Pages

Jumaat, 25 September 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Pekan Kundasang

Petang Ahad, 24 Ogos 2020 selepas berehat seketika di homestay, kami jalan-jalan cari makan di Pekan Kundasang. Kami singgah di Rindu Alam Cafe Thai Seafood yang terletak di sebelah kanan jalan dari arah Kota Kinabalu.

Kami basahkan tekak dengan air minuman sejuk pilihan masing-masing.
Masing-masing memesan makanan, kecuali Firdaus. Dia hanya minum sahaja.

Tak ingat apa nama mee yang Amie order ini. Rasanya sedap! Habis sepinggan masuk perut.

Ini Encik Suami punya. Macam kuey teow. Pun tak ingat kuey teow masak apa.

Fairuz pun pesan kuey teow juga. Nampak macam kosong jew kuey teow tu, tapi bila diselak, dibawahnya penuh udang dan sotong!

Selepas kami makan, tuan punya kafe beritahu kami pukul 6 petang nanti ada rombongan datang untuk makan di situ. Jadi, kafe ditutup buat sementara waktu sebab semua pekerja akan menyiapkan masakan untuk rombongan itu nanti.

Kami jalan kaki di kawasan berhampiran sambil melihat-lihat bunga di nursery. 


    

Firdaus suka sangat melihat pelbagai jenis pokok bunga. Banyaklah pertanyaan, kenapa dan mengapa!
Kena buka encyclopedia ni untuk jawab segala pertanyaannya.... ahaks!

Encik Suami ajak jalan-jalan ke homestay berhampiran. Katanya, kalau sudah tahu banyak homestay di situ, senanglah nanti kalau hendak menginap lagi di Kundasang.

   

Homestay di tepi jalan besar ini memang sangat memudahkan para penginapnya sebab tidak perlu bersesak di jalan raya dan memandu di kawasan tinggi.

Ini antara homestay yang kami lawati, Puncak Homestay dan Kampungstay Kundasang. Kemudian kami singgah di sebuah gerai berhampiran nursery. Tak ingat gerai apa nama dia.

Ada sayap ayam panggang.


Ada tongkeng ayam panggang juga.


Nampaknya mood Firdaus tak berapa baik petang itu. Mungkin letih.  Selera makannya pun ke laut. Bila sampai takoyaki di depannya, mahu pula dia makan.

Ada 6 biji takoyaki dalam bekas polisterin ini.

Oleh kerana Firdaus suka makan takoyaki, jadi kami pesan lagi sebungkus. 

Nampaknya Firdaus berselera makan takoyaki dan segelas minuman Milo.
Matanya pun dah layu dan nampak mengantuk!

Sekian cerita jalan-jalan cari makan di Pekan Kundasang. Catatan tertunda, sebulan yang lalu. Baru sempat dijadikan entri.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

3 ulasan:

  1. Selamat menjamu selera.
    Esok Sabahan mengundi.

    BalasPadam
  2. Geramnya tengok pokok2 tu, cantik & segar.

    Syok makan sayap & tongkeng panas2 kat tempat sejuk.

    BalasPadam
  3. hidangan mee dan kuew teow yang nampak sedap. Macam mee hailam pun ada jugak tu. Sedapnya chicken wings tu. Mungkin selera Firdaus nak makan makanan lain yang luar dari biasa. Itu yang dia selera nak makan takoyaki agaknya :)

    BalasPadam