Pages

Selasa, 17 Januari 2023

Sarapan Kebab dan Nasi Beriani Ayam di Chicken Mexico

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah keluar dari kedai emas, tersedar belum sarapan! Patutlah lain macam rasa perut. Jadi kami terus menuju ke Mexican Chicken. Kami bersarapan dengan:

  • Set Kebab
  • Nasi Beriani Ayam
Set Kebab : SAR 25.

Nasi Beriani Ayam : SAR 15

Ramai pula Pak Arab bersarapan di sini.



Kata Encik Suami, sekumpulan orang Arab yang berserban membeli makanan itu merupakan pengawal di pintu Raudhah. Amie tanya, macamana Encik Suami boleh kenal? Kata Encik Suami, dia ingat satu persatu muka mereka sebab sewaktu hendak masuk ke Raudhah, Encik Suami dihalang kerana masalah permit NUSUK. Dan kemudian setelah permit berfungsi, Encik Suami beratur masuk bersama jemaah Pakistan, dan pengawal-pengawal Arab inilah yang berteriak memarahi jemaah tersebut kerana mereka tidak ada permit NUSUK. Walaupun jemaah dari Pakistan tunjukkan surat, tetapi tetap juga dihalau dari memasuki Raudhah!

Set Kebab lengkap dengan roti, kentang goreng, salad dan sos serta minuman dalam tin.


Kebab, kentang goreng, dan salad boleh habis masuk perut, tapi rotinya hanya sedikit saja dicuit.




Inilah sarapan merangkap makan tengah hari kami pada hari tersebut. 

7 ulasan:

  1. Sedap nampaknya. Rajin amie makan di kedai makan mereka. Saya selalunya makan di hotel je dengan kakak-kakak. Tak berani nak merayap sana sini. Tapi tenguk menu makan amie emmm ngences juga ni. hehehe

    BalasPadam
  2. tengok kentang goreng teringat Firdaus hehe

    BalasPadam
  3. sedapnya kak, mesti sekarang akak merindui sarapan camtu kan

    BalasPadam
  4. Nampak sedap tu Kak Amie...terus SA teringin nak makan nasi beriyani kambing...

    BalasPadam
  5. Nampak besar hidangan dua-dua set ni. Kenyang sungguh.

    BalasPadam
  6. Beli emas sampai lupa nak breakfast ya.

    BalasPadam
  7. Seronoknya membaca pengalaman cikgu..
    Tak mau skip walau sebaris...takut tertinggal cerita menarik

    BalasPadam