Pages

Ahad, 29 Januari 2023

Rasa Sayu Apabila Mengenangkan Akan Meninggalkan Madinah

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu

Dalam kesibukan mengikuti aktiviti ziarah di sekitar Madinah, terlupa pula bahawa tidak banyak masa untuk berada di kota ini. Pada hari Isnin kami akan berangkat menuju ke Makkah pula. 

Setiap kali akan memasuki Masjid Nabawi, Amie akan pergi bersama Encik Suami sahaja. Jemaah umrah yang lain pergi bersama keluarga masing-masing. Biasanya kalau waktu asar, kami terus duduk di masjid sehingga waktu isya'. Sudah tentu banyak masa terluang selepas solat fardhu dan solat-solat sunat yang boleh diisi sementara menunggu waktu solat fardhu seterusnya. Terpulanglah kepada setiap individu untuk memanfaatkannya.

Buku Catatan Umrah 2023

Amie bawa bersama sebuah buku catatan di dalam beg sandang. Amie luangkan masa beberapa minit untuk mencatat segala aktiviti yang Amie ikuti. Kadang-kadang Amie tulis nota dalam HP. Antara yang Amie sering semak semula sama ada di dalam HP atau buku catatan ini ialah:
  • Senarai ucapan salam untuk Rasulullah SAW yang dikirimkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Senarai kiriman doa dari keluarga dan rakan-rakan agar dapat turut jejak ke tanah suci Makkah dan Madinah.
  • Solat hajat untuk ahli keluarga.
Pernah sekali selepas solat asar, seorang wanita Arab duduk di sebelah sambil melayan anak-anak kecilnya. Wanita Arab tersebut menegur ketika Amie sedang menulis. 
Katanya, tulisan Amie cantik. 
  • Datang dari mana? 
  • Apakah yang Amie sedang tulis?
  • Bahasa apakah yang Amie gunakan? 
  • Bolehkah Amie berbahasa Arab? 
  • Adakah Amie menulis tentang sejarah Islam atau tentang tauhid? 
  • Kami berbual dalam bahasa Inggeris yang mudah. 
  • Amie jelaskan, Amie sedang mencatat segala aktiviti yang Amie ikuti dalam program umrah. Lusa Amie akan ke Makkah
  • Masya Allah. Tabarakallah, ucap wanita Arab tadi. 
Tapi tak nampaklah wajahnya, sebab beliau memakai purdah.
Wanita Arab ini tinggal tidak jauh dari Masjid Nabawi. Alangkah beruntungnya menjadi penduduk di sini. Bila-bila masa sahaja boleh datang ke Masjid Nabawi.

Pada waktu yang lain pula, ketika solat maghrib Amie hamparkan sejadah kecil untuk dikongsi dengan seorang wanita. Terasa dinginnya suhu ketika itu yang mencecah 17'C. Wanita tadi menegur dengan ucapan salam, dan bertanya Amie dari mana. Berkenalanlah kami dengan wanita dari Riau itu. Di hadapan kami, seorang wanita sedang mendukung anak kecil tersenyum memandang kami. Sempat kami berkenalan dengan wanita tersebut:
  • Seorang pembantu rumah sebuah keluarga Arab dan tinggal di Dubai.
  • Berasal dari Sunda.
  • Mempunyai empat orang anak.
  • Katanya, kehidupan di Sunda sangat susah.
  • Pernah bekerja sebagai pembantu rumah sebuah keluarga Arab di Riyadh selama tujuh tahun.
  • Sekarang sudah dua tahun bekerja dengan keluarga Arab di Dubai. Katanya, sudah banyak kali menunaikan umrah bersama majikan-majikannya terutama pada bulan Ramadan.
  • Anak majikan yang didukungnya berusia satu tahun. Kesemua anak majikannya sekarang berjumlah 10 orang. Kami melihat sendiri seorang ibu yang berpurdah (majikannya)  sedang melayan anak-anak perempuannya yang lain di hadapan kami. 
Beruntung kamu dapat majikan yang bagus, dapat selalu mengerjakan umrah, ujar wanita dari Riau tadi.

