Pages

Selasa, 31 Januari 2023

Chapli Kebab & Biryani Chicken

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu melintasi Zaitoon Restaurant, kami dapati suasana agak lengang. Jadi kami cepat-cepat masuk. Encik Suami mencari meja kosong dan Amie beratur memesan makanan di kaunter. Lega rasanya apabila Encik Suami angkat tangan dari tempat duduknya. Bermakna tidak perlulah kami menunggu pelanggan lain meninggalkan tempat duduknya sebagaimana yang berlaku pada malam sebelumnya di sini: CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT.

Bismillah.


Kali ini Amie memesan:
  • Biryani Chicken - 25SAR
  • Chapli Kebab - 35SAR
  • Watermelon Juice - 15SAR
  • Orange Juice - 15SAR
Kesemuanya berjumlah 78.26SAR tetapi setelah ditambah cukai sebanyak 15%, jumlah keseluruhan menjadi 90SAR.

Biryani Chicken : 25SAR

Apabila disebut biryani, ia bukanlah hidangan tempatan atau masakan Arab. Melihat kepada menu Biryani Laham dan Seekh Kabab yang kami makan semalam, jelas menu tersebut dari India atau Pakistan!

Sos dan acar untuk dimakan bersama Biryani Chicken.



Mari cari ayam yang bersembunyi di banyak longgokan nasi!

Chapli Kebab : 35SAR

Inilah rupa Chapli Kebab. Kami biasa makan kebab begini di kedai Pakistan di Lahad Datu, tetapi warna dan rasanya berbeza sedikit dengan Chapli Kebab di Zaitoon Restaurant. Ada Chapli Kebab gaya Pastun yang diperbuat daripada daging lembu, ayam atau kambing, dikisar dengan pelbagai rempah dalam bentuk patty. Chapli Kebab ini asalnya dari Afghanistan. Biasanya Chapli Kebab dimakan bersama roti naan yang masih panas.


Tak sampai berapa minit duduk, tiba-tiba ramai pelanggan memenuhi meja makan!


Sebelum ini kita hanya meratah kebab, tak pandai makan dengan roti nan. Kalau makan pun, cuit kebab sikit dan cuit roti sikit baru masuk ke mulut. Sekarang sudah pandai... ahaks! Bubuh kebab atas roti, bubuh salad dan tuang sos. Gulung roti dan sua ke mulut!


Puas hati minum jus tembikai, sebab tidak ditambah gula dan ais. Harganya agak mahal sedikit berbanding beli di luar. Kalau di luar, jus buah berharga 10SAR tetapi di sini 15SAR.


Setelah menyedari pelanggan semakin ramai, dan sebahagiannya menunggu meja kosong, Amie sarankan kepada Encik Suami supaya tidak melambat-lambatkan waktu , kerana kami boleh berikan tempat duduk kepada pelanggan yang sedang menunggu.
Ada seorang wanita bersama anaknya sedang memandang ke arah kami. Amie tanya, adakah dia memerlukan tempat duduk? Jawabnya: Ya. Dan Amie segera bangun lalu wanita tadi mengucapkan terima kasih dan duduk di tempat kami.


Ketika hendak keluar dari restoran, sempat melihat bahagian kaunter pesanan makanan. Pelanggan mula memenuhi ruang. Rasa seram juga apabila mengenangkan begitu lama menunggu meja kosong semalam!


Alhamdulillah. Kami sudah kenyang dan kepada pelanggan yang baru sampai : Selamat menjamu selera!


Kalau di Chicken Hat kami dua kali menikmati nasi arab, di Zaitoon Restaurant kami dua kali juga menikmati nasi biryani tetapi makan kebab Pakistan dan Afghanistan. Lebih kurang pukul 1:50 petang kami meninggalkan Zaitoon Restaurant. Ketika kaki melangkah keluar dari Taiba Mall, teringat lelaki kulit hitam dengan beg-begnya di Pagar 335. 

Lelaki kulit hitam di Pagar 335.

Tiada kelibat lelaki kulit hitam itu di situ. Mungkin sudah menemui orang yang dicari, atau sudah daftar hotel. Mudah-mudan urusannya terus dipermudahkan.
Seterusnya, kami berjalan-jalan di sekitar untuk membeli apa yang patut sementara menunggu waktu asar.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT



18 ulasan:

  1. Nasi beriani penuh satu pinggan...puas mkn tu

    BalasPadam
  2. Dah pandai makan kebab dah ye.. hehehe..

    BalasPadam
  3. Sama la kak amie, saya pun dulu tak reti makan kebab camtu..then kawan yg study kat jordan dulu ajar cara makan dia..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya ratah saja kebab. Dah tahu makan, tidaklah membazir roti dan salad serta sosnya.

      Padam
  4. saya suka tengok video street food,pernah juga tengok pakistani chapli kebab nampak spicy dengan pelbagai rempah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya saya kebab hanya ada satu bentuk saja, rupanya macam-macam bentuk kebab.

      Padam
  5. mesti makanan di restoran zaitoon tu sedap sebab tu ramai yang singgah ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap.
      Penyediaannya pun cepat.
      Cuma masalah tempat duduk saja.

      Padam
  6. Ayam pun pandai bersembunyi..? heheheheh

    BalasPadam
  7. Yeay,kak amie dah pandai makan kebab...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebab tu sedap SA, cuma nak sesuaikan dengan roti yang agak liat tu yang pelan-pelan kena belajar hehehee.

      Padam
  8. saiz jus sama jg ke kak dgn kat luar?

    nasi tuuu...byk betul. boleh tapau mkn kat hotel😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama saja saiz jus di mana-mana. Cuma di sini 15SAR, di luar 10SAR. Mungkin di sini kos operasi tinggi.

      Padam
  9. wahhh... meriah dengan pembagai jenis makanan di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah MY, tapi tak sempatlah nak merasa yang lain.

      Padam