Orang kata tak lengkap lawatan ke Tambunan kalau tak sampai ke Sinurambi Viewing Point. Petang itu kami bergerak bersama dari The Stone Garden Tambunan, tetapi selepas papan tanda Hutan Simpan Trus Madi kami terpisah! Van yang membawa kawan-kawan yang lain hilang dari pandangan. Di belakang kami, kereta Kam sekeluarga. Kami berhenti di simpang jalan yang ada papan tanda menunjukkan arah Sinurambi Tambunan Viewing Point. Tidak ada capaian internet di kawasan ini. Kam meneruskan perjalanan, tetapi Encik Suami kata lebih baik patah balik dan teruskan perjalanan ke Keningau. Kata Encik Suami lagi, kenderaan yang kami naiki kurang sesuai untuk melalui jalan ke menara Sinurambi.
Dalam bahasa Dusun, sinurambi membawa maksud amat mempesonakan. Dicadangkan agar datang ke seni pada awal pagi atau waktu senja untuk melihat panorama indah daerah Tambunan dari menara.
Kalau ingin melihat menara Sinurambi, bolehlah jumpa Pak Google ye... ahaks!
Kami tiba lebih awal ke Keningau. Jarak Tambunan ke Keningau ialah sejauh 49 km. Encik Suami pun seronok sangat memandu melalui di jalan raya terpanjang di Malaysia sejauh 19 km dari Apin-Apin hingga ke Keningau!
Apabila melalui kawasan perkampungan, memang tak lepaskan peluang rakam gambar sawah padi.
Suasana menjelang senja di sekitar Apin-Apin.
Naik bukit, turun bukit, jalan lurus dan selekoh kami lalui dengan hati riang sebab pemandangan hijau sawah padi sepanjang jalan memukau mata!
Setibanya di Keningau, kami terus daftar hotel. Ini merupakan kali ketiga Amie jejak Keningau. Kali pertama pada tahun 2005 ketika berkunjung ke rumah panjang di Kampung Silungai rakan sekerja Amie, Rosneh di Pensiangan. Kali kedua pula pada tahun 2009 ketika menghantar Agnes (rakan semasa belajar di UM) bersama anak-anaknya di Tambunan. Agnes bersama dua anak perempuannya, Amy dan Fay berkunjung ziarah ke rumah kami di Lahad Datu pada hari raya Aidil Fitri. Mereka menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Oleh kerana kami berhasrat untuk ke Kota Kinabalu, jadi kami bawa sekali Agnes bersama anak-anaknya menggunakan jalan darat dan menghantar mereka sehingga ke Tambunan. Sempat singgah di rumah Siti Nor Zaharah (rakan sekerja di Lahad Datu) di Keningau untuk berhari raya.
Kami menempah family room di Sento Hotel dan sangat berpuas hati sepanjang menginap 2 malam di hotel ini.
Malam itu semuanya tidur lena!
Firdaus pula, letak kepala di atas bantal terus tertidur.
Di waktu pagi, baru sempat rakam gambar bangunan Sento Hotel.
Sebaris dengan Sento Hotel, dan di hadapannya terdapa beberapa buah restoran halal. Jadi tidak ada masalah untuk mencari alas perut di sini.
Malam itu kami menikmati makan malam di Rockfire Cafe.
Jom ke sana.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
Perjalanan ke hotel menarik dengan view kampung. Hotel pun nampak luas, bersih dan selesa.
BalasPadam