Pages

Rabu, 23 September 2020

Oleh-Oleh Tenom

Yit Foh Tenom Coffee merupakan salah satu pengeluar kopi terbesar dan terkenal di Sabah selain Fatt Choi Tenom Coffee. Kami bercadang untuk mengunjungi Fatt Choi Coffee Tenom selepas ini. Awal pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk daftar keluar. Oleh kerana restoran dibuka pada pukul 10 pagi, jadi kami meneruskan perjalanan ke pekan untuk bersarapan kemudian ke Fatt Choi Coffee Tenom pula. 

Replika buah kopi di pekan Tenom. Orang kata kalau datang ke Tenom tak bawa pulang kopi Tenom, memang tak lengkaplah kunjungan ke sini. Sewaktu kami tinggalkan Yit Foh Coffee Tenom, kedai tempat menjual kopi belum dibuka.

Sempat bergambar ramai di Yit Foh Coffee Tenom. Kam dan keluarganya awal pagi lagi telah meninggalkan tempat ini. Katanya hendak ke Bukit Kokol di Menggatal.









Ini Kilang Kopi Yit Foh, dan di dalamnya boleh kita beli pelbagai jenis kopi. Kami telah mengunjungi Fatt Choi Coffee Tenom, tetapi tempat tersebut tutup! Encik Suami kata, eloklah patah balik ke Yit Foh Coffee Tenom. Dia nak borong kopi. Dah berhajat nak bawakan oleh-oleh untuk keluarganya, dan juga pekerja-pekerjanya.
Jom masuk Kilang Kopi Yit Foh. Masuk kedai kopi, bukan kilang memproses kopi... ahaks!


Sementara Encik Suami memilih kopi untuk oleh-oleh, Amie pilih kopi untuk kegunaan di rumah. Antara yang dirembat termasuklah Musang King Durian White Coffee. Memang sedap sangat rasanya walaupun baru kali pertama cuba minum di Kafe Robusta. Dah beli kopi ini, nanti balik rumah bolehlah cuba bancuh dengan air panas pula.

Ambil juga White Coffee.

Semua jenis kopi di atas ada dijual di Lahad Datu, tapi saja jew nak beli dari kilangnya.

Oat Cereal ini memang sedap! Sedap disebabkan ada aroma kopi!

Walaupun pengeluar kopi, tapi ada pula terselit teh tarik!

Sesiapa yang berkesempatan datang ke sini, jangan lupa beli Musang King Durian White Coffee! Sedap diminum panas atau sejuk.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

6 ulasan:

  1. Teringat kenangan saya ke sana tahun lepas 😀

    Saya cuma ke Yit Foh, Fatt Choi tak pergi sebab takmo tambah kos sewa teksi.

    Masa ke sana tak perasan pulak ada musang king coffee tu. Macam mana rasanya ya..

    BalasPadam
  2. Macam manalah rasa kopi durian MK tu ek

    BalasPadam
  3. ada pelbagai jenis kopi ya. Ros memang suka minum kopi. kalau dapat ke sana, rambang matalah memilih kopi...

    BalasPadam
  4. wahh..mcm2 ada..kopi, teh & cereal...

    BalasPadam
  5. First time tengok yg ada geng white coffee dengan musang King.

    BalasPadam
  6. Kalau datang ke Tenom nak try lah Kopi Tenom ni. Penggemar kopi should try :)

    BalasPadam