Tentu kamu rindu anak-anak kamu di Sunda, wanita dari Riau tadi memancing perasaan wanita dari Sunda.

Ya, mesti rindu. Tapi apa boleh buat, saya kena cari wang untuk teruskan hidup untuk cukupkan keperluan anak-anak. Sekarang anak-anak saya sudah besar, jawab wanita dari Sunda ini dengan senyum manis tapi pasti hatinya dijentik rasa pilu.

Kami menyaksikan hubungan akrab antara pembantu rumah dengan majikan apabila majikannya mengambil anak kecil dari dukungan pembantu rumahnya, dan mereka solat fardhu sebelah-menyebelah.
Ketika berdiri untuk menunaikan solat isya', sempat Amie berbisik kepada wanita dari Riau tadi.
Mudah rezekinya dapat selalu menunaikan umrah, tetapi diiiringi dengan pengorbanan.
Ya, pengorbanan perasaannya sangat besar, sahut wanita dari Riau tadi.

Dan begitulah. Kalau Amie sedang duduk dan ada tempat kosong sama ada di kiri atau di kanan, pasti ada yang datang menyapa. Biasanya mereka akan memandang buku catatan yang sedang Amie pegang, atau Amie tulis. Kalau jemaah dari Indonesia yang menyapa, seperti dari Kalimantan yang sama bahasa, panjanglah juga sembang kami.


Kadang-kadang  kita didatangi kanak-kanak dan dihulurkan beberapa biji kurma, tasbih digital, air dan gula-gula. Istimewanya, kurma yang diberi tidak pula ada semut yang ikut, jadi kita terus simpan di dalam beg sandang. Begitulah, kadang-kadang kita terlupa ada kurma di dalam beg sandang sehingga beberapa hari. Apabila dikeluarkan keadaannya masih elok seperti sediakala.


Encik Suami pula kalau balik dari masjid ada sahaja oleh-oleh yang dikeluarkan dari poket jubahnya.

Kurma salut bijan dan berisi kacang.


Suatu hari Amie dapat pemberian sebungkus roti. Amie bawa masuk ke bilik, dan oleh kerana besar dan banyak Amie kongsikan dengan anak-anak jemaah umrah dari Jakarta yang menginap di bilik sebelah kami.


Bolehlah masak air dan bancuh Susu Jahe Merah pemberian Winda tempoh hari. Apabila celup roti ke dalam minuman tadi, aduhai.... lazat sungguh!


Dua kantung Susu Jahe Merah, setiap satu di dalamnya mengandungi tujuh paket campuran serbuk susu, madu, habbatussauda dan rempah-rempah pilihan. Kami sempat bawa ke Makkah, dan lebihannya di bawa pulang ke Lahad Datu. Malam pertama kami sampai di Lahad Datu, ipar duai datang berziarah ke rumah. Amie suruh Aseeyah sediakan Susu Jahe Merah, dan semua yang meminumnya mengatakan sangat sedap!

Anak-anak kecil dan remaja membahagi-bahagikan air, kurma dan sebagainya kepada jemaah umrah di Masjid Nabawi.


Ada satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata apabila Amie berada di dalam masjid. Dua orang anak perempuan sedang memperdengarkan bacaan al-Quran secara hafazan di hadapan ibu mereka. Sang ibu menyemak bacaan mereka. Indahnya suasana begini! Masya Allah. Tabarakallah.

Pada ketika ini, ada kalanya Amie buka HP dan melihat mesej yang belum dibaca. Dapat khabar dari kampung, keadaan Kak Ros agak kritikal. Sekarang Kak Ros berada di Hospital Tanjung Karang dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Kak Ju mengingatkan supaya kami mengambil kesempatan teruskan bersedekah atas nama Kak Ros. 

Allahu Akbar!
Tidak semena-mena segala kenangan bersama Kak Ros terus menjelma dalam ingatan!

Dan tiba-tiba juga teringat pelawaan Yujin untuk ke Raudhah pada esok pagi. Katanya, tunggulah mesej daripadanya sekiranya dia jadi pergi selepas solat subuh!

