Pages

Isnin, 16 Januari 2023

Kebun Kurma Abu Faisal

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Masjid Quba', bas membawa kami ke Kebun Kurma Abu Faisal, salah sebuah tempat jualan kurma terbesar di Madinah. Ketika kami melepasi pintu pagar, kelihatan ramai jemaah umrah dari pelbagai negara sudah memenuhi ruang hadapan pintu masuk ke tempat jualan. Pada masa yang sama, terhidu aroma bakso yang semerbak enak! Bayangkan, dalam keadaan sejuk tiba-tiba hidung disapa dengan bau sup! Belum nampak rupa sup, sudah terbayang kelazatannya dek baunya yang menusuk!

Tapi, tak nampak gerai jualan bakso, sebab terlindung oleh kerumunan orang ramai di situ!

Kebun Kurma Abu Faisal

Pintu masuk Perkebunan Abu Faisal



Ketika ini bukan lagi musim menuai kurma. Jadi, tidak kelihatan buah kurma di atas pokok!


Kelihatan jemaah dari (barangkali dari Indonesia) sedang menikmati bakso! Barangkali plastik yang terletak di bawah itu berisi oleh-oleh dari gerai kurma!



Sebahagian jemaah entah dari negara mana, sedang memilih jubah.

 Marilah kita masuk ke dalam, tempat jualan kurma, coklat dan sebagainya.


Nampaknya Arab Saudi dengan dunia Asia terutamanya Melayu sudah tidak asing lagi. Lihat sahajalah di pintu masuk tertulis perkataan Melayu yang berbunyi: Di antara kurma yang paling berkhasiat adalah kurma ajwa sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bohari Muslim sebagai berikut.....


Tak dapatlah nak tangkap gambar bahagian seterusnya sebab banyak sangat kepala orang!


Nak tangkap gambar kurma pun susah sedikit sebab setiap gerai dikerumuni jemaah umrah! Cuma mampu dengar nama-nama kurma yang dijeritkan oleh penjual, itu entah betul entah tidak melainkan kurma ajwa yang benar-benar kita faham. Antara jenis kurma yang disebut-sebut termasuklah:
  • Kurma Khudri
  • Kurma Aukkari
  • Kurma Khalas
  • Kurma Barhi
  • Kurma Safawi
  • Kurma Maryam
  • Kurma Susu


Penjual kurma menawarkan pelanggan untuk merasai kurma dengan menyebut perkataan: Halal! Halal! Jadi, makanlah seberapa banyak yang kita mampu makan kerana ia percuma, dan kemudian bolehlah pilih untuk beli seberapa banyak yang kita mahu. Kurma ajwa dijual dengan harga SAR 60. Amie rasa harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga kami beli pada 2014.



Memang meriah sungguhlah di sini sebab para penjual kurma boleh berinteraksi menggunakan bahasa Melayu pasar dengan para pembeli. Ditambah pula dengan keramahan mereka memberi peluang para pembeli makan apa sahaja jenis kurma yang ada di situ!



Walaupun kurma rasa manis, tapi nak nampak seekor semut pun merayap di sini.


Kadang-kadang tak dapat bezakan satu jenis kurma dengan jenis yang lain kecuali nampak benar bezanya dari segi bentuk dan warna.



Ini Kurma Susu. Sangat lembut, dan rasanya pun sedap! Harga yang ditawarkan SAR 30 sekilogram dan jika beli 2 kilogram, dapat harga SAR 50. Sesiapa yang sukakan isi kurma yang lembut dan tidak terlalu manis, bolehlah borong kurma susu ini! Amie suka! Encik Suami pun suka!

Kita lihat bahagian lain pula. 
Tak dapat ambil gambar di gerai coklat sebab tak sanggup bersesak dengan para pelanggan yang begitu ramai.


Banyak juga kekacang dan buah-buahn kering seperti buah tin kering, aprikot, kismis dan sebagainya tersusun di rak.





Rambang mata dibuatnya kan?





Selesai memborong, kami pun beredar meninggalkan tempat jualan kurma di Perkebunan Abu Faisal ini.


Mari cari pintu keluar.

Pak Syeikh dengan hasil tangkapannya, kiri dan kanan tangan!

18 ulasan:

  1. Menarik.. Boleh makan kurma segar²..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, banyak pilihan dengan rasa yang unik dan berbeza.

      Padam
  2. Teringat masa arwah bapak dan arwah mak pertama kali buat haji. Bila balik kita orang makan kurma takde biji. Dalam hati terdetik bukan ke selalunya kurma ada biji. Rupanya kata arwah mak., arwah bapak yang semasa time berehat diam-diam di belahnya kurma dan dibuangnya biji untuk mengurangkan berat buah kurma dan boleh beli lebih untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Ingatkan ada kurma yang tiada biji. Al fatihah buat arwah Hj Abdullah dan Hjh Saifah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eeeehhh... betul juga tu, bijaknya idea buang biji kurma untuk kurangkan berat! Lain kali boleh ikut tips begini. Moga kedua-dua arwah ayah bonda Notie tenang di sana.

      Padam
  3. Nampaknya saya kena cari kurma susu, lembut dan kurang manis.

    Pak Syeikh dipaksa jadi model berfoto dengan hasil tangkapankah tu? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurma susu beza warnanya dengan kurma lain. Bentuknya agak bulat, cair dimulut apabila dimakan.
      Hahaaa... tak pernah paksa jadi model, main tangkap muat saja kihkihkkkkiihh!

      Padam
  4. pokok kurma nampak macam pokok kelapa sawit pun ye kak...ramainya lautan manusia rasa bangga pun ada terkejut ada tulisan bahasa Melayu disitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya, Melayu memang terkenal seantero dunia kan Afzan.

      Padam
  5. meriah betul kebunnya tu kak, nampak redup je. paling best kedai kurma tu la, macam-macam jenis ada ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam-macam jenis ada, tapi terlalu meriah, sampai nak menyelit pun susah hahahaa.

      Padam
  6. Teringat membeli-belah dengan parents kali terakhir umrah. Peniaga di sana memang cakap Melayu je. Fasih betul

    BalasPadam
  7. Ada ya kurma susu. Macam tidak nampak di Malaysia ada jual.
    Sayapun kurang arif pasal kurma.

    BalasPadam
  8. Macam-macam kurma yang ada.
    Tengok jemaah bawa beg hasil belian kurma pun dah seronok..

    BalasPadam
  9. allahu....meriahnya... Teringin sungguh nak berziarah ke sana

    BalasPadam
  10. Ramainya orang..SA pun x pandai sgt jenis- jenis kurma ni..selalu beli kurma yang besar2 Medjol ke apa ntah namanya...x pernah rasanya makan kurma susu

    BalasPadam
  11. Wah ..meriah..banyak pilihan dan banyak jenis kurmanya..
    Teringat seorang ustaz pernah bagi petua.Katanya wanita kalau nak kurus kurangkan makan nasi dan roti tapi amalkan makan kurma ajwa.
    Tapi tak boleh makan banyak-banyak nanti botak...
    Terkejut juga dengan kenyataan tu..
    Rupanya dia bergurau..
    Katanya memang la kalau makan banyak boleh " botak"..sebab MAHALL...🤣🤣🤣🤣

    BalasPadam