Pages

Sabtu, 26 September 2020

PRN Sabah : Saya Sudah Tunaikan Hak sebagai Pengundi dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara

Hari yang dinantikan tiba jua. Tarikh 26 September 2020, kami tunaikan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih calon pilihan. Dalam kekalutan dan kebimbangan wabak Covid-19 yang kian mengganas, sempat memperuntukkan masa menuju ke pusat buang undi. Encik Suami ikut jadual yang ditetapkan iaitu antara pukul 8-10 pagi. Amie pula pada jam 12-2 petang. Sementara menunggu Encik Suami pulang, sempat masak untuk makan tengahari. Nanti balik mengundi tidaklah kelam-kabut masuk dapur. 
Waktu Zohor di Lahad Datu dijadualkan pada pukul 11.:59 tengahari. Sempat tunaikan solat Zohor sebelum gerak ke tempat mengundi. Tak jauh pun. Amie mengundi di kampung ncik Suami. Sebelum sampai ke tempat mengundi, memang nampak meriah sungguh sepanjang jalan raya dengan gambar dan poster pelbagai parti. Suasana pilihanraya di tengah-tengah wabak Covid-19 ini mengalahkan suasana hari raya di musim PKP yang lalu.
Tak berminat nak celoteh panjang tentang PRN hari ini sebab kepala lebih banyak memikirkan keadaan kami yang sedang 'menyelamatkan diri' dalam zon merah. Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna semakin kritikal dengan pertambahan bilangan positif Covid-19 dan kemuncul pelbagai kluster dari semasa ke semasa!
Mudah-mudahan selepas PRN ini, sesuatu yang lebih baik akan dilakukan oleh pihak berkuasa demi keselamatan rakyat.

Selepas mengundi, singgah sebentar di gerai orang kampung. Beli tembikai dan nanas.

Moga kampung Encik Suami bertambah makmur!
Balik rumah, tukar pakaian dan bersihkan diri.
Masak yong tau foo ala-ala koboi, dan makan bersama anak-anak.
Terdengar azan Asar pada pukul 3:10 petang dari masjid berhampiran.
Jom solat Asar.
Kemudian belek-belek HP.
Baca mesej dalam WharsAap, keluarga dan rakan-rakan.
Masing-masing sibuk bercerita tentang jari yang baru dicelup dakwat.
Tentang keadaan diri yang masih ragu-ragu untuk keluar mengundi.
Tentang kekeliruan dalam memilih calon. Katanya nak pangkah calon itu tapi tak suka partinya. Nak pangkah parti ini tapi tak berkenan calonnya pula.
Hari ini penuh cerita-cerita itu sahaja.
Terlupa seketika tentang hidung kena cucuk!
Terlupa seketika hantu Covid-19 ada di mata-mana.
Dalam banyak-banyak gambar berkaitan PRN yang dikongsi oleh rakan-rakan dan keluarga, sekeping gambar di bawah menarik perhatian!

Power Rangers pun ikut turun mengundi!

1 ulasan:

  1. Ada tengok video power rangers ni datang mengundi. Macam macam karenah orang pergi mengundi. lega dan mengundi. Semoga semuanya baik baik disana.

    BalasPadam