Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 01 Januari 2023
Hari : Ahad
Mata sukar untuk lelap. Terbayang-bayang wajah Kak Ros yang cengkung dan tubuhnya yang kurus. Kak Ros tak sabar tunggu kepulangan kami ke kampung ketika kami hendak ke majlis konvokesyen Fuad di UTHM. Katanya, rindu dengan Firdaus. Apabila kita tanya tentang kesihatannya, Kak Ros maklumkan sudah dua bulan mendapat serangan athma. Dan berulang-alik ke hospital dengan bantuan adik-beradik dan ipar. Sebelum berangkat ke tanah suci, kami sempat bertemu dengannya beberapa kali, dan terakhirnya di kampung pada 15 Disember 2022. Kami sempat bergambar sama, dan sebelum itu pada 11 Disember kami berkumpul adik-beradik di rumah Bonda atas urusan hibah bersama pegawai dari MAIS.
Sebelum melelapkan mata, beberapa kali buka HP, mana tahu Yujin mengirim mesej. Tiada! Pukul empat pagi, Amie dan Encik Suami bangun tidur dan bersiap untuk ke masjid. Sebelum berpisah dengan Encik Suami di pagar 335, Amie beritahu akan hantar mesej sekiranya dapat bertemu Yujin untuk sama-sama ke Raudhah.
Teringat pesan Ibu Nada di Airport Brunei: Usahakan untuk masuk ke Raudhah setiap hari! Barangkali kalau dahulu tanpa penggunaan aplikasi NUSUK, memang boleh. Bagaimanapun, semuanya adalah rezeki Allah. Yang penting, usaha dan ikhtiar. Benarkah seperti kata Ibu Nada: Setiap pagi dibuka satu pintu untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!
Kalau dikenang semula, pengalaman masuk ke Raudhah sembilan tahun lalu memang kita ketawa sendiri dan geleng kepala. Apa tidaknya, dalam berasak-asak memasuki Raudhah, kita solat berjalan-jalan pula! Bonda memang akan ketawa apabila Amie cerita semula peristiwa tersebut kerana kami masuk ke Raudhah bersama-sama. Apa yang Amie maksudkan solat berjalan-jalan? Ketika kita hendak rukuk, di hadapan kita berdiri satu tubuh yang besar! Entah milik bangsa apa. Terpaksalah kita bergerak ke kiri mencari ruang untuk rukuk. Setelah rukuk, dihalang pula oleh tubuh besar yang lain, dan terpaksalah bergerak ke ke kiri atau ke kanan untuk sujud. Itu pun belum dijamin kepala kita tidak dilangkah oleh kaki orang!
Ada seorang rakan jemaah wanita dari negeri Kedah. Sayangnya, sudah tidak ingat namanya. Katanya, dia pun begitu juga, terpaksa solat berjalan-jalan. Amie kemukakan cadangan sepaya keesokan paginya(kita berdua) seludup masuk di antara jemaah dari Indonesia atau Thailand. Oleh kerana setiap jemaah mengikut kumpulan dan mutawif masing-masing, jadi pandai-pandailah menyamar menjadi ahli jemaah tersebut. Biasanya pengawal wanita Arab akan menghalau jemaah umrah dari negara lain (seperti Turki dan Iran) yang suka masuk ke dalam kumpulan jemaah wanita dari Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Amie ajar kawan dari Kedah tadi satu ayat dari surah Yasin dan meminta menghafalnya. Dengan penuh yakin, Amie beritahu kawan dari Kedah tadi, bahawa pengawal wanita Arab nanti tidak akan nampak kita berdua sewaktu menyusup masuk dalam kumpulan jemaah lain dan membolehkan kita memasuki Raudhah.
Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya masuk ke Raudhah, dan dapat menunaikan solat dengan lebih tenang. Kawan Amie 'jaga' tempat solat Amie dan dapatlah rukuk serta sujud dengan selesa. Selepas Amie solat, giliran Amie pula 'jaga' tempat solat kawan Amie itu.
