Destinasi kami pada petang Khamis 20 Ogos 2020 selepas melawat Tugu Peringatan Mat Salleh ialah The Stone Garden Tambunan yang terletak di Kampung Tabilung Baru. The Stone Garden Tambunan ini didirikan selepas dua hari kejadian gempa bumi yang melanda Sabah ( Jumaat: 5 Jun 2015 jam 7:15 am). Susunan batu-batu ini dikatakan sebagai amaran sekiranya berlaku lagi gegaran susulan selepas itu. Pada mulanya hanya terdapat dua susunan batu sahaja, tetapi kini terdapat lebih 100 dengan struktur batu tertinggi iaitu 1.9 meter. Susunan batu ini didirikan tanpa menggunakan sebarang peralatan moden seperti bahan pelekat seperti gam atau simen.
Untuk tiba di The Stone Garden Tambunan, kami melintasi jambatan berair yang sedang mengalir ke sungai!
Pada mulanya Encik Suami tidak mahu menyeberangi jambatan ini kerana bimbang sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku! Aliran air pun agak deras juga!
Di sebelah kanan pula, ada sebuah jambatan gantung!
Barangkali kena menyeberang gunakan jambatan itu!
Setelah pemandu van (di dalamnya gang kami) memeriksa kedalaman air, dan rasa tidak membahayakan, maka menyeberanglah van dengan selamatnya! Di akhir cerita, barulah kami tahu memang jambatan itu begitu keadaannya setelah melihat penduduk kampung melintasinya dengan menaiki motosikal dan juga kereta!
Berdasarkan papan tanda di atas, ada:
- Jr & Les Riverside Cottage
- Stone Garden
- Swimming Pool
- Riverside View
- Homestay
- Fish Pond
- Hall
- Dodong's Hut
Oleh kerana tujuan kami hanya ingin melawat The Stone Garden Tambunan, jadi tidaklah ambil masa yang panjang untuk berada di sini.
Santai seketika di tepi sungai.
Memang terasa sungguh nyaman menikmati tiupan angin petang, ditambah pula dengan suhu sejuk-sejuk manja di tepi sungai sambil mendengar deruan air yang mengalir!
Sesekali menoleh ke arah timbunan batuan, terlihat kegembiraan Firdaus bersama Firah dan Afifah!
Dah dipesan tu oleh owner: Take nothing but pictures, leave nothing but footprints!
Nampak comel jew batu bercat putih dengan lakaran senyuman, tapi tak lawan kecomelan makcik dan pakcik yang berposing di depannya tu.... ahaks!
Abadikan kegembiraan Firdaus bersama teman-temannya, melawat sambil belajar tentang alam.
Sekian.
Cerita ringkas di Jr & Les Riverside Cottage Tambunan melihat susunan batu-batu sungai yang didirikan sempena memperingati gempa pada 5 Jun 2015 yang lalu.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
wah firdaus awek sampai dua. Suka ada geng
BalasPadamMenariknya! Dah lama tak teroka tempat macam ni dengan family
BalasPadamUnik tempat ni dengan batu terusun elok jadi tower. Jambatan tu kalau jalan kaki seronok main air.
BalasPadam