Keningau : bandar kelima terbesar di Sabah. Mendapat nama dari perkampungan yang ditumbuhi pokok kayu manis yang dipanggil kayu kondingau. Kedatangan Inggeris ke daerah ini menjadikan kayu manis sebagai satu bahan eksport utama. Itulah Keningau, sebuah kampung yang akhirnya menjadi bandar! Jom melawat Muzium Warisan Keningau di Taman Mahathir. Mudah sangat untuk sampai ke sana sebab hanya dengan sentuhan di hujung jari, dapatlah lokasi yang hendak dituju. Marilah tambah-tambah ilmu pengetahuan di sini. Banyak khazanah warisan menarik di Keningau yang sinonim dengan penduduknya yang terdiri daripada masyarakat Kadazan - Dusun dan Murut.
Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.”
Pages
▼
Sabtu, 5 September 2020
Tambah Ilmu Melawat Muzium Warisan Keningau
Berpusing-pusinglah kami mengikut belakang van untuk sampai ke Muzium Warisan Keningau mengelilingi Taman Mahathir! Suasananya nampak tenang dengan pelbagai jenis pohon tumbuh rimbun di sepanjang jalan.
Mari tinggalkan jejak di sini dengan mencatat nama dan tanda tangan.
Kami memasuki ruang Pameran Legasi Foto Keningau.
Saudin dikatakan orang pertama dari suku Murut menjejak kaki buat kali pertamanya ke New York. Kisah hidupnya diceritakan dalam buku Land Below The Wind yang ditulis oleh Agnes Newton Keith. Amie beli buku ini sewaktu melawat ke Muzium Negeri Sabah beberapa tahun lalu tetapi tak habis baca! Rupanya kisah Saudin ada tercatat di dalamnya!
Dalam senarai lawatan kami, ada tercatat lawatan ke rumah OKK Sedomon. Sayangnya rumah OKK Sedomon sudah ditutup! Nak tahu juga sejarah dan sumbangan OKK Sedomon semasa hayatnya. Nampaknya kenalah rajin-rajin bertanya Pak Google nanti.
Tajau atau tempayan memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun dan juga Murut. Menurut Rosneh (rakan Amie dari Pensiangan), selain sebagai barang hantaran dalam perkahwinan, tajau digunakan untuk menyimpan mayat yang dipanggil bangkalan. Perubahan zaman, sedikit-demi sedikit adat bangkalan ini semakin pupus.
Jom kita saksikan gambar sumpitan gergasi.
Secara tradisinya, sumpitan digunakan untuk memburu dan berperang.
Mari kita tambah ilmu pengetahuan yang terpapar di ruang galeri ini
Gambar di atas menunjukkan Osa dan Martin Johnson di atas kapal mereka dalam perjalanan balik ke Amerika setelah hampir setahun melakukan ekspedisi di Kinabatangan (1935-1936).
Ini pula, Saudin yang menjaga haiwan untuk Johnsons dan Osa Johnson dalam perjalanan ke New York pada tahun 1936.
Martin dan Osa Johnson, penjelajah dan pengembara yang telah membuat dua ekspedisi di Kinabatangan pada tahun 1920 dan 1935.
Gambar di atas menunjukkan orang Murut pertama menjejakkan kaki ke New York.
Gambar paling hujung: Arusap bersama isteri dan anak (1951).
Selepas melawat Pameran Legasi Foto Keningau, kami sambung belajar di sini pula.
The Oath Stone (Batu Sumpah).
Batu Sumpah ini dibina bagi memperingati tempoh Jajahan Mahkota British di Borneo Utara bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
Memandangkan jam sudah menunjukkan angka 10 pagi, Amie terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang naik ke tingkat atas muzium. Kami berpisah buat seketika kerana ada urusan lain di Tambunan dan berjumpa semula pada keesokan pagi.
Dari bandar Keningau, kami berpatah balik sejauh 49 km ke Tambunan.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
seronok melawat muzium tambah info2 kan yg kita tak tahu
BalasPadamSarat dgn ilmu & sejarah tempatan...glamer Saudin..
BalasPadamLama tak pergi Keningau, bikin rindu la.
BalasPadamSesekali ke Muzium pun seronok juga tambah ilmu sejarah kan :)
BalasPadam