Kami menempah Ilmie Farm Homestay untuk menginap selama satu malam. Setelah merehatkan diri dan solat, kami keluar ke pekan Kundasang untuk isi perut. Kemudian berjalan kaki melihat pemandangan sekitar Kundasang dan pulang semula ke homestay.
Pemandangan dari pintu homestay kami.
Kelihatan tanaman pelbagai jenis sayuran subur menghijau di kaki gunung.
Nun di sana, Gunung Kinabalu sekejap kelihatan, sekejap tersembunyi dilitup awan.
Setelah awan berlalu, beginilah suasananya, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dengan puncaknya yang gagah berdiri kukuh sebagai lambang kemegahan dan keindahan Negeri di Bawah Bayu.
Firdaus tidak sabar untuk jalan-jalan di sekitar homestay. Pemilik homestay memaklumkan kepada kami, tanaman sayuran di sekeliling tempat penginapan kami adalah miliknya. Kami dibenarkan melawat kebun sayurnya.
Fairuz tak sportinglah!
Dia tak mahu temankan Firdaus masuk kebun sayur.
Katanya, nak berehat. Penat!
Encik Suami pula sibuk dengan durian dan rambutannya!
Di belakang Firdaus itu, tanaman sawi yang baru ditanam. Itu menurut kata pemilik homestay. Katanya, kalau hendak melihat tanaman sayur-sayuran yang lain, bolehlah turun ke bawah bukit sedikit.
Seronok sungguhlah Firdaus sebab dapat masuk kebun orang! Laju jew dia jalan turun bukit.
Jumpa pokok tomato.
Amie tak benarkan Firdaus masuk di lorong pokok tomato.
Takut bulu-bulu yang banyak di batang pokok tomato terkena badannya. Nanti gatal pulak!
Banyaknya bulu tomato!
Sekarang Firdaus berkenalan pula dengan pokok sawi.
Ada pokok bawang juga. Asyiklah dia bertanya, kenapa bawang yang dia tanam daunnya tak besar seperti daun bawang yang ada di sini.
Dia tanya lagi, kenapa daun bawang sudah besar panjang tapi tidak dicabut jual ke pasar!
Kami hanya jalan-jalan di sekitar homestay sahaja memandangkan hari telah menjelang petang. Matahari pun sudah tidak menyinarkan cahayanya lagi.
Firdaus masih bersemangat untuk meneroka kebun sayur!
Wokey!
Lima minit lagi dik!
Dia jumpa tanaman brokoli pula.
Tiba-tiba teringat seorang kawan pernah tipu Amie. Katanya sayur kailan itu dari pokok brokoli. Daunnya nama kailan, buahnya nama brokoli. Kureng asyeeemmm betul kawan Amie tu.... ahaks!
Memang tanah di sini subur dan sesuai untuk bertanam-tanaman. Suhu yang sejuk menambahkan lagi 'nyaman'nya tumbuhan membesar. Cantik jew bunga loceng yang Firdaus pegang tu. Di belakangnya itu ada pokok leek.
Mari kita pulang dik!
Dah senja ni.
Kami pulang ke homestay mengikut jalan yang sama sewaktu kami masuk kebun sayur.
Sekali lagi singgah di kebun tomato.
Beginilah rupa buah tomato yang banyak dipasarkan di Sabah.
Buahnya berbentuk lonjong.
Sedap ni kalau dapat dua tiga biji, boleh buat sambal ijo... ahaks!
Jom balik.
Sambung berehat.
Esok pagi akan bertolak pula ke Lahad Datu.
Perjalanan sejauh 310 kilometer lagi perlu ditempuhi.
Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu kelihatan semakin suram diselubungi senja.
Selamat malam!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
Seronok ye Firdaus dapat explore kebun. Comel je dia bergambar. Banyak tanaman yang ada. Semuanya elok elok je nampak. Cantik betul belakang tu view Gunung Kinabalu.
BalasPadamSaya tengok gambar pon rasa teruja...seronok tgk sayur-sayuran segar...subur
BalasPadam