Pages

Rabu, 26 Ogos 2020

Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom : Singgah Makan Tengah Hari di Ranau

Jumpa lagi.
Agak lama tidak bersiaran di ruangan maya.
Malam ini timbul kembali setelah tenggelam beberapa hari.....hiks!
Jom ikut kami jalan-jalan merentas daerah di Sabah.
Perjalanan bermula seawal pukul 6 pagi pada hari Khamis, 20 Ogos 2020 dari Lahad Datu, merentas jalan hingga ke Telupid dan berhenti di Ranau untuk isi minyak dan isi perut. Oleh kerana kami menaiki kenderaan masing-masing bersama keluarga, jadi ada kalanya kami berhenti di tempat yang berbeza untuk tujuan tertentu. 

Sepanjang perjalanan dari Lahad Datu sehingga ke simpang Sandakan, pemandangan kiri dan kanan dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Melintasi daerah Telupid hingga ke Ranau, mata disajikan dengan pemandangan hutan di kiri dan kanan jalan.

Naik bukit, turun bukit, melalui banyak selekoh, itulah jalan penuh liku yang perlu ditempuh untuk menuju destinasi. Jarak antara Lahad Datu ke Pekan Telupid ialah sejauh 199 km. Kami meneruskan perjalanan ke Ranau, manakala kawan-kawan yang lain berhenti di Telupid untuk qada' hajat dan juga bersarapan.

Jarak dari Telupid ke Pekan Ranau pula ialah sejauh 97 km. 

Apa yang menarik perhatian Amie ialah, di setiap selekoh jalan seolah-olah ada dunia yang berbeza dari jalan yang sedang dilalui!


Ia umpama misteri dengan kisahnya yang tersendiri kerana seolah-olahnya ada sesuatu yang tersembunyi di balik setiap selekoh yang akan dilalui!

Perjalanan sejauh 296 km dari Lahad Datu ke Ranau telah kami tempuhi dengan selamat. Alhamdulillah. Ketika kami tiba di Ranau, jam menunjukkan pukul 10:55 pagi. Memandangkan kereta yang lain masih dalam perjalanan dari Telupid ke Ranau, jadi selepas mengisi minyak kereta, kami singgah di Anjung Selera untuk isi perut.

Pada mulanya kami hanya ingin minum sahaja, tetapi apabila melihat lauk-pauk yang panas berasap tersusun dalam bekas hidangan, Amie pun terus meminta nasi putih. Encik Suami tegur, bukankah makan tengahari di Tambunan? Amie tunjuk ikan patin yang bergolek dalam dulang di tempat lauk-pauk! Amie sangka Encik Suami dan anak-anak tidak makan nasi! Rupanya semua mengambil nasi!

Seperti biasa, setiap hidangan mesti disertakan dengan semangkuk kecil sup kosong!

Siapa sanggup tolak bila berhadapan dengan lauk-pauk yang baru keluar dari belanga? Perut pun sudah berkeroncong sebab sengaja tak ambil sarapan sebelum bertolak. Bukan apa.... malas nak layan perut di pertengahan jalan... ahaks! 

Ikan patin ini sangat menggoda selera!
Tak tahu masak apa, tapi sedap!
Selesai makan, kenderaan yang lain pun sampai di Ranau, dan meneruskan perjalanan ke Tambunan. Kami pun menyusul dari belakang dengan memandu sejauh 63 km lagi untuk sampai ke Pekan Tambunan.

Sebagaimana perjalanan naik bukit turun bukit, bertemu selekoh yang banyak, serta melalui jambatan dan menyaksikan sungai yang berair jernih sepanjang pemanduan dari Telupid ke Ranau, begitu jugalah perjalanan dari Ranau ke Tambunan.

Dan, masih juga berasa seperti akan memasuki suasana atau dunia baru apabila berhadapan dengan selekoh! Teruja untuk mengetahui apakah pemandangan yang ada di hadapan sana!

Akhirnya kami tiba di sempadan daerah Tambunan.

Rasa kagum dan tak sabar untuk menjejak kaki ke sawah..... ahaks! 

Bersambung dalam catatan seterusnya!

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

6 ulasan:

  1. kalau dana mesti tertidur dek kebosanan... pemandangan cantik tapi misteri dan sunyi
    kalau malam tobat tak mo lalu kak, siang pun dah rasa sunyi ini kan pulak malam

    BalasPadam
  2. suasana hijau...suka ikan patin..

    BalasPadam
  3. Seronoknya kak!
    Sy kalau lalu tempat begini memang celik je mata, suka tengok kehijauan alam.

    BalasPadam
  4. Cantiknya view. Suka tengok view macam ni dalam perjalanan.

    BalasPadam
  5. Kawasan Telupid ke Ranau tu memang mencabar terutamanya bila dah malam. Sudahlah gelap gelita dan buat kan mengantuk Jalan berlingkar, kalau ada kenderaan perlahan sangat menguji kesabaran. Lagi2 kalau kami travel dari Semporna nak balik Kota Kinabalu. Kali terakhir kami lalu dari Semporna kami berhenti tidur di Sabah Tea Garden punya rumah panjang masa tu booking di Agoda RM69 sebilik ada 3 tilam, last minute booking sehari sebelum bertolak . Sebab tahu nanti dari Ranau nak ke KK pun mencabar juga malam2 dengan kabus bila dah penat driving beratus kilometers dari awal pagi. Yang lucunya kami sampai di Sabah Tea Garden pukul 9 malam, kami Sekeluarga je duduk longhouse tu. Macam booking seluruh longhouse.

    BalasPadam
  6. Suka travel jauh2 sbb dpt tengok pemandangan hijau. Last time pi Tambunan thn 2016, kami menginap di 7-Lodge, punya la sejuk waktu malam!

    BalasPadam