Pages

Jumaat, 4 September 2020

Buffet Grill Steamboat - Rockfire Cafe Keningau

Sebagai persediaan awal, terlebih dahulu Amie meminta cadangan tempat makan di Keningau daripada Siti Nor Zaharah. Maklumlah rakan Amie ini sudah hampir 20 tahun tinggal di Keningau. Katanya tempat makan best di Keningau ialah di Rockfire Cafe. Amie pun rujuk beberapa kali di FB : Rockfire Cafe dan bercadang untuk makan di sini. Kami memilih steamboat.

20 AUGUST 2020
BUSINESS HOURS
⏰ 10.00am - 10.00pm
🍱 STEAMBOAT START 6.00pm- 10.00pm
Buffet Grill Steamboat
RM29.00 per adult
RM18.00 per child
Below 7 years free!
Terms & Condition
~ Eat as much you want but dont waste it😊
~ Bring back your leftover food & will be charge RM5 per 100g
*** Kami menyediakan pelbagai jenis makanan bahan basah untuk steamboat ( no limit ) dan FOC makanan buffet (limited) . Kami juga menyediakan FOC desert seperti buah-buahan , cake dan puding .
🏠 Location:
~ Hospital lama Keningau Sabah
📞016-5823789

Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. RM29.00 untuk dewasa.
Firdaus tidak dikenakan bayaran kerana berumur 7 tahun.

Mungkin letih, Firdaus tidak makan apa-apa kecuali buah tembikai, puding dan minum air sirap sahaja.

Kami memilih sup tom yam.




Oleh kerana setiap hari Rockfire Cafe akan paparkan setiap hidangan buffet grill steamboat, jadi Amie rujuk sahajalah di FB. Kredit untuk Rockfire Cafe Keningau!

Ini antara hidangan yang disediakan pada malam kami tiba. Memang tak cukup mata untuk memilih, dan tak muat perut untuk menampung segala jenis makanan yang ada di sini!

Amie sempat capai blackpepper crab ini.

Ambil juga beberapa ketul squid fritter.

A

                   

Minuman yang disediakan pada malam itu, air sirap.

                 

                 

Puding jagung tu sangat sedap! Amie makan dua ketul!

Pada keesokan harinya pula, Rockfire Cafe memaparkan hidangan yang berbeza dari malam yang sebelumnya. Kali ini Amie melihat ada hidangan sushi pula!

Kalau malam kami datang, ada hidangan ketam, kali ini ada udang pula!

                   

Kalau begini  cara hidangan di Rockfire Cafe, sudah tentulah pelanggan tidak akan jemu untuk kembali berkunjung menikmati hidangan yang pelbagai.

Malam seterusnya pula, sentiasa ada variasi dalam setiap hidangan!

Jadi, kalau berkunjung ke Keningau jangan lupa singgah makan di Rockfire Cafe. Selain buffet grill steamboat, restoran ini turut menyediakan hidangan ala carte.

Sempat intai hidangan malam ini di FB!

Isshhhh..... rasa nak datang semula ke Rockfire Cafe!

Terima kasih Siti Nor Zaharah kerana mencadangkan Rockfire Cafe!


Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

1 ulasan:

  1. fuhh banyak makanan sedap sedap. Sedap tu makan steamboat. Firdaus kepenatan sampai tak selera makan ye.

    BalasPadam