Masjid Nabawi Sumber : Google |
Pada pukul 05:09 minit pagi, dapat mesej dari Yujin. Katanya, dia sudah berada di tepi masjid. Cepat-cepat Amie mesej Encik Suami, beritahu hendak ke Raudhah. Amie bergegas dari Pintu 25 menuju ke tepi masjid di pintu 32. Yujin mesej beritahu dia berada di pintu 30 di bahagian luar.
Yujin hantar gambar dan katanya sedang tunggu Amie datang. Yujin beritahu dia berada di tengah-tengah jemaah wanita dan berdiri. Alhamdulillah. Akhirnya dapat duduk di sebelah Yujin di luar Pintu 32. Rupanya kelmarin, Yujin masuk ke Raudhah seorang diri. Amie tanya, bagaimana Yujin boleh terlepas masuk tanpa aplikasi NUSUK. Kata Yujin, dia yakinkan diri dapat masuk melalui pintu 32 kerana katanya dia pernah dengar setiap pagi ada satu pintu dibuka untuk masuk ke Raudhah tanpa permit! Teringat pesan Ibu Nada : Usahakan untuk masuk ke Raudhah setiap hari!
Pukul 05:43 minit pagi, azan berkumandang, dan kami solat subuh bersama-sama. Yujin kata, Zila akan ikut serta tetapi tidak nampak pula bayangnya. Kemudian kami terus bergerak untuk masuk ke Pintu 32. Amie memegang hujung telekung Yujin supaya tidak terlepas atau terpisah. Apabila Yujin berlari, Amie pun ikut berlari dan menyusup masuk di celah-celah jemaah. Ketika berlari di atas lantai marmar, badan berasa ringan kerana geseran stoking dengan lantai marmar yang licin membantu melancarkan pergerakan. Memang berbeza berlari di atas permaidani dengan berlari di atas lantai marmar. Tiba-tiba terlepas hujung telekung Yujin! Dan Yujin terus berlari maju ke hadapan, masuk di celah-celah jemaah wanita!
Mari kak! Kita teruskan!
Suara siapakah itu?
Lengan kiri Amie dipegang erat oleh seseorang. Sempat Amie toleh dan rupanya Zila yang sedang mendorong Amie untuk terus ke hadapan. Allahu Akbar! Zila datang tepat pada masanya. Sekarang Amie berpegangan tangan dengan Zila. Di mana ada kawasan kosong kami terus lolos ke situ. Sesekali kami terkumpul bertiga, Amie, Yujin dan Zila. Pada masa yang lain kami terlepas pegangan dan terpisah kembali dan kemudian bertemu lagi.
Setelah sampai ke ruangan menunggu, kami diarahkan duduk oleh pengawal masjid sementara menunggu jemaah lelaki selesai solat di Raudhah. Kedengaran pengawal-pengawal masjid berteriak-teriak mengarahkan jemaah wanita yang lain supaya duduk kerana mereka tidak sabar menunggu masa untuk menyerbu masuk ke Raudhah.
Sekarang pintu halangan masuk ke Raudhah sudah dibuka. Semua menyerbu masuk, dan akhirnya sekali lagi kami terpisah namun dapat menyelusup semula hingga ke bahagian hadapan, iaitu satu barisan khas untuk solat. Kami menanti dengan sabar jemaah wanita yang sedang solat tetapi ada beberapa wanita yang tidak sabar menolak wanita yang sedang solat untuk mengambil tempatnya. Ketika itu bertambah kuatlah suara pengawal wanita memarahi jemaah yang berasak-asak dan menolak mereka yang sedang solat.
Lebih kurang beginilah teguran dan teriakan pengawal wanita tersebut:
Sabar!
Sabar!
Hormatilah mereka yang sedang solat.
Semua orang mahu solat.
Hormat Allah.
Hormat Nabi Muhammad SAW.
Hormatilah mereka yang sedang solat.
Semua orang mahu solat.
