Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingatkah rasa air zamzam? Amie masih teringat di usia kecil pertama kali minum air zamzam yang dibawa pulang dari Mekah oleh arwah bapa saudara kami. Rasanya sudah tentulah berbeza dengan air minum biasa yang diteguk setiap hari. Dan rasa air zamzam masih sama sewaktu kami umrah ziarah 2014. Air yang tidak pernah putus keluar mengalir dari mata airnya ini dapat dinikmati oleh jemaah umrah dan haji secara percuma pada bila-bila masa. Di segenap ruang sama ada di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram, air zamzam boleh didapati dengan mudah, siap dengan gelasnya sekali. Dan, sudah tentu ada pilihan, sama ada sejuk atau suhu biasa.
Namun begitu, air penghulu segala air di dunia ini sudah berbeza rasanya! Barangkali dahulu, ada rasa-rasa masin payau, tetapi sekarang tidak lagi.
Pada hari pertama jejak kaki ke Masjid Nabawi, dan minum segelas air zamzam, terasa sudah tidak ada lagi rasa payau tersebut! Air zamzam sudah seperti rasa air biasa. Namun begitu, air zamzam tetap air yang terbaik di dunia!
Air zamzam sekarang sudah disuling dan ditapis di kilang khas berdekatan dengan Masjidil Haram.Air zamzam ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Untuk kegunaan jemaah di Masjidil Haram.
- Dipam terus ke kilang di Kudai dan dibotolkan untuk kegunaan rakyat tempatan serta yang menetap di Arab Saudi.
- Dipam terus ke dalam lori dan dibawa ke Madinah.
Gambar diambil ketika hendak keluar masjid selepas menunaikan solat isya. Jemaah mengambil kesempatan untuk minum air zamzam dan ada yang mengisi botol dengan air tersebut untuk dibawa pulang. Kadang-kadang Amie dan Encik Suami pun isi sebotol dan bawa ke bilik, untuk diminum sekiranya berasa dahaga.
Sebenarnya tidak terkira berapa banyak susunan tong air yang diletakkan di dalam masjid. Jemaah dengan mudah boleh mengambil air zamzam di setiap ruang antara tiang masjid dengan ruang pejalan kaki.
Salah satu barisan tong berisi air zamzam di antara tiang dengan tiang masjid. |
Jemaah perempuan keluar Pintu 25 Masjid Nabawi.
Sempat ambil video sewaktu jemaah perempuan keluar dari Pintu 25 Masjid Nabawi selepas solat isya. Oleh kerana jarak waktu di antara maghrib dan isya agak dekat, jadi kami terus berada di masjid sehingga selesai solat isya.
Terlajak ambil gambar tong berisi air zamzam, ambil sekali suasana malam di luar masjid ketika menuju ke hotel.
Sekarang kami sudah berada di hadapan Royal Al-Andalus Hotel.
Suasana di hadapan pintu hotel yang tidak pernah sunyi dari lalu lalang pelbagai jenis bangsa! Tinggalkan dahulu pemandangan sebegini, kerana kami sedang dalam perjuangan untuk ke dewan makan!
Makan malam : Nasi putih + ikan patin goreng + ayam goreng + sambal tomato + epal. |
Selepas makan malam, tak mahu terus masuk bilik. Kami jalan-jalan bersama mutawwif ke beberapa buah kedai di bahagian belakang hotel kami.
Kita tidaklah teruja sangat untuk membeli-belah. Encik Suami pula yang menambah harta karunnya! Tak cukup beli jubah di petang hari, disambung pula hingga ke malam hari!
Ada kedai di bawah tanah, ada kedai di atas tanah!
Yang pastinya sudah tidak ada pasar lambak seperti dahulu! Dahulu, sebaik sahaja selesai solat fardhu, peniaga akan membentang segala jualannya di hadapan masjid! Eh, rindu sungguh suasana itu!
Sekarang urusan jual beli semuanya di dalam kedai!
Antara rakan Encik Suami yang turut serta meninjau-ninjau kedai pada malam itu.
Berehat seketika di ruang tamu sebelum masuk ke bilik.
Masak air di dapur. Bolehlah nanti buat bancuhan air panas untuk hangatkan tubuh.
Dalam mesej kumpulan (sekitar pukul 7:52 malam), mutawif maklumkan tuala sudah dihantar ke bilik masing-masing!
Di mana tuala itu?
Tidak ada!
Tidak ada!
Ketika itu sudah pukul 9:57 minit malam. Teringat sebelum masuk ke bilik, kami ternampak seorang pekerja sedang membersihkan bilik di hadapan. Jadi, kami pun serbu ke bilik tersebut dan ambil dua helai tuala yang terletak di dalam troli. Tercengang-cengang jugalah pekerja tadi sebab tak faham bahasa kami! Tapi kemudian dijawabnya: No problem! No problem!
Selesai satu masalah!
Bolehlah mandi dengan selesa.
Sebelum tidur, sempat baca mesej dalam WhatsAap Group. Nampaknya masih banyak lagi yang sedang menanti tuala! Aduhai.... nak buat macamana? Sabar sajalah sambil menunggu tuala berjalan masuk ke bilik masing-masing!
Sebelum tidur, teguk tiga kali air zamzam, penghulu segala air di dunia dalam botol mineral yang dibawa dari masjid.
اللهم إني أسألك علماً نافعاً، ورزقاً واسعاً، وشفاءً من كل داء
Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit.
Lama betul nak dapatkan tuala ye kak amie..ye setuju dulu air zam zam memang rasa payau..skrg dah macam.air mineral biasa tapi masih terdapat bezanya
BalasPadamread!
BalasPadamsuka baca kisah umrah :)
Alhamdulillah puas beribadah n minum air zam2
BalasPadamair zam zam memang rasa payau...unik sangat rasanya
BalasPadamAlhamdulillah dapat minum air zam2 sepuasnya.
BalasPadamOo..patutlah dulu2 minum rasa payau, sekarang rasa macam air biasa. Dah disuling rupanya.
BalasPadamteringat zaman budak2 dulu asal ada yang balik dari umrah/haji mak ajak pergi melawat dapat la minum air zam-zam dalam cawan kecil..
BalasPadamseronoknya kalau ke sana kan kak, hari2 boleh minum air zamzam, kiranya penduduk kat sana memang sentiasa ada bekalan air zamzam la ye.
BalasPadambestnya, lagi best bila takyah pakai mask kat sana
BalasPadamMasyaa Allah..
BalasPadamSaya selalu melayari youtube untuk melihat telaga zamzam dan ralit melihat mata air mengalir dicelahan batu batan tanpa henti tetapi tidak pula banjir..
Maha agong kuasa Allah
Membaca catatan cikgu umpama mendengar tourguide meyampaikan info..seperti ada bersama di situ
BalasPadam