Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu
Lawatan ke Masjid Ijabah
Salah sebuah masjid yang menjadi saksi sejarah dalam perjuangan Rasulullah SAW mengembangkan agama Islam yang suci ialah Masjid Ijabah. Masjid ini pernah dikenali sebagai Masjid Bani Miawiyah al-Aus kerana kedudukannya di perkampungan Bani Mu'awiyah. Namun begitu penduduk Madinah lebih mengenalinya sebagai Masjid Ijabah. Masjid Ijabah menjadi tempat Rasulullah SAW menyampaikan tiga permohonannya, tetapi hanya doa sahaja yang dikabulkan dan satu doa lagi tidak dikabulkan Allah sehingga ke saat ini.
Rasulullah SAW bersabda:
Aku telah memohon kepada Allah tiga perkara, dan Dia mengabulkan yang dua , dan menolak yang satu. Aku memohon kepada Allah agar tidak membinasakan umatku dengan kekeringan dan kelaparan, dan Allah mengabulkannya. Dan aku bermohon agar tidak dibinasakan umatku dengan menenggelamkannya, Allah pun makbulkan. Dan aku bermohon agar tidak ada fitnah serta berbezaan di antara mereka (tetapi) dia tidak mengabulkannya. (HR Muslim)
|
Jemaah Nur Multazam bergambar ramai di hadapan Masjid Ijabah. |
Mutawif kami, Ustaz Ali Amin sedang menerangkan sejarah Masjid Ijabah.
Rakaman video tentang dua permohonan yang dikabulkan, dan satu lagi tidak dikabulkan sehingga hari ini.
Permintaan ketiga yang tidak dikabulkan :Berdoa agar semua umatnya dijauhkan dari perpecahan, perbezaan pendapat, pertikaian dan seumpamanya, namun permintaan ini belum diterima oleh Allah sehingga ke hari ini. Menurut Ustaz Ali Amin, Rasulullah pernah mengatakan umat Islam akan terbahagi kepada 73 golongan. 72 daripadanya akan masuk neraka kecuali satu golongan iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun begitu sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah tidaklah boleh mengkafirkan atau menyalahkan amalan-amalan golongan yang lain.
Sesungguhnya permohonan Rasulullah SAW ini menjadi bukti betapa kasihnya baginda kepada umatnya!
Wallahu'alam.
Kami diberi masa untuk menunaikan solat-solat sunat di Masjid Ijabah yang berkarpet merah ini. Tempatnya sangat selesa kerana tidak perlu berebut-rebut mengambil wudhu' dan tempat solat dengan jemaah lain.
|
Kenangan indah, berkongsi sejadah kecil bersama Yujin ketika solat di masjid ini. |
|
Masjid Ijabah. |
Ustaz Ali Amin banyak menunjukkan masjid di sepanjang jalan dan menerangkan kepada kami sejarah masjid-masjid tersebut. Bas yang membawa kami tidak boleh berhenti kerana tidak ada tempat letak kenderaan. Jadi, kami hanya melihat masjid-masjid tersebut dari dalam bas seperti:
- Masjid Imam Bukhari
- Masjid Al-Khandaq
- Masjid Al-Fatah
- Masjid-masjid lain
Antara gambar-gambar masjid yang sempat kita rakam dari dalam bas.
binaan masjid biasa sahaja tp 'penuh; dgn kasih Nabi SAW yang tertumpah di sini
BalasPadamMasyaa Allah...
BalasPadamTerima kasih perkongsian videonya..serasa seperti ada bersama di sana
Rasa tidak pernah singgah Masjid Ijabah.
BalasPadamcantik sejadahnya kak.... masjid dekat sana banyak dan sangat istimewa sebab banyak sejarah
BalasPadamallahu seronoknya dpt melihat dan berziarah ke sini
BalasPadam