Kedatangan kami di pintu masuk Pekan Tambunan disambut dengan replika sompoton, iaitu sejenis alat muzik tradisional masyarakat Dusun dan Kadazan yang diperbuat daripada bilah-bilah buluh sejenis sumbiling.
Kami terus menuju ke D'Putera Cafe, tempat makan tengahari yang dicadangkan dalam perbincangan sebelum ini.
Maka, di sini kami bertemu setelah terpisah mengikut kenderaan masing-masing dari Lahad Datu. Cafe ini terletak di tepi sungai, berhadapan dengan Alliance Bank Tambunan dan bersebelahan dengan pentas terbuka 3T.
Selamat bertemu kembali Yati, dan adik Lin.
Nanti kita berkonvoi lagi keliling Sabah!
Oleh kerana kami sudah makan tengahari di Ranau, jadi sampai di sini hanya memesan minuman sahaja. Nampak menarik pula hidangan nasi goreng yang Lin pesan.
Nampaknya hidangan nasi lauk ikan bolu goreng ada di mana-mana! Cuma cara gorengan itu sahaja yang agak berbeza! Ada yang garing. Ada yang salut tepung. Ada yang nampak biasa sahaja seperti dalam gambar di atas.
Dar bersama si comel Firah, Jus dan Nano.
Selamat menjamu selera dengan hidangan yang dipesan.
Gee dan Lis, jumpa lagi kita di sini setelah travel ke Bangkok awal tahun yang lalu.
Kam dan family. Selalunya kita sama-sama solo ketika travel, tapi kali ini kita bawa anggota tentera masing-masing walaupun ada yang tertinggal... ahaks!
Pesan minuman sejuk untuk hilangkan dahaga.
Budak ini paling seronok dapat ikut jalan-jalan!
Kata Encik Suami, dari jauh datang ke Tambunan jangan lepaskan peluang cuba masakan orang Tambunan! Walaupun perut sudah diisi di Ranau, tapi tambah lagi ruang yang ada dengan menu mee hoon goreng Tambunan pulak!
Selepas itu, kami ke Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat jamak.
Sebenarnya kumpulan kami belum cukup jumlahnya. Ada sebuah keluarga lagi yang terpaksa ditinggalkan kerana masalah kenderaan. Tapi. akan menyusul kemudian mengejar kami.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
Teringin nak rasa nasi ikan bolu tu :)
BalasPadambest konvoi ramai-ramai gini ye kak, lagi meriah semua bawak family
BalasPadamramai ahli konvoi...
BalasPadamWah...sambung berjalan-jalan lagi ya Amie? Seronok dapat melihat-lihat tempat orang.
BalasPadamAkak mesti pesan ikan bolu. Kita pulak terliur tengok. Rasanya lagi sedap yang digoreng garing atau salut tepung. Yang goreng biasa ni kurang sikit kot.
BalasPadamWah ramai konvo Jalan jalan Tambunan.
BalasPadam