Pages

Jumaat, 28 Ogos 2020

Tambunan : The Switzerland of the East - Melawat Tugu Tambunan

Tambunan, satu daerah di pedalaman Sabah yang pastinya memukau pandangan dengan suasana hamparan menghijau termasuk sawah padi nan luas terbentang serta keindahan alam semulajadinya yang masih belum tercemar! Tidak cukup rasanya sekadar singgah sebentar tanpa menikmati sepenuhnya muka buminya yang dipenuhi flora, sungai-sungainya yang berair jernih, air terjunnya yang dingin dan kemakmuran hidup masyarakat Dusun di lembah yang indah ini.

Jadi, jolokan Tambunan sebagai Switzerland of the East memang tidak dapat disangkal lagi. Bayangkan keindahan Switzerland, begitulah gambaran Tambunan! Sebelum kita meneroka lebih jauh, baiklah kita berkenalan terlebih dahulu dengan asal-usul kewujudan daerah ini.



Daerah Tambunan mendapat nama dari gabungan dua tempat yang didiami etnik Dusun Tambunan yang dinamakan Gombunan dan Tamadon. Boleh rujuk di sini: The Switzerland of the East - Tambunan, Sabah, Borneo

Ada tajau besar di belakang replika. 

Tajau mempunyai fungsi dan kisahnya yang tersendiri dalam masyarakat Dusun. Nak cerita tentang tajau memang panjang lebarlah! Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah tanya Pak Google.


Gambar atas menjelaskan : TAM diambil dari perkataan TAMADON, dan BUNAN dari GOMBUNAN. Maka lahirlah dengan sah nama TAMBUNAN!


Di hadapan pahlawan Tambunan ini, terletaknya Batu Perpaduan Tambunan dengan bintang 7 penjuru melambangkan 7 mukim Tambunan  serta mencerminkan penduduk Tambunan dahulukala dalam 7 potongan padi untuk BAMBARAYON atau semangat padi. Penduduk di sini juga mempercayai "KINOROHINGAN' telah membentuk bumi dalam masa 7 hari. Demikianlah serba sedikit tentang kisah perjuangan lebih kurang 500 tahun dahulu dalam mempertahankan keselamatan kawasan mereka yang dipelopori dua orang pahlawan iaitu Gombunan dan Tamadon.


                     
Kalau kami tidak berkunjung ke sini, memang kami tidak tahu kewujudahan Tugu Tambunan ini.

Anak-anak Sabah kelahiran generasi baru patut tahu tentang sejarah negeri kelahiran mereka. Ada juga manfaatnya Firdaus dan Firah datang melawat ke tempat ini bersama kami. 

Selepas melawat Tugu Tambunan, kami terus bergerak ke Tugu Peringatan Mat Salleh pula. Kisah perjuangan Mat Salleh tercatat dalam sejarah negara. Jadi, namanya bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat di negara kita.

Nampaknya catatan jalan-jalan ke pedalaman Sabah terpaksa dihentikan di sini dahulu. Tuan tanah akan merayap ke beberapa buah pulau di Semporna mulai esok sehingga hari Isnin. Kena tidur awal, sebab pukul 5 pagi kami akan bertolak ke daerah itu! Jumpa lagi.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

3 ulasan:

  1. seronoknya..melawat tugu tambunan..shida blm pernah jejak lg :)

    BalasPadam
  2. Okay boleh letak dalam list sesiap kalau bercuti ke Sabah nanti.

    BalasPadam
  3. Saya pun tak tahu ada tugu tersebut. Kekadang kalau tersasul bilang tajau dengan saudara orang Semenanjung blur mereka hehehe...
    Tajau penting ni nak buat tapai sedap.

    BalasPadam