Pages

Rabu, 23 September 2020

Asia & Western Food di Kafe Robusta

Jom makan di Kafe Robusta. Robusta ialah terjemahan kopi robusta dalam bahasa Inggeris (coffea canephora) , iaitu sejenis kopi yang berasal dari Afrika sub - Sahara tengah dan barat. Pokok kopi robusta banyak di tanam di ladang kopi Tenom

Tak perlu tunggu hingga malam untuk dinner. Selepas daftar masuk cottage, kami bergegas menuju ke Kafe Robusta untuk isi perut. Cepat makan, cepatlah boleh berehat.

Rupanya kawan-kawan yang lain sudah berada di Kafe Robusta.

Kami memilih untuk duduk di meja bahagian luar kafe.

Harga makanan yang ditawarkan adalah harga mampu bayar. Sesiapa yang berhasrat untuk singgah makan di sini, bolehlah buat bajet. Kafe ini mula dibuka pada pukul 10 pagi. Layanannya sangat bagus dan cepat. Tempatnya pun bersih dan selesa.

Di bahagian luar kafe,nampak lebih lapang dan santai.

Antara minuman yang sampai di meja kami : Durian Juice (RM12.90). Carrot Juice (RM6.90), dan ABC Special (RM7.90). Durian Juice yang di belakang sekali tu sangat sedap! Habis Amie sedut seorang!

ABC Special ini Firdaus punya.

Ini Kopi Musang King - Cold (RM5.00), dan di belakangnya Brown Rice Green Tea (RM3.50).

Kopi Musang King ini boleh dipesan sama ada panas atau sejuk. Yang panas berharga RM3.00 dan yang sejuk RM5.00. Oleh sebab rasanya sedap, keesokan paginya sebelum meninggalkan tempat ini, kami borong kopi ini dulu.

Nasi Lemon Chicken ini Encik Suami punya.

Set Nasi Ayam Lemon ini berharga RM9.80.

Fish & Chips Tartar Sauce, pilihan Firdaus. (RM21.00)

Firdaus dengan Fish & Chips dan APC Specialnya.

Encik Suami tanya : Habiskah Daus makan semuanya ni?
Jawab Daus : Boleh habis.
Tengahari tadi Firdaus tak mahu order makanankan?
Minta suap nasi pattaya beberapa sudu dari pinggan Encik Suami.
Sekarang baru rasa lapar!

Memang Firdaus habiskan Fish & Chipsnya tu!

Fairuz memang takakan lepaskan peluang untuk makan lamb! Puaslah dia makan Lamb Chop - Grill Black Pepper. (RM 26..00)

Terakhir tiba di meja, Amie punya pesanan, Garlic Chicken Wing & Fries. (RM16.80)

Jemput.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

4 ulasan:

  1. meleleh ailio tengok ABC special tu...lamb chop nmpk sedap..kuah banyak..
    yg lain2 pun nmpk sedap..big portion..

    BalasPadam
  2. memang cantik lah kak tempatnya tu... duduk di luar sambil layan persekitaran yang cantik...
    semua makanan yang di order mengiurkan betul, portion nya besar lak tu...
    boleh tahan yek boleh habis fish n chip tu, banyak tuh kak oi.. memang lapar betul tuh

    BalasPadam
  3. Tempat memang cantik, tambah dengan makanan menarik..memang layan!

    BalasPadam
  4. Menarik betul hidangan minuman tu. kopi musang king. Suasana memang nampak santai dan best. Okay lah kan sambil menikmati makanan boleh layan view yang cantik

    BalasPadam