Kami mengharapkan dapat sampai ke Masjidil Haram sebelum pukul lima petang. Sebaik sahaja kami tiba di Masjidil Haram, dataran Kaabah sudah ditutup dan tawaf tidak dapat dikerjakan. Kami akur, lalu duduk di kawasan berpagar (halangan jemaah umrah untuk masuk ke dataran Kaabah) dan menghabiskan masa menunggu waktu maghrib dengan membaca al-Quran. Selepas solat maghrib, sempat ikut solat jenazah. Kemudian kami mengerjakan tawaf.
Ada pemandangan yang menyedihkan dilihat ketika berada di dataran Kaabah. Beberapa orang dari negara lain mengerjakan solat di kawasan laluan tawaf yang sangat sesak. Pengawal di situ telah menegur beberapa kali tetapi tidak dihiraukan. Berlakulah pertengkaran di antara beberapa orang jemaah umrah dengan pengawal sehingga menyebabkan pengawal memukul orang tadi sehingga luka!
Teringat kembali pesanan Ustaz Ali Amin. Apabila melakukan ibadat terutama ibadat sunat di dataran Kaabah, janganlah sampai menyusahkan orang lain seperti berasak-asak, sehingga siku-menyiku dan menyebabkan kesakitan pada orang lain. Begitu juga dengan perbuatan menghalang tempat laluan jemaah untuk mengerjakan tawaf. Allah tidak menyukai perbuatan tersebut.
Jika dibandingkan suasana tawaf pada kali ini, ia lebih sesak berbanding tawaf pertama kali yang kerjakan pada pukul satu pagi. Ustaz Ali Amin mengarahkan jemaah lelaki membuat 'pagar' dan jemaah perempuan berada di dalam 'pagar'. Maksudnya barisan jemaah lelaki dibahagi dua, satu barisan berada di sebelah kiri, di tengah-tengah jemaah perempuan dan di sebelah kanan pula barisan jemaah lelaki. Tujuannya ialah supaya kami tidak akan terpisah-pisah apabila 'dilanggar' oleh jemaah dari negara lain.
Sepanjang bertawaf, Amie berada di sebelah kiri Encik Suami dan memegang hujung kain ihramnya dan kadang-kadang beralih memegang tali beg sandangnya pula. Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan sembilan tahun, anak jemaah salah seorang rakan kami sepanjang waktu memegang tali beg Encik Suami. Apabila ada jemaah dari negara lain yang tolak dari belakang, kita pastikan anak ini tidak hilang, tertinggal atau terlepas tangan dari tali beg sandang Encik Suami.
Selesai tawaf kami mengerjakan solat sunat dan tidak lama kemudian azan isya' berkumandang. Ketika solat isya' mata terpandang tiga orang wanita yang sedang solat di barisan hadapan, mendahului gerak imam pada rakaat pertama. Imam belum menghabiskan bacaan 'samiallahu liman hamidah' mereka terus sujud. Kemudian salah seorang yang sujud tiba-tiba berdiri semula dan kemudian sujud mengikut makmum yang lain. Sewaktu rakaat kedua, begitulah yang berlaku. Mereka seolah-olah teragak-agak dan akhirnya tetap mendahului imam sewaktu sujud. Kenapalah mata ini terpandang perkara itu! Sedangkan ketika itu sepatutnya khusyuk mengerjakan solat!
Pada masa yang sama teringat waktu kecil, berulang kali baca buku agama bertajuk Budi Luhur. Dalam buku tersebut diterangkan, sekiranya makmum mendahului imam, Allah akan jadikan kepalanya seperti kepala keldai di akhirat kelak. Ada gambar makmum sedang duduk dengan kepala bentuk keldai.
Ketika Amie menulisa entri ini, terjumpalah Hadis Riwayat Bukhari No. 691 dan Muslim No.427 seperti di bawah ini:
Lihatlah betapa kejinya sikap, dalam solat sempat memikirkan kesalahan orang lain! Akhirnya diri sendiri buat perkara yang sama! Dan Allah bayar cash waktu itu juga! Allah bayar cash!
Dengan rasa malu yang amat sangat cepat-cepat kita duduk tahiyat awa!.
Sebab dulang, paku serpih. Mengata orang, awak yang lebih!
- KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
- DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
- SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
- JUS BUAH YANG DIRINDUI!
- MENUNGGU DAN DITUNGGU
- BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
- AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
- MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
- KEBUN KURMA ABU FAISAL
- JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
- MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
- LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
- ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
- DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
- MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
- HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
- MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
- MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
- BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
- MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
- KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
- MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
- MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
- GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
- TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
- TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
- TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
- BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
- CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
- RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
- BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
- BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
- WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
- CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
- NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
- MADINAH DIBASAHI HUJAN
- DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
- SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
- IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
- MIQAT IHRAM : BIR ALI
- MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
- MAKKAH HOTEL & TOWERS
- TAWAF & SA'I
- MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
- GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
- UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
- IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
- KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
- JABAL TSUR
- JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
- MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
- LAMB MADINI
- BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
- MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
- SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
- PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
- MENCARI MADU DI THAIF
- BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
- MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
- LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
- MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
- MASJID QARNUL MANAZIL
- SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
- HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
- NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
- MENDAKI KE GUA HIRA
- MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
- IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
- MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
- HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
- KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
- KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
- DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT
Terima kasih berkongsi kisah, ingatan/nasihat buat diri saya jugak yang selalu lalai.
BalasPadammenarik perkongsian akk👍👍👍
BalasPadamhati kita ni kan...gitulah. waktu solat patutnya kita kusyuk ni tidak kadang2 waktu itulah terfikir lepas ni nak iron baju apa, lepas ni nak masak apa.
BalasPadamsyaitan sentiasa cuba mendominasi otak kita
moga diampunkan segala kekhilafan dan dosa2 kita yang lalu dan yang kini
BalasPadamYa Allah,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua
BalasPadamAllahu banyak lagi yang perlu kita pelajari..terima kasih kak amie share semua info ni
BalasPadamBerpimpin tangan masuk ke syurga...
BalasPadamAamiin
Dekat sana kan orang kata apa pun boleh jadi kan kak, pernah terbaca sorang ustaz kongsikan peristiwa macam akak tu. Di dalam hati dia kata org tu benda tu salah, tak lama tu dia buat benda yg sama... betapa dekat Sana hati kita kene sentiasa husnuzon n bersangka baik je
BalasPadam