Pages

Sabtu, 5 September 2020

Ziarah Kematian Bapa Agnes di Tambunan

Kenapa tiba-tiba memisahkan diri dari menyertai lawatan di sekitar Keningau? Kami menziarahi rakan baik Amie di Tambunan, kerana kematian bapanya.

Agnes Edward Ujin, keturunan Kadazan-Dusun ialah rakan baik Amie sepanjang pengajian selama 4 tahun di UM. Menyedari Agnes (Amie panggil Anis) semakin menyepi di media sosial, Amie pun cuba  menghubunginya pada awal Januari 2020. Antara mesej Amie pada 5 Januari 2020 berbunyi begini: 

Hi Anis. Lama tidak dengar berita kamu. Apa yang terjadi? Macam ada sesuatu yang berlaku. Boleh saya tahu?

20 Mei 2020, barulah Anis balas mesej yang Amie hanya dapat buka dan baca pada 9 Ogos 2020.

Sorry ah.... baru aktif balik FB (disertai dengan emoji tangis). My hubby meninggal pada 15/12/2019 sebab kanser perut.

So sorry Anis. Moga Anis terus tabah menempuh ujian hidup ini. Sayang selalu dariku.

Tq atas kasih sayangmu. Sorry lama tiada khabar. Jumaat malam bapa saya kena serangan jantung. Sekarang di Hospital Keningau, tapi tak boleh dekat. Cuma mampu tengok dari jauh. Tiap malam kami bergilir-gilir menjenguk hanya melihat tanpa dapat sentuh. Doakan kesembuhan bapa ya.

Barangkali kekangan masa sibuk mengurus bapanya di hospital, Anis tidak begitu rancak bersembang seperti selalu. Sehinggalah Amie sampai ke Keningau, dan pada pukul 6 pagi 21 Ogos 2020 Amie cuba mesej Anis semula.

Anis, kelmarin saya sampai Tambunan. Bermalam di Keningau. Kamu di mana? Kalau ada kesempatan mau aku jumpa sama kamu.

Hai Sal (panggilan Anis untuk Amie), saya di Tambunan. Hari ini pengkebumian bapa kami, jam 11 pagi.

Takziah Anis.

Terima kasih sahabatku. Saya rindu betul mau jumpa Sal.

Sekarang di mana?

Sini, Kampung Tanaki, Tambunan.

Amie beritahu Encik Suami tentang kematian bapa Anis. Encik Suami kata, marilah kita pergi ziarah.

Amie telefon Anis, bertanya serba sedikit tentang adat dan pantang larang kematian dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Kata Anis, tidak ada pantang larang. Boleh datang ziarah. Jangan lupa, sarapan dahulu, katanya. Pengkebumian jam 11 pagi.

Walaupun menggunakan aplikasi GPS tetapi untuk lebih meyakinkan Amie bertanya kepada pengawal di Muzium Warisan Keningau tentang Kampung Tanaki di Tambunan, sebab Amie jumpa di google, Kampung  Tanaki letaknya di Penampang! Menurut pengawal keselamatan itu, memang ada Kampung Tanaki di Tambunan dan dia pun memang berasal dari Tambunan. Katanya lagi, kampung tersebut melalui jalan ke Kem PLKN.

Akhirnya sampai juga ke rumah keluarga Anis setelah tersalah lorong. Aduhai! Terlupa SOP. Anis menerpa dan terus memeluk sebaik sahaja Amie tiba di halaman rumahnya. Sedih rasanya dengar tangisan Anis. Kakak ipar Anis menemani kami duduk di bawah khemah sementara Anis bersama ahli keluarganya menguruskan upacara kematian bapanya di dalam rumah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Anis bersama keluarganya mengiringi van yang membawa keranda mendiang bapanya ke tanah perkuburan. Kami pun pulang semula ke Keningau. Moga urusan pengkebumian mendiang bapa Anis berjalan lancar.

Deretan kenderaan sanak saudara yang berziarah ke rumah mendiang.

Sempat rakam pemandangan di sekitar rumah keluarga Anis.








Selebihnya kami bersembang dalam WhatsApp. 
Amie : Bawa-bawa berehat ya, Anis tentu letih.
Anis  : Hi Sal, saya terharu sahabat baik saya sanggup datang dari jauh... cuma terkilan tidak dapat bergambar.
Amie  : Rezeki Tuhan beri untuk bertemu pada hari ini. Moga dapat jumpa lagi.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

5 ulasan:

  1. Takziah, semoga Anis tabah..kehilangan 2 insan tersayang dlm masa 2 tahun..

    BalasPadam
  2. Rezeki menjengah sahabat disaat kesedihan..
    A friend indeed.

    BalasPadam
  3. Dia yang mengetahui dan merancang perjalanan kita.

    BalasPadam
  4. Semoga Anis cekal, kuat dan tabah menghadapi dugaan ini

    BalasPadam
  5. Takziah. Semoga keluarga tabah atas kehilangan insan tersayang.

    BalasPadam