Hormat Allah.
Hormat Nabi Muhammad SAW.
Seribu syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sampailah giliran kita untuk solat di barisan hadapan, dan mudah-mudahan titipan doa dan hajat kita untuk kesembuhan Kak Ros dimakbulkan Allah Yang Rahim.
Kita tidaklah menghabiskan masa begitu lama solat di Raudhah. Mengenangkan begitu ramai yang sedang menunggu dan berasak-asak, baiklah kita segera undurkan diri. Berikan peluang kepada mereka pula.
Amie tidak berani keluarkan HP untuk tangkap gambar di Raudhah. Terbayang, dalam kesesakan begitu sekiranya HP terjatuh, memang tidak dapat dicari lagi!
Ketika ini, Yujin dan Zila entah di mana.
Perlahan-lahan Amie menapak mencari pintu keluar. Kali ini tidak perlu lari-lari mengejar masa dan tempat lagi. Jam menunjukkan pukul 07:30 pagi.
Teringat pada pukul 8:00 pagi kami akan ikuti lawatan ke Lembah Jin. Sudah tentu tidak sempat sarapan pagi. Tidak apa, yang penting sudah dapat masuk ke Raudhah: Berburu Mustajabah Doa di Raudhatul Jannah. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi-Mu ya Allah.
Benarlah kata Ibu Nada: Setiap pagi dibuka satu pintu untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!
Benarlah kata Ibu Nada: Setiap pagi dibuka satu pintu untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!
Esok merupakan hari terakhir kami berada di Madinah. Mudah-mudahan ada peluang untuk memasuki Raudhah lagi. In syaa Allah.
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
uncle tak sempat pegi lembah jin
BalasPadamMari datang Madinah lagi Uncle.
Padamboleh terbayang2 macamana kak amie berlari2 mengejar Yujin.
BalasPadamBerlari-lari anak, kadang berjalan, kadang lari laju.
PadamAlhamdulillah rezeki telah tertulis kuasa Allah mengatasi segalanya,memang besar harapan dan impian semua muslim nak masuk raudhah
BalasPadamBetul tu. Yang penting usaha dan ikhtiar, selebihnya kita tawakal kepada-Nya.
PadamSyahdu baca.
BalasPadamMemang susah masuk Raudhah.
Moga ketika ini Kak Ros sudah sihat semula.
Kena yakin dan pantas bergerak untuk dapat tempat di hadapan. Tapi itulah, terpaksa berasak-asak.
PadamMudah-mudahan Kak Ros terus sihat.
setiap pagi ada satu pintu dibuka untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!
BalasPadamyg ni ramai dah tahu ke kak? atau hanya segelintir je?
Kalau jenis yang tak ambil tahu memang tak tahu Anies.
PadamKak Amie pun ingat pesan Ibu Nada sewaktu nak naik kapal terbang di Brunei.
Yujin pula katanya dia ada baca (entah di mana), itu yang dia yakin dapat masuk.
Benarlah kata Ibu Nada, setiap pagi memang asa satu pintu dibuka ke Raudhah tanpa permit. Rasanya kalau semua orang tahu, memang bergandalah berasak-asak untuk masuk ke dalam.
Dapat SA bayangkan Kak Amie berlari macam mana...terlepas telekung Yujin..allahu....ada rasa cemas plak..nasib Zila mucncul...eh..boleh terbayang plak..
BalasPadamYa, terlepas telekung Yujin sebab Yujin terpaksa pantas selit mana-mana tempat kosong untuk segera sampai ke Raudhah. Terkejut Kak Amie dalam keadaan tercengang-cengang terlepas telekung (Yujin pula tak toleh belakang), tiba-tiba lengan Kak Amie dipegang seseorang! Itulah Zila yang tiba-tiba muncul sebagai hero penyelamat hahahaha.
PadamAlhamdulillah Kak Amie dapat masuk walau terpaksa berlari dan boloskan diri dikalangan jemaah lain.
BalasPadam