Pages

Selasa, 22 September 2020

Yit Foh Coffee Cottage Tenom

Tepat pukul 5 petang kami tiba di pintu pagar Yit Foh Coffee Park. Tempat ini letaknya di KM3, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, Tenom.

Istimewanya tempat penginapan ini disediakan oleh Kilang Kopi Yit Foh untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.


Kami telah menempah bilik penginapan 3 bintang ini lebih awal, dan nampaknya Amie kurang bernasib baik kerana tidak dapat menyewa bilik yang mempunyai dua katil sebab bilangannya terhad. Hanya Kam bersama ahli keluarganya yang bertuah dapat bermalam di bilik dua katil, manakala kami yang lain menginap di cottage berkatil saiz king. Syukurlah ahli kumpulan kami semuanya dapat menginap di sini. Jumlah cottage yang ada pun sebenarnya tidaklah banyak.

Setiap cottage diberi nama mengikut jenis kopi seperti Cappuccino, Kopi Susu, Americano, Long Black, Cafe Au Lait, Espresso dan sebagainya.


Kami mendapat cottage yang pertama.

Jom masuk ikut pintu pagar yang kecil comel ini.

Di halaman cottage terdapat pelbagai jenis tanaman termasuk beberapa jenis pokok kopi.

Ini dia cottage kami, yang akan kami huni selama satu malam. Kami dapat Espresso! Wah! Bahasa Itali rupanya.

Firdaus tak sabar nak masuk bilik.

Beginilah pemandangan di dalam bilik kami.


Tak sabar nak bersihkan diri sebenarnya!



Kami juga dibekalkan dengan serbuk minuman kopi dari Kilang Kopi Yit Foh..


Jom santai-santai ambil angin petang di beranda sambil menikmati secawan kopi.


Lepas minum, Firdaus mandi, bersihkan badan dan tukar pakaian.

Bersedia untuk makan malam.


Sebanyak 6 buah cottage berderet di sini, kami punya.... ahaks! Kecuali Kam bersama familynya di Cappuccino Hut.

Kami makan malam di Kafe Robusta.
Ada menu Asia dan Western di sini.

Pemandangan di sebelah Kafe Robusta di kala senja (atas) dan malam (bawah).


Lepas makan, kami segera kembali ke cottage masing-masing.

Letih seharian dalam perjalanan dari Keningau ke Tenom, terus ke Kemabong membuatkan kami ingin segera merebahkan diri di katil masing-masing!

Walaupun sebelah petangnya minum kopi pekat, tapi disebabkan kepenatan letak kepala di bantal, terus terlelap sehingga pagi.


Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

5 ulasan:

  1. Memang cepat habis booking bilik dia Lebih-lebih lagi musim cuti. Belum kesempatan masuk lalu depan sahaja hehehe... Boleh tengok di sini.

    BalasPadam
  2. Assalam Amie,cantik tempat ni.Si kecil comel tu dah pakai spek ye..

    BalasPadam
  3. bestnya kak, cantik betul cottage yang disediakan... walaupun comel tapi selesa... tengok bahagian luarnya pun macam suasana di kampung, mesti cantik bergambar... bangun pagi bau rumput basah bestnya...

    BalasPadam
  4. wah..amie stay cottage kat Yit Foh..memang cantik sangat. Saya cuma bergambar2 di depannya je :D

    BalasPadam
  5. Sukanya tengok cottage comel comel di Sabah. Macam oversea dah nampaknya. Tenang betul suasana kat sini kan.

    BalasPadam