Pages

Selasa, 21 Februari 2023

Hari Terakhir di Makkah - Tawaf Wida' (Tawaf Perpisahan)

Bismillahirrahmanirrahim.
Tibalah saat penuh sayu untuk meninggalkan Makkah. Sebagai tetamu Allah, kita perlu beradab, berpamit dengan tuan rumah sebelum melangkah pulang. Melaksanakan Tawaf Wida' merupakan terjemahan makna perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah dan Masjidil Haram. Menurut Ustaz Ali Amin, jika kita datang ke rumah Allah dengan ikhlas, memohon keampunan dan bertaubat bersungguh-sungguh, in syaa Allah gugurlah dosa kita. Namun begitu, dosa sesama manusia kita perlu uruskan sendiri. Ini bermakna kita perlu memahami habluminallah dan habluminannas.

Hubungan baik dengan Allah (hablumminallah) adalah dengan beriman dan bertaqwa, melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Namun begitu setakat mengerjakan segala suruhan-Nya sahaja tidak cukup, atau kurang sempurna kerana kita perlu berhubung baik sesama manusia (hablumminannas), bersama jiran tetangga, masyarakat dan yang segala yang berkaitan dengan kehidupan.
Ustaz mengetuai bacaan doa yang sangat meruntun hati sehingga para jemaah mengalirkan air mata. Antara inti doa termasuklah:
  • Memohon agar ibadat umrah para jemaah diterima Allah, diampunkan segala dosa dan diterima taubatnya.
  • Memohon agar tidak menjadikan umrah jemaah ini sebagai kali yang terakhir.
  • Memohon agar  sentiasa rasa rindu untuk datang kembali ke rumah Allah.
  • Memohon kesejahteraan segala urusan para jemaah pulang ke tanah air.
Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan menunaikan Tawaf Wida' :
  • Mengambil gambar atau meminta orang lain mengambil gambar di dalam Masjidil Haram atau semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.
  • Bersedekah semasa dalam Masjidil Haram atau dalam perjalanan balik ke tempat penginapan.
  • Membayar hutang yang boleh ditangguhkan.
  • Berehat dan tidur di dalam bilik.
  • Membeli barangan yang tiada kaitan dengan keperluan seperti tasbih, minyak wangi, tudung dan sebagainya.
  • Tunaikan solat-solat sunat seperti solat hajat, solat taubat dan sebagainya.
  • Berlengah-lengah di dalam Masjidil Haram sehingga menyebabkan perjalanan jemaah lain terganggu kerana menunggu kepulangan jemaah tersebut.
Gambar-gambar dan video di bawah ini diambil sebelum kami melaksanakan Tawaf Wida'. Seawal pukul empat pagi, kami sudah meletakkan semua beg di luar pintu bilik untuk diangkat turun oleh pekerja hotel dan dibawa ke bas kami. Dan pada sebelah malamnya, kami membeli-belah untuk kali terakhir. 

Encik Suami bersama rakan-rakannya di dataran Kaabah.

Melangkah ke Masjidil Haram seawal pukul empat pagi.

Menunggu waktu subuh di Masjidil Haram.

Waktu begini, perkarangan Masjidil Haram nampak lengang.

Menunggu waktu untuk Tawaf Wida'.

Semoga hidup kita sentiasa rukun damai.

Bersama Yujin & suami.

Bersama Norhayati & anak perempuannya.

Bersama Norhayati sekeluarga.

Beberapa minit sebelum Tawaf Wida. 

Selamat tinggal Masjidil Haram. Selamat tinggal Makkah.
In syaa Allah akan berkunjung lagi.
Amin ya Allah.

Mudah-mudahan kami mendapat umrah yang mabrur.
Amin ya Allah.


Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

15 ulasan:

  1. Sy ikut sebak. Terima kasih Kak Amie atas perkongsian maksud Tawaf Wida ni.

    BalasPadam
  2. hablumminallah memang harus selaras dengan hablumminannas ya Kak Amie, semoga umroh akak amie dan encik suami mabrur, amin ya Alloh...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mbul sayang.
      Hubungan kita dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan, tetapi hubungan kita dengan manusia belum berakhir dan berat selagi kita tidak selesaikan sesama kita di dunia. In syaa Allah, mudah-mudahan kami dapat umrah yang mabrur. Terima kasih Mbul.

      Padam
  3. Aamiinn.. semoga setiap jemaah mendapat umrah yang mabrur.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... selesai sudah ibadah umrah. mudah mudahan kak amie sekeluarga serta kami semua dijemput sekali.lg utk ke sana kelak. aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      In syaa Allah Anies. Allah mendengar isi hati setiap hamba-Nya. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk menjadi tetamu-Nya. Amin.

      Padam
  5. mesti akak sedih betul kan.... moga diberi kesempatan untuk ke sana lagi ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami nampak sedih sangat, tersedu-sedu menangis ketika mutawif baca doa selepas tawaf wida'.

      Padam
  6. Doa Sa semoga Kak AMie dan suami mendapat Umrah yang Mabrur...

    BalasPadam
  7. Rupanya tidak boleh sedekah dalam Masjidil Haram ketika tawaf widak.

    BalasPadam
  8. Allahuakbar.....sayunya bila buat tawaf widak. Mudahan Allah rezekikan lagi kerumah NYA. Aamiin

    BalasPadam
  9. Pastinya rumah Allah ini menjadi kerinduan kita semua

    BalasPadam