Kami menuju ke Taman Ternakan Sebrang. Oh! Cuaca sungguh panas walaupun jam baru menunjukkan angka 9 pagi! Syukurlah, banyak yang bawa topi, bolehlah lindung kepala dari pancaran terik matahari. Taman Ternakan Sebrang (Livestock Park) Keningau ini merupakan ladang ternakan terbesar di Malaysia. Antara haiwan ternakan yang ada termasuklah rusa, itik dan burung ostrich (burung unta). Kami hanya melihat-lihat di perkarangan taman sahaja. Di situ kita dapat menyaksikan kumpulan rusa dan burung ostrich dalam kandang.
Pertama kali melihat rusa jenis bintik atau dipanggil rusa Axis.
Biasanya hanya melihat rusa jenis (gambar di atas) sahaja.
Ada satu ekor burung unta di sini. Anak-anak memang cukup teruja apabila burung besar ini datang menghampiri mereka di pagar.
Tidak lama kemudian beberapa ekor rusa datang mendekati kami.
Nampak jinak!
Rusa bintik ini pelik sedikit. Ekornya nampak keras saja.
Jom ambil gambar di replika rusa.
Replika rusa yang ditengah tu tunjuk momtot pulak!
Kami cadangkan supaya Firdaus lindunginya supaya gambar nampak manis sikit.... ahaks!
Okay kan gambar ini?
Jumpa lagi!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
kalau dapat pergi sabah
BalasPadamnak singgah sini lah
bestnya
Comel rusa bintik..
BalasPadamDiorang ada jual daging payau juga ka di sini Kak?
BalasPadamBanyak suda tempat menarik di Keningau ya.
Tak pernah lagi tengok rusa bintik. Menarik tempat ni
BalasPadam