Bismillahirrahmanirrahim.
Madinah al-Munawarah, kota yang bercahaya. Ia sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti manusia, yang datang dari seluruh pelosok dunia. Premis perniagaan sentiasa dibuka, dengan menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk sejadah, al-Quran, minyak wangi, dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan, kedai emas turut menjadi pilihan jemaah umrah. Barangkali mereka singgah membeli emas untuk diri sendiri atau sebagai oleh-oleh buat tersayang. Di Taiba Mall, dan di mana-mana sahaja di sekitar hotel, sejumlah deretan kedai emas menanti pelanggan. Seawal pagi, sebaik sahaja keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh, semua kedai sudah dibuka termasuk kedai emas. Dan seawal pagi itu juga memang semua kedai emas sudah ada pengunjung!
Sebelum ini kita cerita tentang kurma, kekacang, kismis dan buah-buahan kering, kali ini kita singgah di kedai emas pula.
Sama halnya dengan membeli cenderahati atau oleh-oleh lain, bezanya harga emas sudah tentu jauh lebih mahal berbanding oleh-oleh lain. Bolehlah beli untuk kenang-kenangan sekadar untuk hadiah kepada diri sendiri. Katanya, emas Arab kualitinya tinggi. Sama dengan emas di tempat kita, ada emas 999, 916, 835 dan sebagainya. Tawar-menawar jugalah sewaktu hendak membeli, sama dengan cara kita tawar-menawar di tempat kita.
Oleh kerana banyak sangat kedai emas, memang akan rambang matalah hendak memilih atau membelinya.
Kami tersinggah di Rozen For Gold & Jewellery.
Bajet untuk beli emas pun memang sudah kita tentukan dari awal. Dan satu lagi kita tidak mahu buang masa membelek emas dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Rata-rata peniaga di sini boleh berbahasa Melayu, dan kami dapat gelaran KEDEKUT! Bukannya BAKHIL.... ahaks! Entah di mana kedekutnya kami, mungkin sebab Amie tidak mahu beli dengan harga yang ditawarkan. Bagaimanapun memang puas hati membeli emas di sini.
Pak Arab sarapan, duduk di lantai. Diajaknya kami makan. Kami ucap terima kasih. Dipaksanya Encik Suami makan sama. Akhirnya dikoyakkannya sekeping roti diberikan kepada Encik Suami!
Encik Suami pun makanlah roti yang Pak Arab hulurkan. |
Terima kasih Pak Arab! Hadiah untuk diri dari Madinah. |
Seronok kan tenguk kedai emas dia lip lap lip lap warna emas. Tapi saya tak masuk kedai emas sebab tiada budget untuk itu. Kalau Allah rezekikan lain kali mungkin nak cuba reward untuk diri sendiri lah. Buat kenang kenangan kan pakai emas madinah.
BalasPadamsyoknya dapat menikmati kilauan emas...
BalasPadammana barang kemas yang dibelinya tu kak? selamba je ye mereka makan bersila gitu...
BalasPadamWah cantiknya rantai tangan tu.
BalasPadamCantiknya yang kak amie pilih....sesekali reward diri sendiri kan...
BalasPadamBiasa dengar orang shopping jubah, kurma. Baru tau ada shopping emas jugak.
BalasPadamEntah apa la yang pak Arab tu faham maksud kedekut tu ya. Siapa la yang ajar tu..haha
Wahhhhh... bestnya reward diri dengan emas di Madinah 🥰
BalasPadamPenjual tu la KEDEKUT..taknak bagi free gelang emas tu🤣
BalasPadamYang PEMURAH tu Pak Arab yang berbagi rotiðŸ¤