Kami bercadang untuk jalan-jalan ke Pasar Malam Keningau. Kalau ada durian, kira bonuslah untuk kami. Maklum sahajalah di LD pada waktu itu belum banyak durian. Oleh kerana masih kekenyangan makan di Rockfire Cafe, jadi kami tidak meneruskan hasrat makan durian. Rakan-rakan yang lain sempat membeli dan makan durian di situ! Memandangkan kami menginap selama dua malam di Keningau, jadi kami masih mempunyai masa untuk mencar durian di sini. Pasar malam ini dibuka setiap hari sehingga pukul 10 malam.
Kita tinggalkan dahulu longgokan durian yang menggamit rasa ini. Kita tinjau-tinjau dahulu suasana di pasar malam.
Sama seperti pasar malam yang lain, banyak gerai jualan makanan dan minuman.
Pelbagai jenis ikan bilis dan ikan kering.
Selain buah-buahan seperti rambutan, bambangan, banyaklah sayur-sayuran kampung turut dijual.
Ini cili padi putih. Kalau esok paginya pulang ke LD, memang Amie nak beli sebungkus besar!
Memikirkan harga buah bambangan di Kundasang jauh lebih mahal, Amie beli saja di sini.
Malam esoknya, Fairuz menemani Firdaus tidur di bilik. Memang nampak penat betul Firdaus setelah berjalan sehari suntuk melawat sekitar Keningau. Lagi pun kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke pasar. Amie dengan Encik Suami sahaja yang ke sana untuk kedua kalinya.
Kali ini kami sudah sediakan sedikit ruangan kosong di dalam perut untuk diisi durian!
Walaupun banyak pilihan durian, dan harganya pula sangat murah, namun berapa ulas sahajalah yang mampu kami telan... ahaks!
Cukuplah sekadar melepaskan keinginan! Encik Suami sempat lagi membeli durian bulat! Katanya boleh simpan dalam bonet kereta!
Macam-macam bau dalam bonet kereta!
Durian.
Bambangan.
Buah lemak manis.
Rambutan saja yang tak berbau!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
Tak pernah mkn buah bambangan..wahh..borong buah2an..
BalasPadamBestnya pergi pasar malam meriah macam ni. Banyak betul orang jual durian. Bawak masuk kete memang macam macam bau ada. hihi bertabahlah, janji semua sedap lupa dah bau bauan tu.
BalasPadam