Pagi Jumaat bersamaan 21 Ogos 2020, kami memulakan hari dengan bersarapan di Sento Hotel. Kupon sarapan hanya untuk dua orang, dan 2 orang lagi perlu dibayar dengan harga RM12 setiap seorang. Menu sarapan pagi perlu dipesan di kaunter, dan hanya ada 4 pilihan sahaja iaitu nasi lemak, mee goreng, mee goreng dan American breakfast.
Amie pilih American breakfast. Telur goreng mata kerbau, 2 keping roti, kacang panggang dan dua hirisan sosej yang terlindung di bawah roti.
Fairuz meminta set nasi lemak. Comel jew hidangannya, dilengkapi dengan telur goreng mata sebelah, hirisan timun dan sosej, sambal serta kacang tanah dan ikan bilis goreng.
Firdaus memang suka makan mee atau mee hoon goreng. Pagi ini nampak sangat berselera makan mee hoon goreng! Barangkali keletihan, dan tidur nyenyaknya malam tadi membuatkan perutnya kembali lapar! Kumpul tenaga semula ye dik, sebab kita nak jalan-jalan lagi selepas ini.
Encik Suami dengan mee gorengnya!
Bujang Fairuz kata, nasi lemak sedap tapi tak boleh tambah! Nikmat makan sedap sudah tentulah yang sedikit.... ahaks!
Jemput sarapan pagi!
Kami duduk di bahagian luar. Sambil menunggu sarapan pagi tiba di meja sempat rakam pemandangan sekitar.
Tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Keningau.
Tenang-tenang saja!
Selesai sarapan pagi, kami segera turun ke bawah dan akan bertemu ahli kumpulan untuk meneruskan perjalanan. Masing-masing menginap di tempat yang berbeza, dan rakan dalam van menginap di homestay.
Keluar dari pintu hotel, akan terlihat beberapa buah restoran, nun di hujung sekali kalau tak silap Restoran Fazierah dan gambar di bawah ini terletak di sebelah kanan bahagian hadapan hotel.
Di sebelah hotel ada 7/11 dan di sebelahnya lagi ada Best Friend Cafe. Dari petang hingga ke malam kelihatan ramai pengunjung memenuhi Best Friend Cafe ini.
Keesokan paginya, hanya Amie bersama Encik Suami bersarapan di hotel. Fairuz dan Firdaus bersarapan di luar. Kami memilih nasi lemak set comel itu!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
Seronok baca..
BalasPadama'ah..comel nasi lemaknya..
BalasPadamMemang comel hidangan nasi lemak dia. Syukurlah sedap.
BalasPadam