Siddiq masuk.
Kemudian, Abu Musa terus menunggu di pintu itu sambil mengharapkan agar ada saudaranya yang datang. Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Saidina Umar bin Al-Khattab pula muncul di muka pintu. Beliau pun pergi memberitahu Rasullulah SAW dan Baginda memberi arahan seperti sebelumnya. Umar bin Al-Khattab pun masuk dan duduk di sebelah kanan Rasullulah SAW dengan kaki mereka terjulur ke dalam telaga itu.
Abu Musa pun kembali semula ke pintu dengan perasaan tertunggu siapakah lagi orang yang bertuah pada hari itu. Pintu telaga diketuk lagi dan kali ini Saidina Uthman bin Affan pula yang muncul. Abu Musa pergi meminta keizinan Rasullulah SAW dan Uthman juga dibenarkan masuk. Rasullulah SAW juga menjaminkan syurga untuk Saidina Uthman bin Affan dengan sebab musibah dan fitnah yang bakal menimpa dirinya.
Rasulullah mempunyai sebentuk cincin perak yang digunakan sebagai cop mohor untuk menghantar surat kepada raja-raja. Setelah baginda wafat, cincin tersebut diwarisi oleh Saidina Abu Bakar. Kemudian beralih ke tangan Saidina Umar al-Khatab setelah Saidina Abu Bakar wafat. Dan seterusnya diwariskan pula kepada Khalifah Uthman bin Affan.
Ketika pemerintahan Saidina Uthman bin Affan, cincin tersebut terjatuh ke dalam perigi.Saidina Uthman bin Affan mencarinya selama tiga hari tiga malam tetapi cincin tersebut tidak dijumpai sehingga ke hari ini. Sejak hari itu telaga tersebut dikenali sebagai Telaga Khatam.
Masjid Quba' |
Ketika ini ramai jemaah umrah dari negara lain mengelilingi Telaga Cincin sambil mendengar penerangan mutawif mereka.
Oleh kerana cuaca sangat terik, kami tidak menunggu lama di sini.
Sebelum meninggalkan tempat ini, sempat ambil gambar kesan tempat Telaga Cincin. Kemudian kami bergerak menuju ke tempat rehat Rasulullah SAW iaitu di sebuah kebun kurma di seberang jalan dari Masjid Quba'. Di situ kami melawat Perigi @ Telaga Iziq.
Masjid Quba' |
Di sini langit dihiasi awan. Walaupun panas, tetapi sesekali angin bertiup, terasa sedikit sejuk!
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
pernah dgr jg kisah ni. kalau cincin tu dijumpai mcm mn agaknya ya?
BalasPadammasjid quba... makin cantik pula sy tgk masjid ni...
baru dengar kisah ni kak amie, tq sharing
BalasPadamKisah sejarah yang baru saya tau ni.
BalasPadamMasyaAllah cantik Masjid Quba'.
Agaknya tidak akan jumpa cicin tersebut hingga kiamat.
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu dan sejarah
BalasPadamKali pertama dengar kisah ni. Terima kasih berkongsi
BalasPadamSA pun baru tau pasal ni ka Kak Amie..cantik masjid ni..putih bersih je...
BalasPadam