Pages

Selasa, 17 Januari 2023

Mari ke Raudhah : Taman Syurga di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.
29 Disember 2022
Hari : Khamis

Kami telah mendaftar menggunakan aplikasi NUSUK untuk memasuki Raudhah seminggu sebelum penerbangan ke Tanah Suci.
 
Jadual memasuki Raudah pada ketetapan berikut:

Jemaah lelaki:
Tarikh : 29 Disember 2022
Masa : 17:00 - 17:29

Jemaah Wanita:
Tarikh : 29 Disember 2022
Masa : 23:00 - 23:29

Raudhah ialah taman syurga di dunia, merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet warna hijau, sementara kawasan lain dalam masjid berkarpet merah. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
Antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga.

Di Raudhah ini, semua doa adalah makbul, dan sesiapa yang berpeluang berada di sini digalakkan sangat untuk memperbanyakan doa.

Sumber : Google

Dalam Masjid Nabawi, ruang Raudhah adalah antara mimbar dan makam Rasulullah, dan kawasan makam tersebut merupakan rumah badinda. Mihrab pula ialah ruang tempat imam. Di situlah tempat Rasulullah berdiri mengimamkan solat jemaah, dan juga tempat baginda berkhutbah.

Sumber : Google

Petunjuk:
  • C - mimbar
  • E - mihrab
  • H - ruang makan Nabi Muhammad SAW
  • 1 - makan Nabi Muhammad SAW
  • 2 - makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq
  • 3 - makam Saidina Umar al-Khattab
  • 11 - lubang untuk melihat makam Nabi Muhammad SAW
  • 12 - lubang untuk melihat makan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
  • 13 - lubang untuk melihat makan Saidina  Umar al-Khattab.

Gunakan Aplikasi NUSUK untuk permit memasuki Raudhah.

Jemaah lelaki dinasihatkan tidak terus menunggu waktu solat jenazah, dan selepas solat fardhu mereka dikehendaki berkumpul ditempat yang ditentukan untuk sama-sama bergerak ke Raudhah. Walaupun dijadualkan masuk ke Raudhah pada pukul lima petang, tetapi proses untuk sampai ke sana agak lama!

Jadi, kami berjanji akan bertemu semula di Pagar 335 selepas waktu isya, dan jika tidak jumpa di situ, terus sahaja ke lobi hotel.

Sebelum keluar dari bilik, Amie sempat makan beberapa biji kurma susu yang cair dimulut itu, dan masukkan botol mineral kosong ke dalam beg sandang. Tujuannya, untuk isi air zamzam dan bawa ke tempat solat. Tidak perlulah banyak kali bangun mengambil air.

Jadinya, Amie berada di dalam masjid bermula dari waktu asar, maghrib dan isya. Sesiapa yang berada di dalam masjid dalam tempoh yang agak lama ini, bolehlah isi dengan membaca al-quran, melakukan solat-solat sunat, berzikir dan seumpamanya. 

Alhamdulillah, pada malam itu Encik Suami muncul dengan wajah berseri-seri di lobi hotel. Tidak sabar rasanya menunggu Encik Suami bercerita tentang pengalamannya berada di Raudhah bersama jemaah yang lain.

Encik Suami : Permit masuk Raudhah tidak diterima. Pengawal di situ halau, tak benarkan masuk.
Amie: Jadi?
Encik Suami: Terpaksalah patah balik semula jauh beratur ke belakang. Minta tolong dengan mutawif yang kebetulan ada di situ. Alhamdulillah, dapat daftar semula. Tapi kawan-kawan yang lain semua sudah balik! Semuanya sudah solat di Raudhah.
Amie: Semua jemaah umrah kita dapat masuk Raudhah?
Encik Suami: Tidak semuaAda seorang jemaah, terpaksa balik ke hotel sebab tak boleh masuk!
Amie : Apa terjadi seterusnya?
Encik Suami : Beraturlah lagi seorang diri dalam kumpulan jemaah dari Pakistan. Banyak jemaah Pakistan tidak dapat masuk, sampai berteriak-teriak, bertengkar dengan pengawal masjid. Ramai pengawal yang menjaga di situ. Alhamdulillah, akhirnya boleh masuk ke Raudhah. Selesai sahaja solat sunat, azan maghrib berkumandang. Dapatlah solat maghrib di Raudhah bersama imam dan bilal di situ.
Amie : Ya Allah. Masya Allah Tabarakallah!


Encik Suami sempat tangkap gambar pintu makam Rasulullah, dan bersebelahan dengannya pula tempat makam sahabat baginda, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar al-Khattab RA.



Kita pula dikehendaki berkumpul di lobi untuk perjalanan ke Raudhah dan dijadualkan masuk pada pukul 11:00 malam. Seawal pukul 9:10 malam Encik Suami sudah menemani kita di lobi.

Permit memasuki Raudah.

Kun fayakun!
Entah di mana silapnya, permit Amie tidak dapat digunakan. Ada seorang rakan jemaah lain, permitnya pula dikatakan tidak aktif! Walaupun mutawif cuba berkali-kali daftarkan Amie semula, tetap juga tidak berjaya. Memandangkan waktu sudah melewati pukul 9:45 malam, Amie putuskan untuk tidak sertai mereka yang masih menunggu masalah kita selesai! Entah sampai pukul berapa kalau mereka terpaksa menunggu. Biarlah rakan jemaah meneruskan perjalanan ke Raudhah mengikut masa yang ditetapkan.

Urusan pendaftaran  untuk memasuki Raudhah sudah siap diatur sejak dari tanah air. Namun begitu, siapa menyangka sesuatu yang tidak diduga akan berlaku di saat-saat akhir? Sesungguhnya segala rezeki itu dari Allah.

7 ulasan:

  1. Berbeza betul ya sekarang dengan dulu sebab kena pakai apps. Tak ada rezeki kak Amie, pun tak apalah. Allah tahu apa yang diniatkan dalam hati

    BalasPadam
  2. Allahuakbar beruntungnya encik majid dapat solat berimamkan Imam dan bilal di Raudhah. Patutle berseri-seri wajahnya.

    BalasPadam
  3. ooh sekarang nak masuk raudhah kena guna apps ye,untuk sekali masuk je kak?kalau dulu saya pernah dengar cerita tunggu tengah malam sikit sebelum tutup dan boleh masuk berkali-kali dlam sehari kalau ada kesempatan dan ruang

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah suami kak amie dapat solat dalam Raudhah, takpe la takde rezeki Kak Amie...

    BalasPadam
  5. masa tu sedih hibanya hati ye kak, itu yang diidam2kan kan

    BalasPadam
  6. Allahu.. pasti ada peluang lagi..

    BalasPadam
  7. Semoga Allah jemput saya ke sana dalam masa terdekat..
    Rindu menggamit..ingin sekali turut sama menghimpunkan doa di sinišŸ¤²

    BalasPadam