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

25 ulasan:

  1. Masyaallah, jadi rindu pergi ke Mekah. Saya dan suami pergi haji 2009. Semoga dapat ke sana lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. In syaa Allah Ibu Nur dapat berkunjung lagi ke Makkah.

      Padam
  2. I feel you.... kalaulah dapat ke sana lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Uncle, akan tiba lagi masanya itu.

      Padam
  3. Teringin hendak rasa Susu Jah Merah bagaimana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susu Jahe Merah itu serbuk susu dicampur halia merah, madu dan habbatussauda. Terasa pedasnya halia merah, tapi sedap.

      Padam
  4. seronok baca catatan k amie, terasa rinduuu nak kesana jga.
    Menjelma.kenangan .
    Madinah byk.sejarah Nabi junjungan kita.

    Amie.mai join Ga sy ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam masa yang singkat, Rasulullah dapat menyempurnakan syiar Islam di Madinan.
      Baik Cik Nur.
      Kak Amie joint GA Cik Nur ya.

      Padam
  5. Kenangan di Mekah dan Madinah kan, semua manusia sama sahaja, tapi kisah hidup berbeza-beza. Seronok berkongsi cerita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Datang dari pelbagai benua. Bertemu di tempat yang sama. Pulang membawa kenangan.

      Padam
  6. Indahnya perjalanan di sana ye kak, dapat jumpa macam2 orang, beruntung yang duduk di sana atau kerja sana bila2 masa boleh tunaikan umrah . Kenangan terindah semua ni ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana, kenangan terindah yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

      Padam
  7. Yg saya rindu dari umroh, saat sholat memang selalu ada sapaan dari mana saja. Semuanya ramah. Terkadang mendapat banyak snacks dan kurma. Hati rasa sejuk ya kak Amie. Itulah yg bikin saya rindu nak ke tanah suci lagi.

    Semoga keluarga kak Amie yang sedang sakit, disehatkan kembali Yaa 🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan akan berulang lagi menjadi tetamu Allah ya Fanny.
      Terima kasih doanya untuk Kak Ros yang sakit.

      Padam
  8. Roti tu mengingatkan saya pada mak, masa balik dari Tanah Suci bulan 11 tahun lepas, dibawanya balik roti macam tu sampai ke Malaysia sebab tidak habis dimakan. Sampai ada yang berkulat sebab dah banyak. Jadilah rezeki ayam kampung makan roti dari Arab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi.... mulianya ayam kampung makan roti Arab ye hihihiiiii!

      Padam
  9. Tempat yg paling dirindui pastinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, berdoa agar Allah diberi rasa rindu untuk datang lagi.

      Padam
  10. Seronok baca catatan kak Amie. Banyak bertemu orang-orang, banyaklah kutipan pengalaman yang kita dapat.

    BalasPadam
  11. Masya Allah... murah rezeki org-org yg berada di tanah haram... peluang utk bersedekah tak kira waktu... dpt juga berkenalan dgn pelbagai bangsa saudara kita seislam.. masya allah.. pengalaman manis sekali kan kak

    BalasPadam
  12. Saya ramai juga jumpa orang Indonesia. Ada seorang tu muda lagi bila di tanya dah buat haji 2 kali dan umrah dah banyak kali. Rupanya mereka menabung dan sentiasa berniat nak buat umrah atau haji. Allahuakbar saya pun tak mampu buat macam mereka.

    BalasPadam
  13. Membaca pengalaman Kak Amie di Madinah, seolah2 saya pun turut berada di situ jugak.

    BalasPadam
  14. mesti rasa sayang betul nak tinggalkan Kota Madinah kan kak...

    BalasPadam
  15. sedapnyaaaa kurma salut bijan tuuuu teringat ms g umrah dulu. punyalah banyak dpt smpi tak termakan...

    BalasPadam
  16. Mesti sebak perasaan Kak Amie nak tinggalakn Madinah kan...doa SA moga allah berikan kesembuhan buat Kak Ros

    BalasPadam