Bismillahirrahmanirrahim.
Tibalah kami di Bir Ali, Miqat Ihram.
Tibalah kami di Bir Ali, Miqat Ihram.
Apa itu Miqat Ihram?
Miqat Ihram adalah tempat orang yang akan menunaikan umrah atau haji mula berihram. Miqat Ihram ada lima tempat iaitu:
Ketika di bawah pentadbiran Raja Fahd bin Abdul Aziz, usaha membangun, mengubahsuai dan memperluaskan kawasan masjid dilakukan. Memandangkan jumlah jemaah haji dan umrah serta musafir yang semakin ramai, ubahsuai memperluaskan masjid dilakukan beberapa kali. Hari ini. Masjid Bir Ali berdiri di atas tanah lebih dari 60 ribu meter persegi. Luas bangunan masjid ialah 26,000 meter persegi.
- Zul Hulaifah
Zul Hulaifah merupakan miqat penduduk Madinah atau orang yang melaluinya. Sekarang Zul Hulaifah dikenali dengan Bir Ali. Jaraknya dari Mekah sejauh 450 kilometer. - Juhfah
Juhfah ialah miqat penduduk Syam, Morocco, Mesir atu orang yang melaluinya. Terletak berhampiran kota Raabigh. Jarak dari Mekah sejauh 183 kilometer. Sekarang orang berihram dari Raabigh, terletak di sebelah barat Juhfah. - Yalamlam
Yalamlam merupakan miqat penduduk Yaman atau orang yang melaluinyan.Yalamlam sebuah lembah berjarak 92 kilometer dari Mekah. Sekarang dikenali dengan Sa'diyah. - Qarnul Manaazil
Qarnul Manazil merupakan miqat penduduk Najd atau orang yang melaluinya. Sekarang dikenali dengan Sayl Kabiir. Jarak dari Mekah sejauh 75 kilometer. - Zat Irqin
Zat 'Irqin merupakan miqat penduduk Iraq atau orang yang melaluinya. Zat 'Irqin merupakan lembah yang dikenali dengan nama Dhariibah dari Melakh sejauh 94 kilometer.
Orang yang menunaikan haji atau umrah wajib mula berihram dari salah satu Miqat di atas. Bagi yang secara sengaja melalui Miqat tanpa berihram perlu kembali ke Miqat terdekat. Apabila tidak kembali, wajib menyembelih seekor kambing di Mekah dan seluruh daging haiwan diberikan kepada penduduk fakir miskin Mekah (pendapat kebanyak ulama).
Sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah. [Riwayat al-Bukhari (1524)]
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَّتَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ
Sumber : Bir Ali atau Zulhulaifah
Masjid Bir Ali |
Setibanya bas kami di Masjid Bir Ali, cuaca masih mendung dengan awan warna kelabu menutupi langit biru. Jalan raya kelihatan basah, dan lopak-lopak menakung air hujan. Kami menuju ke Masjid Bir Ali untuk solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat ihram dan solat fardhu asar berjemaah.
Masjid Bir Ali dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (87-93 Hijrah). Ubahsuai masjid dilakukan semasa pemerintahan Abbasiyah dan diteruskan semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Ketika ini saiz masjid sangat kecil dan diperbuat daripada batu serta tiada jemaah haji atau umrah yang singgah di sini.
Ketika di bawah pentadbiran Raja Fahd bin Abdul Aziz, usaha membangun, mengubahsuai dan memperluaskan kawasan masjid dilakukan. Memandangkan jumlah jemaah haji dan umrah serta musafir yang semakin ramai, ubahsuai memperluaskan masjid dilakukan beberapa kali. Hari ini. Masjid Bir Ali berdiri di atas tanah lebih dari 60 ribu meter persegi. Luas bangunan masjid ialah 26,000 meter persegi.
Gambar atas dan bawah : Kenangan bersama Jemaah Umrah Sabah
Sumber : Makkah Tower Group 271222.
Masjid Bir Ali menjadi tempat persinggahan jemaah umrah dan musafir .
Persekitaran Masjid Bir Ali ditanam dengan pokok kurma.
Tanaman kurma yang disusun dalam bentuk tiga segi, dan dihiasi dengan tumbuhan berbunga di bahagian tepinya.
Gambar kenangan bersama Yujin & Zila. |
Oleh kerana Masjid Bir Ali sangat luas, jadi tidaklah dapat mencari sudut tertentu untuk mengambil gambar. Kebetulan pula masa berada di sini agak singkat.
Masjid Bir Ali |
Selepas hujan, tumbuhan semakin subur. Mungkin ini sejenis selasih. Ditanam di tepian pokok kurma yang dijaga rapi dalam taman. |
Jemaah bersedia untuk masuk masjid. Waktu asar sudah hampir tiba.
Wudhu' yang diambil di Royal Al-Andalus Hotel belum terbatal. Jadi terus masuk ke ruang solat wanita.
Selepas solat asar, bertemu semula di taman kurma. |
Bersedia untuk menyambung perjalanan. |
Bas yang membawa kami dari Madinah ke Makkah. |
Seperti biasa, setiap kali menaiki bas Ustaz Ali Amin akan membahagi-bahagikan minuman dan kudap-kudapan. |
Perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah. |
Sebelum meninggalkan Bir Ali, sekali lagi Ustaz Ali Amin mengingatkan pantang-larang dalam ihram. Ustaz Ali membimbing kami niat ihram: Sahaja aku kerjakan umrah kerana Allah Taala.
Kami juga berniat solat jamak takhir apabila tiba di hentian seterusnya.
Seterusnya kami sama-sama bertalbiah.
Bas terus meluncur laju di atas jalan raya.
Tidak lama kemudian suasana di dalam bas sunyi dan sepi.
Tidur.
Di kiri kanan jalan, hanya kegelapan, dan sesekali terlihat bukit bukau berbatu seakan mengiringi perjalanan kami.
Entri berkaitan Umrah 2023:
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
oohh...begitu rupanya.. pernah juga tertanya cara orang2 yang tinggal di sana bagaimana mereka buat haji dan umrah, niat dr rumah kah?
BalasPadamDulu waktu kelas Pendidikan Islam, ada ustaz terangkan tapi tak faham. Bila sudah alami sendiri, baru faham sepenuhnya.
Padammasjid bir ali dgn pokok kurma ni mcm dah sinonim. dulu pergi pun dah ada. skrg tentu lg byk... kawasan masjid pun dah besar
BalasPadamMemang luas kawasannya, macam-macam kemudahan disediakan dan lebih selesa berbanding dahulu. Cuma tak sempat hendak jelajah sebab kekangan waktu. Kebetulan pula hujan belum berhenti sepenuhnya.
PadamCantik Masjid Bir Ali ni kak...kawasan pun luas...agaknya berapa la suhu selepas hujan masa tu kan
BalasPadam