Teruja untuk segera tiba di Marais Centre yang letaknya 39 kilometer dari Pekan Tenom. Dengar ceritanya Marais Centre sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara yang gemarkan aktiviti pengembaraan dengan berbasikal mengelilingi kampung. Melalui aktiviti ini kita akan dapat melihat dan memahami lebih dekat budaya kaum Murut. Pemandangan sawah padi nan luas terbentang dan lebih cantik jika dilihat dari bukit memang menambah rasa tidak sabar untuk cepat-cepat sampai ke Marais Centre ini!
Perjalanan dari Pekan Tenom diteruskan dengan melalui jambatan, selekoh dan pemandangan kiri kanan jalan yang menghijau. Cuaca pula sedang eloknya, walau pun agak panas.
Dari pekan kecil Kemabong, perjalanan perlu diteruskan sejauh 17 kilometer lagi untuk sampai ke Kampung Kuala Tomani, letaknya Marais Centre itu.
Sekarang kami sudah menghampiri simpang menuju ke Kampung Kuala Tomani.
Kami memasuki perkampungan yang dipenuhi tanaman menghijau seperti pokok getah dan pokok pisang. Namun sayang sekali, ketibaan kami disambut dengan 'tutup' kawasan beraktiviti seperti yang dibayangkan sebelum ini. Menurut ketua kampung, walaupun industri pelancongan domestik sudah dibuka semula, namun 'tidak' di Marais Centre ini. Kami akur!
Walaupun tidak dapat beraktiviti di sini, tetapi kami dapat info tambahan daripada ketua kampung yang sangat peramah.
- Aktiviti berbasikal sambil menikmati pemandangan bukit-bukau, gunung,sawah padi, sungai, laut dan hutan.
- Bengkel menoreh getah.
- Menanam dan menuai padi.
- Bengkel kraftangan.
- Bengkel membuat jala.
- Bengkel memasak makanan tradisional.
- Persembahan kebudayaan kaum Murut.
Kami sempat mengintai kawasan tanaman padi sawah. Menurut ketua kampung, tahun ini tanaman padi kurang menjadi! Penyakit tanaman telah menyerang! Aduhai.... sedihnya!
Ini sebahagian tanaman padi yang sudah diketam.
Semoga masalah ini dapat segera diatasi.
Sebelum meninggalkan tempat ini, kami diberi peluang melihat kawasan sekitar.
Nampaknya air sungai pun sangat cetek.
Sebelum sampai ke sini, di pintu masuk kampung ini, kami sempat melihat aliran sungai berair jernih dan cantik!
Moga ada kesempatan untuk berkunjung dan beraktiviti di sini.
Rezeki kami kali ini hanya dapat menyaksikan panorama sawah padi yang gersang, dan air sungai yang mengalir lesu.
Ketika kenderaan hendak meninggalkan kampung ini, mata tertumpu ke sebelah kanan jalan melihat beberapa orang kampung sedang mengait buah rambutan. Kami pun berhentikan kenderaan di tepi jalan. Kami tanya, kalau-kalau boleh beli rambutan. Menurut mereka, sebenarnya itu bukan pokok rambutan mereka. Mereka hanya memajak sahaja, dan buah rambutan yang dipetik akan dihantar ke Tawau.
Akhirnya kami dapat beli juga rambutan yang baru dikait. Masing-masing memborong berkilo-kilo rambutan. Kami sendiri borong 5 kilogram.... ahaks! Apa tidaknya, harga yang ditawarkan hanya RM3.50 sen sekilogram. Murah sangat berbanding harga di Lahad Datu. Paling murah pun RM10. Minggu lepas kami ke pasar tani, dan singgah di tepi jalan di gerai durian dan rambutan. Menggeleng kepala kami! Harga rambutan RM15.00 1 kilogram. Terpandang petai, nak beli juga. Bila tanya harganya RM25.00 sekilogram. Terus geleng kepala lagi!
Sudah beli rambutan segar, mari kita teruskan perjalanan.
Berhampiran pintu keluar kampung, ada sebuah masjid. Masjid Nurul Huda Kuala Tomani, Tenom. Boleh solat di sini.
Dalam perjalanan pulang, terbayang-bayang makanan tradisional masyarakat Murut di sini. Jamu mata dengan gambar di bawah ini sahajalah.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
sayangnya ye kak, dah datang jauh-jauh tapi banyak aktiviti tak dapat dilakukan...
BalasPadamhamboi sampai 5kg sekali memborong... tapi mahalnya kalau di LD sampai rm15 kak oi, kalau petai sekilo rm25 , 5 papan dah berapa rm ye kak?
best betul lah akak ke daerah lain-lain, macam kami di semenanjung ke negeri lain-lain...
Cantik dan segarnya pemandangan di kuala tomani. Jadi pengen jalan jalan ke Malaysia.
BalasPadamDi kampung saya, sungai sungai juga mulai cethek akibat kemarau. Tapi Alhamdulillah padi masih bisa dipanen.
Kalau rambutan belum musim di kampung saya kak. Pasti membuat hati gembira. Bisa beli rambutan segar dengan harga cukup murah
Suka tgk pemandagan.. cantik menghijau..teringat suasana kampung..
BalasPadambestnya nampak hijau jerr,, jauh perjalanan luas pemandangan kan
BalasPadamSaya hairan juga harga buah-buahan terbalik di Semenanjung dan Sabah. Kalau RM3.50 sekilo di Sabah rambutan kira murah la. Dekat Semenanjung boleh dapat sampai RM2 sekilo bila banyak musim rambutan. Kalau durian pun bagi saya di Sabah mahal banding musim durian di Semenanjung. Tapi terbalik langsat/duku harga mahal di Semenanjung berbanding Sabah.
BalasPadamBersih dan mendamaikan betul suasana kampung ni. Jauh dari bandar. Sekarang banyak aktiviti tergendala. Tak pe kak amie, next time ada rezeki boleh datang lagi dan boleh buat aktiviti yang ada :)
BalasPadam