Pages

Sabtu, 26 September 2020

Kundasang Shelfies Corner

Lalu lalang, keluar masuk dari dan ke Pekan Kundasang, selalu terpandang Kundasang Shelfies Corner di tepi jalan berhampiran gerai buah-buahan. Sewaktu kami menginap di homestay selama 3 malam pada bulan Julai lepas, kami hanya memandang-mandang sahaja. Lalu lintas selalu sesak, dan tidak terfikir untuk berhenti di situ untuk mengambil gambar.

Sewaktu kami dalam perjalanan untuk pulang ke Lahad Datu pada  pukul 8 pagi, 24 Ogos 2020 lepas, suasana di Kundasang Shelfies Corner agak lengang. Mungkin ketika itu masih awal pagi, dan belum ramai pengunjung yang datang. Oleh kerana kami akan singgah juga di gerai buah-buahan dan sayuran, jadi kami peruntukkan sedikit masa untuk ke Kundasang Shelfies Corner. Seperti biasa, Fairuz lebih suka untuk tidak menyertai kami. Duduklah dia seorang diri di dalam kereta sambil mendengar lagu-lagu kegemarannya.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 seorang dan tidak boleh berada di situ lebih dari 10 minit untuk mengambil gambar.

Pemandangan waktu pagi di sekitar Kundasang Shelfies Corner. Cuaca cerah tak berawan dan Gunung Kinabalu tersergam megah sebagai latar belakangnya.



Encik Suami menemani Firdaus bergambar.






Walaupun jam baru menunjukkan ukul 8 pag, tetapi hawa dingin langsung tidak terasa. Sekiranya berlama-lama di sini barangkali badan habis berpeluh dibakar panas matahari!










Selesailah sesi bergambar Firdaus bersama Encik Suami.
Ada kawasan yang tidak boleh kami masuki untuk bergambar kerana kata pekerja di situ, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Antaranya termasuklah di replika kapal terbang belalang dan semua gambar di bawah ini.


   



Bujang satu ini memang tak berapa sportinglah kalau jalan sama....ahaks! Jom kita teruskan perjalanan ke gerai sayur-sayuran. Encik Suami kata nak borong sayur-sayur untuk oleh oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:


4 ulasan:

  1. Lama tidak pergi Kundasang.
    Makin cantik.

    BalasPadam
  2. Cantik tempatnya. Bab bayaran okay lagi. Tapi ada limit masa tu macam tak best pulak kan. Kena cepat cepat posing dan snap gitu. Pergi waktu tak ramai orang okaylah kan.

    BalasPadam
  3. NA,
    mari datang lagi ke Kundasang.

    BalasPadam
  4. Azhafizah,
    ya, 10 minit saja boleh berada di situ. Time ramai orang memang kami tak singgah, sesak!

    BalasPadam